Mendatangi Isteri Kerana Sangkaan Haid Sudah Berhenti



SOALAN:
Kebiasaannya isteri saya berhaid selama 7 hari. Baru-baru ini, selepas isteri keluar darah haid selama 7 hari, dan telah mandi wajib, saya dan isteri ada mengadakan hubungan kelamin. Namun kami mandi wajib, isteri saya mendapati keluar bekas-bekas darah berwarna kekuningan daripada alat sulitnya. Soalan saya; adakah saya berdosa kerana mengadakan hubungan kelamin dengan isteri sewaktu haid sedangkan saya tidak tahu dan yakin haid sudah tamat?

JAWAPAN:
Islam melarang pasangan suami isteri untuk melakukan hubungan intim sepanjang tempoh keluarnya darah haid.. Larangan ini dinyatakan melalui firman Allah SWT:

فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ ۖ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ ۖ ُ
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.” (Surah al-Baqarah: 222)

Berkata Imam al-Mawardi dalam menafsirkan ayat di atas: “Yang dimaksudkan dengan al-i`tizal dalam ayat ini terbahagi kepada tiga pendapat:

• Meninggalkan seluruh badan isterinya daripada mubasyarah (dinikmati secara seksual dan secara langsung). Inilah pendapat Ubaidah al-Silmani.
• Meninggalkan (mubasyarah) pada bahagian di antara pusat dan lutut. Ini pendapat Syuraih.
• Meninggalkan (persetubuhan) pada faraj. Inilah pendapat Aisyah, Maimunah, Hafsah dan Jumhur ahli tafsir.”

[Rujuk: al-Nukat wa al-`Uyun (1/238)]

Sekiranya sabit berlakunya persetubuhan semasa tempoh haid atau sebelum mandi wajib, maka hukumnya adalah berdosa dan disunatkan untuk membayar kafarah kepada golongan fakir atau miskin. Ini berdasarkan hadith Ibn Abbas R.Anhuma:

إِذَا أَصَابَهَا فِي الدَّمِ فَدِينَارٌ، وَإِذَا أَصَابَهَا فِي انْقِطَاعِ الدَّمِ فَنِصْفُ دِينَارٍ
“Jika seorang lelaki menyetubuhi isterinya sedangkan dia sedang haid, jika darahnya berwarna merah maka hendaklah dia bersedekah dengan satu dinar dan jika darahnya sudah berhenti maka hendaklah dia bersedekah dengan separuh dinar.” [Riwayat Abu Daud (2169)]

Bayaran itu hendaklah dibayar oleh si suami dan bukan si isteri kerana lelaki itu yang menyetubuh. Begitu juga jika dia bersetubuh apabila berhentinya darah haid tetapi belum mandi, maka keadaan wanita itu dianggap sama seperti yang keluar darah kekuningan. Ertinya, sunat dibayar denda separuh harga dinar. [Rujuk: al-Iqna` oleh Imam al-Khatib al-Syarbini (146-147)]

Namun begitu jika hubungan kelamin itu berlaku akibat jahil terhadap keadaan haid itu dan tersilap, maka suami dan isteri itu tidak berdosa dan tidak diperintahkan kepada suami untuk membayar denda.

Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah: “Umat Islam telah berijma’ akan pengharaman bersetubuh dengan isteri yang haid berdasarkan ayat (al-Quran) yang mulia dan hadith-hadith sahih. Berkata al-Mahamili dalam al-Majmu’: Berkata Imam al-Syafie Rahimahullah: Barangsiapa yang melakukannya maka dia melakukan dosa besar. Berkata ashab kami dan selain mereka: Barangsiapa yang menghalalkan persetubuhan dengan wanita haid maka dihukum kafir. Para ashab juga berkata barangsiapa yang melakukannya (bersetubuh semasa haid) kerana jahil tentang wujudnya haid, atau jahil tentang pengharamannya, atau lupa, atau dipaksa, maka tidak ada dosa ke atasnya dan tidak ada kafarah (denda). Ini berdasarkan hadith Ibn Abbas R.Anhuma bahawa Nabi SAW bersabda:

إنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِي عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأُ وَالنِّسْيَانُ وَمَا اُسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ
“Sesungguhnya Allah memaafkan daripada umatku perkara yang dilakukan kerana tersilap, lupa dan dipaksa ke atasnya.” [Hadith ini hasan, diriwayatkan oleh Ibn Majar, al-Baihaqi dan selain mereka]

[Rujuk: al-Majmu` Syarh al-Muhadzzab (2/359)]

Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, hukum suami melakukan persetubuhan dengan secara sengaja semasa haid adalah diharamkan, berdosa besar dan wajib bertaubat. Begitu juga ke atas isteri jika dia melakukannya dengan rela kerana membantu kepada maksiat adalah maksiat. Adapun jika suami isteri itu melakukannya lantaran tersilap pada sangkaan bahawa haid sudah tamat mengikut adat, padahal belum, maka tidaklah mereka berdosa.

Semoga penjelasan ini memberikan manfaat kepada kita semua.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/mendatangi-isteri-kerana-sangkaan-haid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Amanah Allah Swt Bukan Hanya Jaga Bila Suka

Isteri Amanah Allah Swt Bukan Hanya Jaga Bila Suka

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 438 hits
Isteri amanah ALLAH bukan hanya jaga bila suka ceraikan bila tak suka Sedih pilu menangis sangat bila banyak terjadi kisah suami muda muda lagi ceraikan isteri ada setengahnya isterinya sedang mengandung untuk berkahwin lain Ada kisah begin...
Terlalu Rindukan Arwah Isteri Suami Ziarah Dan Bersihkan Kubur Setiap Hari

Terlalu Rindukan Arwah Isteri Suami Ziarah Dan Bersihkan Kubur Setiap Hari

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 645 hits
TIADA suami yang tidak sayangkan isteri Pemergian isteri yang banyak berkorban selama ini sudah pasti membuatkan si suami berasa sedih dan sunyi Namun siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Ilahi Begitulah yang dapat digambarkan tentang s...
Video 14 Tahun Tak Berdiri Edika Yusof Bawa Isteri Fisioterapi Sentuh Hati Netizen

Video 14 Tahun Tak Berdiri Edika Yusof Bawa Isteri Fisioterapi Sentuh Hati Netizen

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 1216 hits
Baru baru ini telah tular mengenai kisah pelakon Edika Yusof yang setia menjaga isterinya berbelas tahun Pasangan ini diduga dengan ujian yang berat apabila isteri beliau lumpuh dan perlu bergerak menggunakan kerusi roda setiap masa Pengorb...
Isteri Pu Abu Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Isteri Pu Abu Selamat Lahirkan Anak Lelaki

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 327 hits
Tahniah diucapkan kepada Pencetus Ummah Abu Sufyan di atas kelahiran cahaya mata keduanya pada 1 Februari lalu hasil perkahwinan dengan Hana The post appeared first on
Isteri Pertama Restu Suami Kahwin Lagi Siap Pimpin Tangan Pergi Majlis Akad Nikah

Isteri Pertama Restu Suami Kahwin Lagi Siap Pimpin Tangan Pergi Majlis Akad Nikah

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 424 hits
Perkahwinan merupakan satu kenangan yang akan diabdikan sepanjang hayat bagi setiap pasangan Namun apa yang akan jadi bila jika suami tercinta meminta izin untuk menikahi sekali lagi Sudah pasti setiap wanita tidak tenang dan akan berfikir ...
Suami Maut Isteri Cedera Dirempuh Pemandu Mabuk

Suami Maut Isteri Cedera Dirempuh Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 425 hits
BUKIT MERTAJAM Seorang pekerja kilang maut manakala isterinya parah selepas motosikal mereka dirempuh kereta dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian di Kilometer 140 2 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara be...
Susah Kita Suami Isteri Tiada Siapa Tahu Tapi Bila Dah Senang Mulalah Orang Mengata Macam Macam

Susah Kita Suami Isteri Tiada Siapa Tahu Tapi Bila Dah Senang Mulalah Orang Mengata Macam Macam

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 471 hits
Gambar Sekadar HiasanSusah kita laki bini tiada siapa pun yang tahu Yang orang nampak kita pergi melancong kita tukar kereta kita makan sedap sedap kita beli barang baru kita tukar perabot kita celebrate birthday anak dan sebagainya Walhal ...
Letih Jadi Suri Rumah Untuk Sehari Isteri Upah Makanan Punyalah Happy Suami Ni

Letih Jadi Suri Rumah Untuk Sehari Isteri Upah Makanan Punyalah Happy Suami Ni

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 348 hits
Jangan marah kalau isteri kuat makan atau suka sangat kirim makanan pada suami Ada masanya selera makan itu datang tanpa dipinta Mungkin sebab letih sangat dan mahu kurangkan stres makan adalah cara yang terbaik Sesekali cuba suami duduk di...
Kisah Empat Isteri

Kisah Empat Isteri

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 244 hits
Suatu ketika ada seorang pedagang kaya yang mempunyai 4 isteri Dia mencintai isteri ke 4 dan menganugerahinya harta dan kesenangan sebab ia yang tercantik di antara semua isterinya Pria ini juga mencintai isterinya yang ke 3 ia sangat bangg...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi