Menanti Kabinet Muhyiddin


LEMPAR PANDANG 

SETELAH selesai upacara angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8, perhatian kini tertumpu kepada pembentukan kabinet oleh Muhyiddin Yassin. Muhyiddin masih belum boleh duduk diam dan tugas besar terus menantinya selepas ini.

Tugas pertama, ialah membentuk kabinet. Orang sedang menanti dan membuat perkiraan bagaimanakah rupa bentuk kabinetnya.

Apakah asas atau bagaimana komposisi kabinet Muhyiddin. Kerajaan yang dipimpin hari ini adalah gabungan empat buah kumpulan (parti), Bersatu (22), serpihan PKR (11), Umno-BN (38), Pas 18, GPS 19 dan Bebas (4).

Dengan kedudukan itu apakah formula akan digunakan Muhyiddin untuk membentuk kabinetnya? Apakah ia berdasarkan pengalaman individu bekas-bekas menteri dalam kumpulan itu, atau mengikut kuota jumlah parti.

Kalau dibuat mengikut kuota berdasarkan suara parti sudah tentu, Umno akan diberikan lebih banyak kerusi menteri diikuti dengan Bersatu dan serpihan PKR (9) kerana ia memiliki angka terbanyak. Atau pembentukan kabinet itu merit kepada idealisme parti-parti gabungan itu.

Fokus utama kini mengenai pelantikan Timbalan Perdana Menteri. Apakah Muhyiddin akan beri kepada Umno? Tidak diketahui apakah janji Muhyiddin dengan GPS, apakah ia akan diperuntukan satu kerusi timbalan perdana menteri untuk Sarawak dan Sabah? Atau apakah ia ada janji istimewa dengan Pas?

Siapa dan berapa jawatan TPM ini sangat menarik. Jika mengikut amalan biasa presiden parti gabungan akan diberi jawatan penting. Dalam hal ini Umno boleh menamakan Ahmad Zahid Hamidi. Tetapi sediakah Muhyiddin untuk bekerjasama dengan Zahid yang reputasinya tercemar apabila berhadapan dengan 85 pertuduhan di mahkamah.

Zahid juga ada chemistry dengan Muhyiddin sesama dalam Umno dahulu. Tetapi itu boleh dilupakan kerana mereka kini berada dalam satu pagar. Biasanya pencuri dapat berpakat dengan pencuri untuk mencari jalan keluar.

Sekiranya ia hendak diturunkan kepada Naib Presiden, Umno ada tiga naib presiden yang layak untuk dipertimbangkan; Ismail Sabri Yaakob, Mahdzir Khalid dan Khalid Nordin. Walaupun ketiga mereka dari segi pengalaman boleh dipertikaikan, tetapi mereka mempunyai mirit dari segi jawatan. Khalid awal-awal lagi ternafi dari kemungkinan ini kerana beliau bukan merupakan seorang ahli parlimen.

Bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein juga boleh dipertimbangkan. Walaupun beliau bukan naib presiden tetapi penglibatan dalam perancangan untuk menjatuhkan kerajaan PH, boleh diambil kira. Hishammudin dimasukkan dalam naratif baru politik pasca Mahathir sebelum ini dan orang disebut-sebut orang akan diletak sebagai PM menerusi misi itu.

Demikian dengan Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas juga boleh dipertimbangkan. Dengan jumlah 18 kerusi parlimen dan mempunyai pengaruh besar terhadap pengundi Melayu, beliau ada aura sendiri untuk berada di situ. Mungkin dari segi pengalaman kurang, tetapi aura dan pengaruh di kalangan orang Melayu sangat kuat dan besar.

Bukan itu sahaja kalau kabinet Muhyiddin ingin menambah ia didominasi Islam, Abdul Hadi lebih sesuai untuk ditahtakan disitu.

Abdul Hadi sering menolak dan menafikan yang beliau bercita-cita mahu jadi PM, tetapi beliau tidak pernah menafikan kalau dilantik jadi timbalan perdana menteri. Pelantikan Hadi ke situ satu cenderamata agung buat Pas yang kini merupakan satu-satu parti terutuh di Malaysia.

Seorang lagi yang sudah tentu menyimpan cita-cita besar untuk jadi timbalan perdana menteri, adalah Azmin Ali. Dengan usahanya menjayakan pembentukan kerajaan pintu belakang hari ini, jasa-jasanya sangat besar. Bahkan kerajaan dibentuk kini bolehlah dianggap kerajaan MA - Muhyiddin - Azmin. Kejayaan rampasan kuasa dan pembentukan kerajaan pintu belakangnya, usaha mereka diiktiraf oleh Mahathir Mohamad.

Tidak mustahil Azmin akan berjaya menggapai cita-citanya untuk jadi TPM, yang dipasang sejak lama sebelum ini.

