Mencari Keadilan Untuk Adib


oleh Ab Jalil Backer
SUKAR benar untuk mencari keadilan dan kebenaran kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dalam kejadian rusuhan kuil Maha Mariamman, Seafield di USJ 25 pada malam 26 November 2018.
Pada asalnya polis telah pun mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh dan mempunyai beberapa orang suspek. Malangnya tiada perbicaraan jenayah dijalankan dan Peguam Negara, Tommy Thomas memutuskan untuk membuat prosiding inkues bagi menentukan sebab kematian Muhammad Adib.
Namun selepas 37 hari bersidang, Peguam Negara mengarahkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang merupakan majikan anggota bomba yang terkorban, menamatkan khidmat peguam pemerhati mereka, Syazlin Mansor.
Peguam Negara memberi empat alasan punca arahan tersebut iaitu tiada fiat (kelulusan bertulis Peguam Negara), peguam melakukan peranan aktif dan sering mengambil kedudukan bercanggah dengan pegawai pengendali, wujud konflik kepentingan kementerian dan kedudukan suami beliau sebagai Setiausaha Akhbar Menteri KPKT.
Penulis tidak berhasrat mengulas empat alasan itu kerana ia sudah pun dijawab dengan terang dan jelas oleh Syazlin dalam sidang medianya sebelum ini.
Persoalan yang menarik ialah mengapa semua isu itu hanya berbangkit selepas 37 hari inkues berjalan?
Pada tarikh pengurusan kes pada 18 Januari 2019, Syazlin telahpun memaklumkan kepada Mahkamah Koroner bahawa beliau mewakili keluarga, KPKT dan JBPM.Justeru alasan-alasan Peguam Negara ini menimbulkan kegusaran masyarakat bahawa wujud usaha untuk menutup keadilan dan kebenaran. Ini diyakinkan lagi apabila laporan-laporan media mengenai inkues yang memberi gambaran ada usaha untuk ‘memandu’ dapatan inkues ke arah kematian bukan sebab tindakan perusuh.
Peguam Syazlin Mansor dilapor beberapa kali mematah hujahan Pakar Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Ahmad Hafizam Hasmi. Ini termasuk membawa saksi Pakar Perunding Kanan Forensik Patologi United Kingdom, Profesor Dr Shahrom Abd Wahif untuk membantu inkues. Kemuncak sebelum pemecatan Syazlin sebagai peguam KPKT apabila Dr Ahmad Hafizam melahirkan rasa kecewa kerana dimalukan oleh Syazlin dalam inkues tersebut dan mengakui beliau bukan pakar fizik yang boleh membuat kesimpulan tepat mengenai daya hentakan ke atas arwah Muhammad Adib.
KepentinganPerdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengulas pemecatan tersebut dilaporkan berkata, “peguam itu (Syazlin) mewakili dua pihak yang bertelingkah. Jadi setidak-tidaknya harus menarik diri dari menjadi peguam bagi pihak kerajaan.”
Tampaknya pendirian terbaharu kerajaan ialah keluarga Adib perlu urus sendiri proses memastikan kepentingan Adib dalam inkues terpelihara. Adib adalah anggota bomba di bawah KPKT yang terkorban ketika bertugas. Mudahnya kerajaan lepas tangan terhadap anggota keselamatan negara yang bertugas.
Adib sungguhpun anggota perkhidmatan kerajaan jelas tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada majikan beliau sehinggakan peguam yang menjalankan tugas secara pro bono (tanpa bayaran) pun ditamatkan khidmat.
Persoalan lebih penting mengapa Peguam Negara dan Perdana Menteri menggunakan alasan konflik kepentingan ini?
Inkues sepatutnya proses mencari kebenaran punca kematian. Semua pihak dalam inkues wajar membantu Hakim Mahkamah Sesyen yang bertindak sebagai Koroner untuk membuat keputusan yang tepat menentukan punca kematian.
Alasan pihak yang bertelingkah dalam inkues sangat mencurigakan. Pertelingkahan hanya boleh berlaku jika ada pihak sudah membuat pendirian atas isu yang dibincangkan. Apakah kerajaan dan Pejabat Peguam Negara telah membuat keputusan mengenai punca kematian Adib sebelum diadakan inkues?
Ketika dilihat tiada lagi harapan keadilan untuk Adib, Ahmad Soffian Mohd Shariff, suami kepada Syazlin Mansor, mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri KPKT.
Beliau dilaporkan meletak jawatan bagi membolehkan isteri beliau meneruskan khidmat kepada keluarga Adib dalam inkues tersebut. Sehari kemudian Syazlin mengumumkan keputusannya meneruskan khidmat sebagai peguam keluarga Adib.
Sudah tentu kita tidak menemui kejanggalan sebegini dalam proses mencari keadilan kes kematian Teoh Beng Hock dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan suspek jenayah polis seperti mendiang K Kugan.
Kerajaan boleh menafikan bahawa ada usaha menghalang pencarian kebenaran dalam kematian Adib, namun tingkah laku beberapa menteri dan Peguam Negara memberi isyarat yang sebaliknya kepada rakyat, terutamanya penjawat awam.
Marilah kita berdoa supaya inkues kematian Muhammad Adib menemui keadilan dan kebenaran.
(Sinar Harian)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/06/24/mencari-keadilan-untuk-adib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mencari Sinar Keadilan Buat Mohammad Adib

Mencari Sinar Keadilan Buat Mohammad Adib

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 246 hits
Kenapa sukar benar untuk mencari keadilan dan kebenaran kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dalam kejadian rusuhan kuil Maha Mariamman Seafield di USJ 25 pada malam 26 November 2018 yang lalu Muhammad Adib Pada asalnya poli...
Sudah 6 Bulan Mana Keadilan Buat Keluarga Adib

Sudah 6 Bulan Mana Keadilan Buat Keluarga Adib

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 217 hits
Tommy Thomas ada sembunyikan sesuatu dalam prosiding inkues Presiden Isma Haji Aminuddin Yahaya kesal prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim sehingga kini masih menimbulkan tanda tanya BANGI Sudah enam bulan Adib ...
Siapa Conteng Mural Adib

Siapa Conteng Mural Adib

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 462 hits
Provided by Media Prima LUKISAN mural Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di bawah jejambat berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam diconteng pihak tidak bertanggungjawab FOTO ihsan pembacasiraj hmetro com myMURAL potret anggota ...
Mural Adib Diconteng Ada Pihak Cuba Buat Onar

Mural Adib Diconteng Ada Pihak Cuba Buat Onar

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 272 hits
Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim akibat insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman November tahun lalu meruntun hati segenap lapisan masyarakat tetapi kini selepas enam bulan arwah meninggal ada tangan jahat cuba membuat onar Ini selepas ...
Peguam Keluarga Adib Harap Tiada Lagi Campur Tangan Peguam Negara

Peguam Keluarga Adib Harap Tiada Lagi Campur Tangan Peguam Negara

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 217 hits
Peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim berkata beliau akan menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat punca kematian anggota bomba itu sekiranya kerajaan bersetuju Mohd Kamaruzaman A Wahab bagaimanapun b...
Inkues Adib Kpkt Bomba Diwakili Peguam Kerajaan

Inkues Adib Kpkt Bomba Diwakili Peguam Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 156 hits
Mahkamah Koroner hari ini diberitahu mengenai pelantikan empat peguam baharu bagi mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam pendengaran inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib...
Kes Ustaz Adib Ngo Pendidik Rakam Takziah Lancar Kutipan Dana Untuk Ustaz Adib

Kes Ustaz Adib Ngo Pendidik Rakam Takziah Lancar Kutipan Dana Untuk Ustaz Adib

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 240 hits
KENYATAAN MEDIAPERSATUAN GERAKAN KEBANGKITAN PENDIDIK KEBANGSAANKes Ustaz Adib NGO PENDIDIK rakam takziah Lancar kutipan dana untuk Ustaz Adib 1 Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan ingin melahirkan rasa simpati dan merak
Tindakan Conteng Mural Adib Tidak Waras Kata Pengarah Bomba

Tindakan Conteng Mural Adib Tidak Waras Kata Pengarah Bomba

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 416 hits
Tindakan conteng mural Adib tidak waras kata pengarah bomba Dikemas kini 32 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Jun 2019 11
Nahas Mh17 Keluarga Ketua Pramugari Mahu Tuntut Keadilan

Nahas Mh17 Keluarga Ketua Pramugari Mahu Tuntut Keadilan

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 379 hits
ALOR SETAR Memang itu yang kami tunggu tunggu kami mahukan keadilan Demikian kata Habibah Ismail 70 ibu kepada ketua pramugari Azrina Yakob mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 ketika ditemui di sini hari ini Ia susulan pendedahan Pa...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

My Duty Role As Src Director Only Existed In Name Shahrol Tells Court

Taman Tema Genting Highland

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Neoclassical Apartments Interior Decor Inspirations

Tuah Adzmi Zack Zakwan Adikkk Muna Shahirah Wani Syaz Nurul Iman Ya Raya Chord



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tadabbur Surah Surah Lazim Qarin Persiapan Mencari Lailatulqadar

Singo Pear Manfaat Pada Kesihatan Dan Petua Redakan Batuk

10 Malam Akhir Ramadan 2024 Kelebihan Tarikh Amalan Sunat

Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor Dan Kereta

Hablun Minallah By Dr Hm Rakib S H M Ag Nurul Ikhlas Pekanbaru

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan