Menarik Untuk Dibaca Kisah Mb Jahat Dan Isle Terancam Di Kesah


 
Miqdad Zakaria. 


Jika engkau ingin menguasai orang bodoh, bungkuslah segala sesuatu yang batil dengan keemasan agama - Ibnu Rusyd.
.



Dimulakan tulisan pada pagi Jumaat yang mulia ini, dengan kata kata dari Ibnu Rusyd, seorang ahli falsafah Islam yang lahir di Cordova, Sepanyol tahun 1126. Bidang ilmu kajian beliau ialah falsafah, matematik, teologi, astronomi dan geografi.
.
Beliau juga bermazhab (berpegang) dengan pandangan Imam Maliki dan menjadi sebahagian dari ahli feqah yang mengeluarkan pandangan dalam cabang mazhab berkenaan.
.
Pada tahun 2021, sewaktu rakyat Malaysia dikurung rapat oleh Mahaidin melalui perlaksanaan PKP, MB Kedah yang ini memandu ke Juru untuk mencuba Ford Raptor yang baru di salah sebuah bilik pameran kereta.
.
Bayangkan, dalam PKP, siapa yang bergerak akan di kompaun bukan sikit anak punya nilai, tiba tiba MB Kedah boleh datang ke bilik pameran untuk mencuba Ford Ranger. Perbuatan itu dilihat oleh Puan Nini Siron.
.
Mengambil tanggungjawab sebagai rakyat, Puan ini melaporkan kepada polis akan perbuatan pemimpin ini dan memuat naik status bagaimana pemimpin ini boleh bersenang lenang menguji Ford Ranger dalam keadaan rakyat dikurung rapat dan diancam dengan kompaun bernilai gila jika langgar PKP.
.
Apa yang berlaku?
.
Tiba tiba, puan ini dihujani dengan kata kata jahat, kata kata mengejek dan kata kata yang kalau haiwan boleh membaca, mereka pun akan malu kerana tak sangka kata kata itu diucapkan oleh manusia yang dikatakan menyokong perjuangan Islam.
.
FB Puan Nini Seron diserang oleh Walaun politik. Kiri dan kanan, tak cukup dengan itu, ruang mesengger penuh dengan cerca maki. Tak cukup dengan itu, pemimpin PAS kedah mengeluarkan kata cerca pada nya.
.
Saya tak mahu cerita hal pihak berkuasa yang memujuk agar laporan polis ditarik balik. Puan ini melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh rakyat yang bertanggungjawab, tapi dihina sebegitu rupa oleh “coordinated attack” bertalu talu dengan tujuan untuk memusnahkan terus emosi puan ini.
.
Siapa yang menggerakkan “coordinated attack” terhadap puan ini? Saya tak mahu komen kerana kes sudah masuk dalam Mahkamah Pulau Pinang.
.
Anak haram, perempuan sundal, jalang, betina babi, apa lagi kata kata “baik” dari sosok sosok yang menyerang emosi Puan ini? Banyak sampai puan ini nak pegang HP pun takut.
.
Puan ini sampai nak tutup akaun FB nya punya trauma. Mujur dia tak tutup. Membaca makian yang diterima, “tak boleh jadi, aku mesti bantu puan ini”.
.
Dua peguam baik hati, Tuan Faizal Rahman dan Tuan Saiful Izham Ramli menyatakan akan memberikan bantuan pro bono kepada Puan Nini Seron, jika saya berjaya menghubungi beliau.
.
Saya mesej Puan Nini melalui mesengger, bukan sekali, berkali kali. Seminggu baru beliau balas. Saya minta no telefon nak hubungi. Beliau tak mau bagi takut saya ini pun salah seorang pembuli siber.
.
Puas saya pujuk, baru beliau bagi. Bila saya telefon beliau, menangis beliau, tak sangka sebegitu rupa beliau menerima serangan kerana bertanggungjawab untuk menjadi rakyat yang baik.
.
Saya cakapkan kepada puan ini bahawa ada peguam yang ingin bantu beliau. Pun beliau tak percaya sebab ada juga NGO yang hubungi beliau, tawarkan benda yang sama tapi ada udang sebalik batu. Hanya nak mempergunakan beliau untuk perbatuan politik.
.
Bersungguh sungguh saya cuba yakinkan beliau. Akhirnya beliau setuju. Saya berikan no telefon Tuan Faizal Rahman kepada beliau. Saya nyatakan hubungi cepat untuk kita ajar pemimpin jahat ini.
.
Dipendekkan cerita, MB Kedah ini diheret ke Mahkamah Pulau Pinang bersama beberapa orang pembuli cyber. Ada pembuli cyber yang terus tutup akaun FB selepas diheret ke mahkamah.
.
Dan kes sedang berjalan sehingga sekarang.
.
Kenapa saya lampirkan ucapan Ibnu Rusyd pada permulaan tulisan?
.
Perniagaan Tikam judi ekor merupakan perniagaan yang dikawal selia keras oleh MOF. Malah hanya beberapa operator sahaja diberikan kebenaran untuk mengoperasi judi ekor ini.
.
Lesen premis judi ekor memang dibawah PBT, jika operator ini nak membuka premis baru, prosesnya memang akan disukarkan oleh PBT sepertimana proses lesen menjual arak, memang disukarkan oleh PBT.
.
Namun, apabila lesen premis diperolehi dengan semua syarat yang sungguh ketat, memperbaharuinya pula tidak mempunyai kesukaran.
.
Apabila MB Kedah ini tiba tiba cakap “saya tak mahu memperbaharui lesen premis judi” secara automatik ianya sendiri melanggar bukan sahaja undang-undang PBT malah perlembagaan Malaysia itu sendiri.
.
Sebab operator judi pada awalnya sudah dapat lesen premis judi. Kalau tak boleh sambung, apa sebab musabab? Sebab itu operator judi mengheret Kerajaan Kedah ke Mahkamah.
.
Perbuatan MB Kedah ini, dalam bisnes, kita panggil “Calculated Move”.
.
Dia memang tahu operator judi akan bawa ke mahkamah, dia juga akan tahu kerajaan Kedah akan kalah kes walaupun merayu macam mana sekalipun. Tapi untuk membodohkan penyokong, akhir sekali ucapannya:
.
“Kerajaan negeri telah laksanakan tuntutan perintah Allah”.
.
Mudah kan? Yang dalam ruang komen ini berbodong bodonglah sokong dan bagi komen yang memuji Miji MB Kedah ini. Lihatlah bagaimana MB Kedah ini membungkus kebatilan dengan bungkusan agama.
.
Kalau tak bungkus dengan hujah agama, bagaimana nak tunjuk hero depan penyokong, kan?
.
Sebab itu lah, penting untuk buat kajian terlebih dahulu bagaimana nak diuruskan premis judi ekor ini. Saya bagi contoh mudah, kata kan lah, jika kedai judi di Pokok Sena kita nak dia tutup, maka kita ubah undang undang PBT agar premis judi ekor mesti beroperasi 30 km jauh dari mana mana penempatan taman.
.
Jadi bila bangun taman baru, tiba tiba dekat dengan premis judi ekor, untuk memperbaharui lesen, mereka kena berpindah jauh. Setiap kali nak memperbaharui lesen, kena pindah. Setiap kali kena pindah.
.
Lama lama tak buka dah lah permis judi ekor itu. Kerajaan Negeri tak halang nak buka premis judi, tapi itu syaratnya. Nak buka? Ikut syarat itu. Operator judi pun tak boleh nak bawa ke Mahkamah, atas kes apa nak bawa? Bukan Kerajaan Negeri tak bagi buka.
.
Ini buta buta kena saman, nanti kalau kena bayar, duit siapa nak pakai? Duit sendiri atau duit rakyat Kedah?
.
Maka, kenapa saya cerita pasal Puan Nini dan apa hubung kait dengan cerita Kerajaan Kedah kena seret ke Mahkamah?
.
Bila buat kerja tak fikir, maka ke mahkamah lah medan berfikir. Kedua, ingat di akhirat esok Tuhan akan tanya pasal judi sahaja kah?
.
Pasal coordinated attack kepada Puan Nini ini, ingat Tuhan akan lupa ke?
.
Tak sangka, pemikiran Ibnu Rusyd ini benar benar melangkau zaman. Apa sahaja kebodohan, kalau bungkus dengan hujah agama, terus mudah dapat sokong.
.
Sebab itu calon ISO di sungai bakap boleh menang. Calon Dr tak pandai nak jual agama. Padan muka.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/07/kisah-mb-jahat-dan-isle-terancam-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isle Terancam Di Kedah Noh Awat Biaq Gerakan

Isle Terancam Di Kedah Noh Awat Biaq Gerakan

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 150 hits
Desa HMPAS Kedah tak puas hati dgn GERAKAN yg menyokong malah memuji tindakan mahkamah kes pembatalan arahan tutup kedai judi Apa yg payah sngat putuskan jer hubungan dgn GERAKAN tu simpan buat jadi duri dlm daging jer PAS kalau tanpa GERAK...
Kisah Di Hujung Minggu

Kisah Di Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 29/6/2024 - jumlah : 282 hits
Self reward terbaik adalah bermalas malasan seharian kisah di hujung minggu Aku suka menulis di sini Taip Padam Taip Padam Begitulah kejadiannya sampai ke sudah RemajaPurba
Sekjen Pbb Bongkar Rencana Jahat Israel Caplok Tepi Barat Palestina

Sekjen Pbb Bongkar Rencana Jahat Israel Caplok Tepi Barat Palestina

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 178 hits
Sekretaris Jenderal Perserikatan Bangsa Bangsa Antonio Guterres mengungkap rencana Israel yang ingin mencaplok Tepi Barat Palestina saat dunia masih fokus menangani agresi brutal Israel di Jalur Gaza Dalam rapat Dewan Keamanan PBB pada Rabu...
Saya Perasan Dia Akui Mengorat Dulu Jang Nara Kongsi Kisah Cinta Bersama Suami

Saya Perasan Dia Akui Mengorat Dulu Jang Nara Kongsi Kisah Cinta Bersama Suami

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 103 hits
Pejam celik pejam celik sudah 2 tahun sejak Jang Na ra berkahwin dengan pilihan hatinya Artikel Berkaitan Baru baru ini dalam program My Little Old Boy Jang Na ra telah berkongsi kisah romantik dan detik perkenalan bersama dengan suaminya y...
Kisah Cinta Hasyim Asy Ari Kepada Cat Bermula Di Bali Berujung Kamar Hotel Di Amsterdam

Kisah Cinta Hasyim Asy Ari Kepada Cat Bermula Di Bali Berujung Kamar Hotel Di Amsterdam

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 160 hits
Hasyim disebut memaksa CAT untuk melakukan hubungan badan disertai janji akan menikahi CAT
Kisah Cinta Terlarang Pemuda Surabaya Hingga Nekat Curi Celana Dalam Pria Idaman

Kisah Cinta Terlarang Pemuda Surabaya Hingga Nekat Curi Celana Dalam Pria Idaman

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 149 hits
Ternyata sudah belasan celana dalam korban yang diambil MR karena tak berani menyatakan perasaannya
Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Slot 4 December 2567 Bestbet 200 Slot Top 2 By Olivia Bestbet69 Com

Do You Know About Mah Meri Wood Carving

A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Slot Betwayvietnam Com 23 Feb 25 Betway Casino Betway Top 50 By Kathlene

Do You Know About Penang S Baobab Tree

Program Gema Syukur 2025 31 Disember 2024 Hingga 1 Januari 2025

Project Overhaul Perdana V6 6a12 Overhaul 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam


Lirik Lagu Setia Walau Tak Di Sampingmu Zivilia

Pelancaran Huawei Mate X6 Sebagai Penutup 2024 Untuk Pasaran Malaysia

Selamat Hari Lahir Adik Makbudak

Korean Drama Family By Choice

Agc Must Seriously Pursue Appeal Of Rosmah S Acquittal

Police Record Papagomo S Statement Over Defamatory Remarks Against Igp Police