Mencari formula untuk membentuk kabinet Muhyiddin boleh berpandukan kepada angka dimiliki parti masing-masing. Mengikut komposisi itu ia boleh dibuat dengan kuota umum enam (6) orang dari satu kumpulan. Jika 6 orang kabinet Muhyiddin akan berkapasiti sekitar 24 hingga 26 portfolio. Saya yakin satu kementerian khas akan diwujudkan untuk Sarawak dan Sabah jika tidak mana-mana ahli parlimen Sarawak tidak dilantik jadi TPM.

Apakah Tengku Razaleigh akan dibawa masuk sama dalam kabinet sebagai menteri mentor?  Tengku Razaleigh Hamzah juga dikatakan ada peranan tersendiri menjaya misi pembentukan kerajaan pintu belakang itu.

Tetapi yang jelasnya orang-orang seperti Takiyuddin Hassan, Annuar Musa, Tuan Ibrahim Tuan Man, Zuraida Kamaruddin, Jaafar Kamaruddin, (bukan adik beradik) Mustafa Mohamed pasti akan dibawa masuk untuk memegang menteri kanan dan utama dalam kabinet Muhyiddin nanti. [wm.kl. 11:37 am 01/03/2020]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/03/menanti-kabinet-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia S First All Malay Cabinet All Eyes On Malay First New Pm Muhyiddin Menanti Kabinet Muhyiddin

Malaysia S First All Malay Cabinet All Eyes On Malay First New Pm Muhyiddin Menanti Kabinet Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 515 hits
SETELAH selesai upacara angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 8 perhatian kini tertumpu kepada pembentukan kabinet oleh Muhyiddin Yassin Muhyiddin masih belum boleh duduk diam dan tugas besar terus menantinya selepas ini Tugas pertama ia...
Muhyiddin Dalam Dilema Untuk Pilihan Anggota Kabinet

Muhyiddin Dalam Dilema Untuk Pilihan Anggota Kabinet

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 614 hits
ULASANMuhyiddin sedang memilih MP untuk dilantikanggota kabinet MUHYIDDIN kini terjempik dan berada dalam keadaan dilema untuk membentuk kabinetnya Gabungan yang merampas kuasa menjatuhkan kerajaan PH mempunyai ahli parlimen yang mencukupi ...
Muhyiddin Dipertanggungjawab Terhadap Semua Jabatan Sehingga Lantikan Kabinet

Muhyiddin Dipertanggungjawab Terhadap Semua Jabatan Sehingga Lantikan Kabinet

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 295 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin PUTRAJAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dipertanggungjawabkan terhadap semua jabatan kerajaan Persekutuan dan perkara di bawah tanggungjawab jabatan itu sehingga pelantikan menteri lain da...
Ku Li Disebut Sebut Bakal Menteri Kanan Kabinet Muhyiddin

Ku Li Disebut Sebut Bakal Menteri Kanan Kabinet Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 728 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali Ku Li disebut sebut bakal menjadi menteri kanan dalam Kabinet Perikatan Nasional Sebuah page Facebook Friends Of Najib Razak mendakwa pelantikan itu diterima ...
Penyertaan Mca Dalam Kabinet Bergantung Kepada Presiden Parti Dan Muhyiddin Mca

Penyertaan Mca Dalam Kabinet Bergantung Kepada Presiden Parti Dan Muhyiddin Mca

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 287 hits
Kuala Lumpur Keputusan sama ada calon MCA akan dipilih untuk berada dalam kabinet bergantung kepada perbincangan antara presiden parti itu Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kata Setiausaha Agung MCA ...
Zahid Tidak Mahu Dilantik Dalam Kabinet Muhyiddin

Zahid Tidak Mahu Dilantik Dalam Kabinet Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 313 hits
Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menawarkan diri untuk tidak dilantik ke sebarang jawatan dalam Kabinet Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Cawangan Umno Bagan Datuk di Dewan Pe...
Gps Terima Lamaran Muhyiddin Setuju Masuk Kabinet

Gps Terima Lamaran Muhyiddin Setuju Masuk Kabinet

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 380 hits
Gabungan Parti Sarawak bersetuju untuk menyertai Kabinet Kerajaan Persekutuan yang akan dibentuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg bagaimanapun berkata pihaknya mahu Kerajaan Pers...
Pas Berminat Sertai Kabinet Muhyiddin

Pas Berminat Sertai Kabinet Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 530 hits
PETALING JAYA PAS berminat sertai Kabinet Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menurut beberapa pemimpin yang dihubungi memberi gambaran mereka sedia menggalas tanggungjawab sebagai parti pemerintah persekutuan bersama PPBM dan Barisan Nasional...
Kerajaan Minoriti Muhyiddin Umno Di Luar Kabinet

Kerajaan Minoriti Muhyiddin Umno Di Luar Kabinet

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 508 hits
oleh Ab Jalil Backer 1 Berdasarkan ucapan pertama Perdana Menteri kepada rakyat saya telah menjangkakan akan ada satu krisis pemilihan anggota kabinet 2 Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap seolah olah parti beliau menang besar dalam PRU Realit...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah