Mendaki Gunung Tok Nenek


 Gunung Tok Nenek yang mempunyai puncak yang agak unik dan cantik ini mempelawa saya dan 19 orang teman pendaki menyaksikan pemandangan indah di puncaknya pada akhir September 2022. Saya menyertai open trip yang dikendalikan oleh Gogo Ninie dan Guide Sahlan SOS
Hari pertama pendakian, kami berkumpul di R&R Loging Cameron - Gua Musang dan setelah sarapan dan bersedia, kami menaiki pancuan empat roda ke starting point Sungai Rengil sekitar 20 minit






Setelah diberi sedikit taklimat mengenai anggaran masa jalur pendakian kami untuk hari ini, kami memulakan pendakian ke Kem Hari untuk bermalam. Menurut Sahlan, kami akan menyeberangi sungai sekitar 27 kali untuk sampai ke Puncak Gunung Tok Nenek. Kami memulakan perjalanan dengan meniti titi menyeberangi sungai. Tidak jauh melangkah, sekali lagi kami melintasi titi gantung yang agak uzur menyebabkan saya sedikit gementar. 



Setelah trekking sekitar 30 minit, kami sampai di sebuah air terjun kecil. Sepanjang pendakian ke Kem Hari, jalur agak mendatar dan kami menyusuri sungai jernih dan sekali sekala menyeberangi sungai. Memandangkan jalur sering melintasi sungai, maka pendaki dinasihatkan memakai kasut yang sesuai semasa mendaki ke Gunung Tok Nenek





Jam 11:35 pagi kami sampai di Kem Sungai Y. Di sini terdapat tapak perkhemahan dan persimpangan ke Gunung Yong Yap. Kami berehat sebentar sebelum meneruskan pendakian ke Kem Lengkuas dan kami sampai di Kem Lengkuas pada jam 13:40 petang. Kami makan tengahari dan berehat agak lama di sini. Jam 14:50 petang kami meneruskan pendakian ke Kem Botol, Kem Asadi dan akhirnya kami sampai di Kem Hari untuk bermalam pada jam 16:30 petang







Malam itu setelah makan malam, kami berehat dan tidur awal. Menurut Sahlan, pendakian ke puncak akan bermula sekitar jam 3:00 pagi. Hari kedua pendakian, setelah sarapan pagi dan bersedia, kami memulakan pendakian daypack sekitar jam 04:15 pagi. Kami sampai di Kem Berlumut pada jam 05:35 pagi dan kami solat subuh di sini. Jam 06:20 pagi kami meneruskan pendakian dan setelah sampai di jalur Dinding Batu, Ninie yang telah beberapa kali sampai di puncak Gunung Tok Nenek mengatakan kami menghampiri puncak. 

Akhirnya saya yang mendaki di kumpulan  belakang sampai di Puncak Gunung Tok Nenek pada jam 08:20 pagi. Cuaca pagi itu sungguh cerah dengan pemandangan 360 darjah kami melihat puncak-puncak gunung lain di Banjaran Titiwangsa itu sungguh lawa. Teman yang sampai awal telah menyediakan air minuman dan sambil merakam gambar kenangan kami bersarapan di puncak Gunung Tok Nenek. 







Setelah puas merakam gambar dengan berbagai aksi dari berbagai sudut, kami kemudian bergerak turun sekitar jam 09:40 pagi dan sampai di Kem Hari pada jam 12:00 tengahari. 


Sebelum berangkat pulang kami makan tengahari di sini dan meneruskan perjalanan turun pada jam 14:30 petang. Kami sampai di starting point Sungai Rengil pada jam 19:00  petang dan meneruskan perjalanan ke R&R Loging menaiki 4x4. 








Beberapa kali mendaki bersama Sahlan SOS dan kumpulannya, saya rekomen pembaca menggunakan khimat mereka. Selain berpengalaman, mereka juga sangat bertanggungjawap terhadap kemampuan peserta. Terima kasih Allah

Nota:1- Guide Sahlan SOS 013 50850142- Gogo Ninie 013 5313553
Itenerary:Day 1
08:00-Berkumpul di R&R Loging Cameron- Gua Musang
0830 -Naik 4x4 ke starting point Sungai Rengil
08:50-Taklimat ringkas
09:25-Start mendaki
10:15-Air terjun
11:35-Kem Sungai Y
13:40-Kem Lengkuas, makan tengaharil
15:10-Kem Botol
15:35-Kem Asadi
16:30-Kem Hari, bermalam
Day 20300-Bangun bersedia dan sarapan
04:15-Start mendaki 05:35-Kem Berlumut, rehat dan subuh
06:20-Meneruskan pendakian
08:20-Sampai puncak Gunung Tok Nenek
09:40-Bergerak turun
12:00-Sampai Kem Hari dan makan tengahari
14:30- Meneruskan perjalanan turun
19:00- Sampai starting point Sungai Rengil. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2022/10/mendaki-gunung-tok-nenek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustaz Kazim Elias Orang Sekarang Berani Maki Hina Pada Ulama Dan Tok Guru

