Saya dan ahli keluarga di rumah yang penuh nostalgia - rumah Allahyarhamah Nenek. Suatu ketika dulu, rumah Allahyarhamah Nenek merupakan sebuah rumah kampung tradisional tanpa api dan air. Di sinilah saya menyimpan memori mandi di ‘parit’ dan mengorek tanah untuk ‘membuang hajat’ (boleh baca catatannya DI SINI)
Kak S saudara kami yang menetap di rumah ini dan berjasa menjaga Allahyarhamah Nenek, seorang yang rajin memasak. Setiap kali kami ke sini, ada saja makanan dijamu. Sebelum meninggalkan rumah, dibekalkan pulak setiap keluarga dengan bungkusan belebat (nama lain : lepat pisang). Masih panas, baru siap dikukus. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak 😀
Menziarahi Wak S, kakak kepada Allayharham Bapak saya. Rancak Wak S bercerita mengenai bahasa Jawa Halus. Juga ‘berceramah’ berkenaan anak-anak Jawa yang gagal menguasai bahasa Jawa. Tersenyum-senyum kami kerana menjadi generasi Jawa yang gagal bertutur fasih bahasa Jawa
Ini pula foto sewaktu kami berziarah ke rumah Cik T, adik kepada Mak saya. Bukan sekadar ziarah raya tapi juga menziarahi Cik T yang kini hanya terlantar di pembaringan (katil khas bercadar biru dalam foto) sejak Februari lalu. Beberapa hari lalu pula, menantu perempuan Cik T pergi menghadap Ilahi. Semoga Allah memberi kekuatan dan kemudahan kepada Cik T sekeluarga melalui detik-detik sukar ini.
Selit satu foto bukan ziarah raya, tapi foto sebahagian ahli keluarga saya di rumah Mak kami. Secara kebetulan pada petang 2 Syawal lalu, ramai pula yang berkumpul di rumah Mak. Tempat tumpuan biasanya di ruang makan. Sedang elok berkumpul begini, teruslah saya ajak berfoto dan buat video ucapan Selamat Hari Raya 😄
5 Syawal, saya dan encik suami berziarah ke rumah kakak di Merlimau. Kakak saya tak berpeluang balik kampung kerana abang ipar diuji dengan masalah kesihatan. Alhamdulillah dapat juga kami bertemu. Syawal kali ini saya tak berkesempatan bertemu dengan adik bongsu kami yang menetap di Sarawak. Bukan kerana adik saya tak balik Semenanjung, tapi tak sesuai masanya. Saya di Johor, dia di rumah mentua di Perak. Dia balik Johor, saya pulak dah bertolak ke rumah NS. Begitulah, semakin besar ahli keluarga maka semakin sukar untuk berkumpul bersama|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |