Mendaki Gunung Angsi Kali Ketiga Via Bukit Putus


Bulan Oktober dapat sekali je buat aktiviti hiking. Itupun hiking Bukit Kepayang sampai Kepayang Hill by pass. Ikutkan dapatlah 3 kali tapi cuaca kan tak menentu sekarang ni. Dah keluar rumah, dalam perjalanan hujan pula. Auto cancel lah aktiviti kita. 
Tapi itu tetap tidak mematahkan semangat. Kena ingat misi tahun ni, at least hiking sebulan sekali

Jadi, bulan November kami mulakan aktiviti hiking dengan mendaki Gunung Angsi untuk kali ketiganya. Pertama kali hiking Gunung Angsi tahun 2016. Repeat hiking Gunung Angsi kali kedua pada tahun 2017. Dulu rajin sebab ada geng. Kejap kejap orang tu ajak, kejap kejap orang ni ajak.

Sekarang kami berdua je lah. Senang nak plan pun ye. Last minit pun boleh. Tahu-tahu lepas solat subuh, jom hiking! 
Ikutkan, hiking Gunung Angsi bukan dalam perancangan pun. Sebenarnya malas nak hiking gunung dah. Nak layan bukit je kononnys. Mudah dan cepat sampai puncak gitu.

Tapi entah kenapa pagi lepas solat subuh tu dapat ilham nak mendaki Gunung Angsi pula. Mulanya macam nak hiking Bukit Kepayang je macam biasa. Encik suami pun ON je. Jomlah kita

Nak mendaki Gunung Angsi ni tak mengejar masa sangat. Tak kalut nak kejar awan karpet. Sebab tak ada! Bukan tak ada, tapi bukan nampak pun sebab view atas pun dikelilingi pokok-pokok. Jadi, kita leha-leha jer bersiap. 
DOA SEBELUM KELUAR RUMAHبِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّه
Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa haula wa laa quwwata illaa billaah

Maksud: Dengan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakal (berserah diri) kepada Allah, tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah.
DOA TERHINDAR DARI MAKHLUK HALUS DAN PELINDUNG DARI SEGALA BAHAYAأَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
A’udzu bikalimatillahittammati min syarri maa khalaq
Maksud: Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan makhluk ciptaan-Nya.—HR Muslim 2709
Salah satu sebab nak hiking Gunung Angsi ni sebab nak feel suasana baru. Banyak sudah serba baru bagi saya yang dah lama tak naik gunung ni. Pintu gerbang yang menarik baru dibina. Pintu gerbang ni adalah bentuk Gunung Angsi


Tandas awam baru masih dalam proses renovate. Cuma tangga awal-awal nak naik tu je lah kena upgrade sikit. Ada yang tangga berlubang. Kalau tak hati-hati boleh termasuk kaki

Kami sampai jam 7.40 pagi di trailhead via Bukit Putus. Terus ke kaunter, tulis maklumat peribadi untuk pendaftaran dan bayar permit RM5 seorang

Lepas dah daftar, apa tunggu lagi? Jom kita

Awal-awal pendakian cabaran dia kena mendaki 3 tangga buatan ni. Pertama, tangga konkrit simen. Kedua, tangga besi industrial. Ketiga, tangga papan. 

Lepas dan berjaya naik 1 aras tangga simen, bolehlah bergambar di papan tanda Gunung Angsi ni.  Lepas tu cabaran naik tangga besi pula dan seterusnya tangga papan



Selepas tempuh 3 tangga tu, cabaran sebenar bermula. Trail pacak tanpa diskaun. Tak nak bagi peluang lansung kita nak santai-santai. Trail pacak ni kena hadap 3 kali sebelum sampai check point pertama (CP1) ada pondok berehat. 

Kata-kata motivasi untuk pendaki. Yelah tu santai-santai. Jauh lagi perjalanan nak sampai puncak nun. Penipuan terbesar ni. Gunung memang tak jauh, puncaknya tu yang jauh. 


Lepas pondok berehat, dapatlah bersantai sikit layan trail santai. Lepas tu dia kembali pacak. Pacak landai, pacak landai. Begitulah trail dia semasa pertengahan pendakian. Kira okaylah dapat juga berleha-leha. 

Tapi jenis trail runner, berdesup sepantas angin lari turun naik. Kita belum sampai atas lagi ada yang dah nak turun semula. Hebatnya kamu! 

Sampai je di Reservoir view ni bolehlah berhenti sebentar ambil gambar. Padahal tengah ambil nafas tu. Ala kita hiking bukan nak kejar pace pun. Berdamai dengan alam. Melepaskan endorphin yang terbuku. Tenang dengan penat. 

Di sini ada permandangan yang menarik. Kelihatan dari jauh ada tasik. Apa nama tasik tu tak tahu lah. Siapa tahu bolehlah komen. 