Ustaz Kazim Elias Orang Sekarang Berani Maki Hina Pada Ulama Dan Tok Guru

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 223 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat sahabat blogger Alhamduillah kita sudah berada di bulan kelahiran Rabiuawwal Tambahan pula pada hari Jumaat yang pertama di bulan Rabiuawwal Jom banyakkan berdoa dan berselawat kepada Na...
Nenek Usia 90 Tahun Di Bantul Diculik Emas Dan Uangnya Dirampas

Nenek Usia 90 Tahun Di Bantul Diculik Emas Dan Uangnya Dirampas

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 105 hits
Seorang nenek berumur 90 tahun berinisial N warga Kalurahan Srimulyo Kecamatan Piyungan Kabupaten Bantul menjadi korban penculikan dan perampasan Korban kehilangan gelang emas seberat 14 gram dan uang Rp200 ribu
Senarai Tok Arab Gila Bagi Duit Kepada Malaysia

Senarai Tok Arab Gila Bagi Duit Kepada Malaysia

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 179 hits
Kata Tun M Tok Arab gila pun tak akan bagi RM2 6 bilion Betul ke Disini aku tampilkan sedikitt sumbangan dari negara negara Arab Kepada Malaysia 1 Arab Saudi Sumbangan Kepada Yayasan Dakwah Islam Malaysia Kuala Lumpur Rekod Pandang Dengar N...
Tergempar Tok Mat Pm

Tergempar Tok Mat Pm

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 179 hits
Posisinya sebagai Timbalan Presiden adalah paling layak sebagai PM
Nenek Lesap Rm140 000 Akibat Bercinta Dengan Angkasawan

Nenek Lesap Rm140 000 Akibat Bercinta Dengan Angkasawan

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 106 hits
DANIAL HAKIMSeorang nenek lesap RM140 000 selepas terpedaya dengan sindiket Love Scam akibat menjalin hubungan cinta dengan angkasawan yang mula dikenalinya di Instagram Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai angkasawan Rusia itu kononnya bek...
Tetap Temani Aku Disisa Waktumu Netizen Cair Tengok Cara Atuk Nenek Sambut Anniversary Keluarga

Tetap Temani Aku Disisa Waktumu Netizen Cair Tengok Cara Atuk Nenek Sambut Anniversary Keluarga

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 168 hits
Siapa je yang tak impikan kebahagiaan yang berpanjangan bersama pasangan masing masing sehingga ke akhir hayat dan bertemu semula di Jannah Dah menjadi lumrah pasangan ada masa hubungan baik sebaik baiknya Ada kalanya datang angin taufan be...
Potret Terkini Nenek Cantik Puspa Dewi Kini Berusia 55 Tahun Dan Tetap Awet Muda

Potret Terkini Nenek Cantik Puspa Dewi Kini Berusia 55 Tahun Dan Tetap Awet Muda

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 155 hits
Nama Puspa Dewi sempat menjadi viral di media sosial Ya dirinya dikenal sebagai nenek cantik Bahkan parasnya terlihat bak ABG muda di usianya yang kini sudah menginjak 55 Tahun Penasaran bagaimana penampilan terbaru Puspa Dewi berikut intip...
Nenek Maut Dibunuh Farhan Asri Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Suspek

Nenek Maut Dibunuh Farhan Asri Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Suspek

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 180 hits
Pada 23 September lalu berita tentang seorang warga emas berusia 70 an yang maut dipercayai dibunuh di Taman Paroi Jaya telah dikongsikan di laporan media Difahamkan mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas sofa ruang tamu r...
Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Sabah Air Belum Mohon Lesen Perkhidmatan Udara Kata Menteri Pengangkutan

Malaysia Singapore To Jointly Nominate Chingay For Unesco List

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Apa Itu Malaysian Dream

Sabah Lanjut Kontrak Kim Swee

Dapatkan Rawatan Estetik Kulit Bagi Hilangkan Melasma Jeragat Di Klinik Dr Bazilah

Tv Samsung Rosak Tamat Tempoh Hayat

30 Lagu Bakal Berentap Dalam Muzik Muzik 39 Separuh Akhir Siapa Akan Mara Ke Ajl 39

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 143