Memantapkan Pembangunan Pemain Bola Sepak Malaysia Menerusi Sains Sukan
Dengan matlamat membawa sukan bola sepak Malaysia ke puncak lebih tinggi menerusi sains sukan, Herbalife, sebuah syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan yang terkemuka, baru-baru ini menaja Siri Bengkel Sains Bola Sepak MASM: Penentuan dan Penilaian Kecergasan sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya.
Acara ini telah dijayakan oleh Persatuan Perubatan Sukan Malaysia (MASM) dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) UiTM sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan pembangunan sukan bola sepak di negara ini.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk meningkatkan tahap dunia sukan tempatan dengan memajukan sains bola sepak untuk mengembangkan bakat pemain Malaysia. Bengkel tersebut diadakan di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, dan dihadiri oleh jurulatih dan pembimbing dari seluruh Malaysia. Para peserta didedahkan kepada kaedah penilaian komprehensif, ilmu praktikal, serta teknik dan strategi untuk meningkatkan prestasi para pemain.
Naib Presiden MASM, Profesor Madya Dr Mahenderan Appukutty mengulas, “Bola sepak sebagai sukan yang sangat mencabar, memerlukan para atlet untuk membina keupayaan fizikal cemerlang. Untuk mencapai prestasi puncak, kita perlu memahami cara menilai atau menentukan kecergasan para pemain kita dengan tepat. Bengkel ini bertujuan melengkapkan semua peserta dengan ilmu dan alat yang diperlukan untuk mengoptimumkan prestasi pasukan kita menerusi kaedah saintifik.” Barisan penceramah pakar memainkan peranan dalam penganjuran bengkel yang sungguh bermakna ini, dengan sesi maya bersama Adam Waterson, Ahli Lembaga Penasihat Kecergasan dan Ketua Bahagian Kekuatan dan Penyesuaian bagi LA Galaxy, sebuah pasukan profesional di Amerika Syarikat. Ini termasuk berkongsi pengalaman kerjaya beliau dengan LA Galaxy, falsafah dan program latihan kekuatan, metrik dan analitik prestasi dan juga strategi pemakanan sebelum, semasa dan selepas permainan untuk membekalkan tenaga dan memulihkan pemain.
Dalam era digital, Adam juga menekankan tentang betapa pentingnya memupuk hubungan insan dan melatih pemain dengan sentuhan peribadi, sambil berkata, “Pada pendapat saya, kita perlu menjadi jurulatih yang menunjukkan empati dan memahami pemain, di samping mengetahui cara untuk mendapatkan prestasi terbaik daripada setiap pemain individu. Sebab itulah di LA Galaxy, pemain mempunyai program individu, daripada program pemakanan dan kekuatan kepada program kuasa dan penyesuaian. Setiap pemain adalah unik dan sesungguhnya kita perlu menguruskan mereka secara individu.”
Adam juga menekankan betapa pentingnya pemakanan untuk menghidratkan dan membekalkan tenaga kepada para pemain sepanjang sesi latihan, seperti memberikan Herbalife24 CR7 Drive untuk bekalan karbohidrat, elektrolit dan cecair. Beliau juga menyatakan bahawa adalah amat penting untuk memastikan pemain mendapat nutrien secukupnya untuk menyokong mereka dalam perlawanan berturut-turut dan sesi latihan yang berat.
Profesor Madya Dr Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam dan juga Ketua Kecergasan Persatuan Bola sepak Selangor berkata, “Sokongan yang diberikan oleh Herbalife telah membolehkan kami menyediakan platform yang menghimpunkan pakar, pengamal dan penyelidik daripada pelbagai latar belakang untuk berkongsi maklumat serta bertukar-tukar idea, lantas mencetus kemajuan dalam sains bola sepak dan meningkatkan kesejahteraan atlet tempatan. Ilmu yang dikongsi di sini pasti mempunyai kesan mendalam dari segi cara kita mengendalikan latihan, mencegah kecederaan dan menggalakkan pembangunan keseluruhan pemain.”
Ketua Prestasi Tinggi Persatuan Bola sepak Malaysia dan Jurulatih Bola sepak (FAM) Reuben Jude Balraj menekankan peranan penting profesional industri untuk berkongsi pengetahuan mereka. Tambah beliau, “Mereka yang terlibat dalam industri perlu berkongsi ilmu untuk membantu pemain dan jurulatih bersiap sedia untuk menghadapi situasi dunia sebenar dan mengamalkan ilmu yang ditimba, bukan setakat menguasai teori semata-mata. Ini akan membolehkan mereka mengguna pakai kemahiran dan kepakaran mereka di atas padang dengan berkesan.” Jurulatih tersebut merakamkan penghargaan ikhlas kepada UiTM FSR kerana atas sokongan konsisten yang diberikan dalam aplikasi sains sukan lanjutan, sambil menyatakan penyertaan mereka dalam bengkel ini ialah cara mereka menabur budi masyarakat dan memupuk semangat kerjasama dalam komuniti sukan.
Bengkel Sains Bola sepak MASM merupakan komponen penting dalam kerjasama menyeluruh Herbalife dengan MASM dan FSR UiTM, yang membentuk sebahagian daripada komitmen menyeluruh untuk memupuk bakat tempatan menerusi sains sukan. Kerjasama awam swasta ini dilanjutkan menjangkaui pelbagai inisiatif, termasuk tajaan 12 pelumba basikal pelajar dari UiTM, yang membolehkan mereka menyertai jelajah lumba basikal Le Tour de IPT 2023. Kerjasama rapat antara Herbalife dan UiTM selama ini berusaha mendorong para atlet Malaysia mencapai puncak lebih tinggi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahagosip.com/2023/09/memantapkan-pembangunan-pemain-bola.html