Berhenti sekejap je untuk ambil gambar. Lepas tu kena teruskan perjalanan. Kalau berhenti lama-lama nanti dia jadi berat nak teruskan perjalanan. Hilang momentum bak kata encik suami

Saya pun dah tak berapa ingat dah trail Gunung Angsi ni. Rasa macam jauh pula perjalanan. Yelah selama ni layan bukit je. Sekali naik Gunung, jenuh lah nak mendaki untuk sampai ke puncak. 
Yang saya ingat wild boar swamp tempat babi berkumbang katanya. Tandanya hampir sampai puncak. Hampir ye, bukan 5 minit lagi. Ini memang tempat dia. Syukurlah tak terserempak



Tempat dia memang lecak. Tambah pula hujan di malam harinya. Bertambah lecak di beberapa tempat. Nasib baiklah ada kayu-kayu di letakkan di laluan lecak untuk memudahkan perjalanan


Dah naik Gunung Angsi tu jangan lupa bergambar di hotspot ni. Gelung batang pokok yang berbentuk bulat. Unik kejadiannya. Saya tengok di media sosial, ramai hikers yang duduk di gelung batang pokok ni. Batang ke akar? Entah

Tapi saya tak berani naik sebab tinggi. Macam payah je nak panjat dan duduk di situ. Jadi, lupakan saja hasrat tu. Kita bergambar macam ni je lah. Takut nak naik pun ye. Kang sakit dapat, malu pun dapat. 

Rasa lega bila dah nampak ni. Yahoooooo..... Dah nak sampai dah.....

Awas ye jangan terpedaya. Jauh lagi tu sebenarnya. Seberapa jauh? Bergantung pada pace masing-masing. 


Dalam perjalanan, berhenti sekali lagi menikmati permandangan bandar Seremban


Ingatkan dah nampak papan tanda ni dah boleh lega. Tapi tidak, jenuh juga nak naik trail pacak sikit untuk sampai ke puncak. Kenapa 6 minit? Bukan 5 minit


Betul-betul lega bila dah nampak cahaya terang di hujung sana. Tanda puncak hanya di depan mata je. Tapi tak laju nak melangkah pergi. Dekat-dekat nak sampai dia agak longlai sikit. Hilang tenaga. Dalam pada masa yang sama tak sabar nak sampai


Sampai-sampai je terus bergambar di papan tanda berlatarbelakangkan Beirut/Berup, besi berbentuk segi tiga yang berada di puncak Gunung Angsi. Sementara tak ada orang, kita bergambar dulu. Masa kami sampai tu agak meriah juga

Gunung Angsi kalau hari Sabtu lagilah meriah ramai yang naik. Hari Ahad agak kurang sikit meriahnya tapi masih ramai. Nak bergambar di hotspot kena tunggu giliran


Muka ada senyum dah sampai puncak. Hilang segala penat lelah mendaki tadi. Permandangan ni permandangan biasa di Gunung Angsi. Ini je lah permandangan dari puncak yang kita boleh nampak. Tak macam Gunung Datuk lebih menarik

Puncak Gunung Angsi di kelilingi pokok-pokok. Jadi tak nampak permandangan luas di puncak. Setiap bukit dan gunung ada tarikan masing-masing. Yang pastinya semua permandangan dari aras tinggi menarik. Kann..


Salah satu faktor nak naik Gunung Angsi sebab nak bergambar di hotspot bergambar yang baru ni. Menarik ye kalau setiap puncak ada tempat bergambar yang menarik. Bergambar tanda hadir. Placard pun menarik dan banyak pilihan. 

Banyak juga perubahan di puncak Gunung Angsi ni. Teruja pula sebab kita ni baru pertama kali tengok setelah sekian lama ni


Siapa ada sticker tu bolehlah bawa siap-siap dan tampal di sini. Nampak gaya macam tak ada ruang sangat dah tu


Tak lupa juga untuk gambar papan tanda Gunung Angsi yang diletakkan pada batang pokok ni


Tak lama berehat di puncak. Minum air isotonik, makan roti dan energy bar. Tak sempat hilang peluh, kami teruskan perjalanan menurun pula. Semasa perjalanan terjumpa ulat gonggok besar. Tengok tu dibandingkan dengan kasut. Dah nak sama besar


Sempat juga ambil gambar pokok dalam hutan dari bawah. Cantiknya ciptaan Allah. Dalam perjalanan mendaki dan menurun, saya tak banyak ambil gambar. Malas nak berhenti banyak kali untuk keluarkan phone. 

