Membaca Izzat Buku
assalamualaikum 😀
bercerita tentang Izzat
Izzat dah pun masuk setengah tahun yg ke-2 darjah 1
dia ok gi skola. pagi-pagi tak pernah la ada drama sedih pilu tak nak ke skola 😄
alhamdulillah, tu pun satu rezeki, kan. aman damai di pagi hari hi hi hi hi hi..
subjek paling Izzat suka, saya boleh peratikan yg Izzat suka Matematik
mudah bagi dia faham
mudah nak suruh dia buat homework Matematik 😊
setakat ni lah. moga berterusan la dia sukakan Matematik ni
al-maklumlah, makin lama, makin tinggi aras belajar bagi anak-anak zaman sekarang
bila dia suka, dia minat... mudah kita nak ajar, kan
so far, takde la dgr ayat "Izzat tak suka subjek ..."
dia ok ok je bila buat homework. menyerah jer bila ada homework byk
akan dibuatnya walaupun sampai ke tgh mlm. takut kena denda / marah dgn Muallim / Muallimah 😅
semua sedia maklum bhw Izzat bersekolah di skola rendah agama swasta, kan
so waktu skola Izzat is from 7.30 pagi hingga 4 ptg
pagi-pagi jadual Izzat akan bermula dgn hafazan surah-surah lazim
selesai solat Dhuha, barulah bermula sessi pembelajaran subjek-subjek selari dgn silibus KSSR
diselangi dengan subjek-subjek Kaffah (Fiqh Solat, Fiqh Taharah, Fiqh Syahadah dan beberapa lagi)
selesai sessi persekolahan jam 4 ptg, Izzat dan kawan-kawan berehat minum ptg, solat Asar, bacaan al-Mathurat
jam 5 ptg barulah boleh balik rumah 😊
😀 seharian di skola. bila balik rumah, nampak keletihan yg memuncak di wajahnya
alahai, kesian..
buat homework, jika ada. then terus Izzat 😴. takde la time nak ulangkaji hi hi hi... homework tu jer la ulangkaji nyer
gambar lama...
skrol timeline fb, ternampak status saya bertarikh 18 Ramadhan lepas
tergelak sendiri
terusik memori 😍
gambar di atas, Izzat, sofa dan buku Lawak Kampus
Lawak Kampus tu kepunyaan kakak-kakak. Izzat baca
biasa la anak-anak, lihat kakak-kakak dgn buku tebal tu, dia pun kepochi nak baca jugak kan
so, saya biarkan je la
Izzat pun dah lancar membaca. so, memang saya galakkan dia membaca apapun bahan bacaan yg bersesuaian 😊
kelakar tgk gambar tu, konon-konon kepenatan baca buku
tido dihempap buku 😄
"buku Law ibu ada jugak setebal tu, tapi 😄 lom pernah la ibu ni tido dgn memeluk buku gitew, Ijat oii..."gelagat anak-anak memang bikin kita senyum sorang-sorang kan..
keputusan exam pertghan thn Izzat ari tu, sederhana
di tahap yg mesti ditambahbaik. di tahap yg belum begitu menguasai
namun, saya berasa aman di hati.👉 melihatkan Izzat yg happy-go-lucky jer time exam, tak ulangkaji. 👉 melihat keputusan exam. 👉 mengenangkan saya tak brape guide dia sebelum exam. so, overall, performance Izzat during exam adalah outstanding 😍 👍
saya tak guide Izzat hanya utk lihat how far dia boleh grab kesemua yg dia belajar di skola
lebih mahu lihat dia berdikari dlm belajar 👌
ni satu lagi screenshot dari fb timeline saya.
akan dikenang sehingga bila-bila.
tiada apa yg kita nak utk anak-anak selain dari diorang boleh hidup sendiri di masa depan tanpa menyusahkan org lain
seimbang dunia & akhirat
dpt keje yg elok, sempurna dan baik hala tujunya
😌😌😌
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2019/07/membaca-izzat-buku.html