Alhamdulillah kami naik dan turun dengan selamat. Elok je nak sampai puncak tu macam dah nak kejang dah. Mujur dia acah-acah je. Risau juga. Terkejut agaknya tiba-tiba jalan jauh mendaki gunung. Biasa hiking bukit dan workout biasa je. 
Nak hiking gunung ni bukan boleh tiba-tiba nak mendaki je. Kena ada persediaan yang cukup. Kalau tidak pewai. Tolong, kaki saya sakit. Dialog yang biasa dengar di TikTok

Untuk pendakian kali ni rekod saya semakin membaik. Naik 2 jam lebih, turun 2 jam macam tu. Jangan disangka turun tu boleh laju. Nak menurun trail pacak dengan akar-akar tu tak mudah ye. Tengok hikers yang berlari turun tu kita pula yang seram. Tahniah untuk diri sendiri.
Selepas hiking gunung ni sakit sikit lutut sebelah kiri. Kejap je lah tapi sakitnya. Esoknya tu okay dah. Kena exercise part lutut tu lebih sikit lepas ni kalau nak mendaki gunung. 
Lepas ni kita layan bukit je lah kot. Tak boleh dah nak repeat gunung ni. Tapi tulah hiking Gunung ni seronok dia lain macam. Bau hutan, bunyi alam fauna, suasana hutan yang menenangkan. Begitulah..

Kagum dengan trail runners dan hikers yang buat loop dari Ulu Bendul tu. Kuat betul stamina dan kaki mereka. 
Selain mempersiapkan diri, jangan lupa juga baca doa sebelum keluar rumah dan sebelum masuk hutan. Semoga Allah lindungi kita dan permudah segala urusan kita. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2024/11/mendaki-gunung-angsi-kali-ketiga-via.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gunung Kinabalu Persiapan Pendaki Tips Mendaki

Gunung Kinabalu Persiapan Pendaki Tips Mendaki

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 132 hits
Baru baru ini Hot FM telah mencipta sejarah dengan bersiaran selama 24 jam tanpa henti dalam ekspidisi pendakian Gunung Kinabalu Gunung ini merupakan antara gunung tertinggi di Asia Tenggara Keindahan flora dan fauna serta ketinggiannya yan...
Tsunami Pun Dua Kali Berlaku Inikan Ombak Cinta Dalam Perkahwinan Farid Kamil

Tsunami Pun Dua Kali Berlaku Inikan Ombak Cinta Dalam Perkahwinan Farid Kamil

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 121 hits
Tidak 8216 melatah 8217 dengan isu rumah tangga Farid Kamil tenang harungi ujian yang kini sedang dilalui apabila isteri Diana Danielle sekali lagi memfailkan cerai terhadapnya Berlaku perselisihan faham sangat kecil Farid sekadar menyifatk...
Leeyana Rahman Selamat Bersalin Anak Ketiga Hadiah Anniversary 10 Tahun

Leeyana Rahman Selamat Bersalin Anak Ketiga Hadiah Anniversary 10 Tahun

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 105 hits
Tahniah diucapkan buat pengasas jenama pakaian LeeyanaRahman Nur Liyana Abdul Rahman yang telah pun selamat menimang cahaya mata ketiganya bersama suami pada Isnin lalu Menerusi Instagramnya Leeyana atau mesra di sapa Yana selamat melahirny...
Pertama Kali Keluar Dating Gadis Ditinggal Tengah Hutan

Pertama Kali Keluar Dating Gadis Ditinggal Tengah Hutan

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 108 hits
KOSMOPolis menemukan Dal dalam keadaan keletihan dan ketakutan sambil dia berjalan seorang diri InstagramJAKARTA Seorang gadis di Bandung wilayah Jawa Barat mengalami detik cemas apabila dia ditinggalkan keseorangan di tengah hutan pada ten...
Hukum Solat Jenazah Dua Kali Oleh Orang Sama

Hukum Solat Jenazah Dua Kali Oleh Orang Sama

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 168 hits
Adakah dibolehkan Solat Jenazah dilakukan dua kali oleh orang yang sama Benarkah ada yang mengatakan hukumnya haram Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga berma...
Islam Dipijak Dibawah Pas Judi Dinaikkan Dari 11 Ke 22 Kali

Islam Dipijak Dibawah Pas Judi Dinaikkan Dari 11 Ke 22 Kali

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 90 hits
PFAKAIIslam dimartabatkan dibawah DAP Bawah PAS celaka laknatullah 33 bulan islam dihina dipijak dan diludah oleh ulama khawarij PAS iaitu anjing2 dajjal dengan menaikkan cabutan judI meluluskan konsert2 LGBT termasuk pesta pesta liberal da...
Erin Malek Selamat Timang Anak Ketiga Cantik Tarikh Kelahiran 11 11

Erin Malek Selamat Timang Anak Ketiga Cantik Tarikh Kelahiran 11 11

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 85 hits
Tahniah diucapkan buat pelakon Erin Malek yang telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada Isnin di sebuah pusat perubatan Menerusi perkongsian suaminya Farriz Fauzy mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Alhamdulillah selama...
Kali Ni Nak Makan Saman Lagi Bagus

Kali Ni Nak Makan Saman Lagi Bagus

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 126 hits
Kalau PAS memang Tah sumber mana si kutip maklumat kata ada dijumpai 94 di rumah dia petik pulak nama Sekarang ni KP SPRM dah pernah keluarkan kenyataan tentang penemuan wang sebanyak itu Jadi Pendang kutip info daripada mana Takkan nak kat...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa