Memang Terkilan Hubungan Cinta Kami Tidak Kesampaian Azrel Ismail


“Memang terkilan apabila hubungan cinta kami tidak kesampaian, tetapi saya gembira dia akhirnya bertemu jejaka yang dicintai,” kata pelakon Azrel Ismail.

Mengakui pernah rapat selama hampir dua tahun, Azrel, 34, berkata dia sentiasa mendoakan kebahagiaan Ruhainies dan berharap percintaan gadis itu dengan ahli perniagaan, Mr E akan berakhir di jenjang pelamin.
Anak kelahiran Taiping, Perak itu berkata, dia turut tumpang gembira mendengar pengakuan pelakon bertubuh kecil molek itu dilamar kekasihnya ketika bercuti di Itali, baru-baru ini.
Azrel juga yakin jejaka yang menetap di London itu mampu memberi Ruhainies kebahagiaan yang diimpikan.
“Ruhainies adalah gadis yang baik dan sentiasa mendahulukan keluarganya. Dia juga lembut dan manja, malah karakternya itu membuatkan lelaki mudah terpikat.
“Sebagai lelaki yang pernah rapat dengannya, saya gembira melihat Ruhainies bertemu jejaka yang dicintai. Saya mendoakan Ruhainies dan kekasihnya segera bertemu jodoh,” katanya.
Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Syurga Nur dan Isteri vs Tunang itu berkata, biarpun hubungan cintanya dengan Ruhainies tidak kesampaian, mereka masih kekal sebagai kawan baik.
“Sudah ditakdirkan dia bukan jodoh saya, namun kami tetap baik sebagai kawan. Tiada dendam atau permusuhan,” katanya yang rapat dengan pelakon itu selepas bergandingan dalam drama, Menantu Ting Tong.
Azrel juga menafikan, dia pernah terhegeh-hegeh untuk memenangi cinta Ruhainies, sebaliknya mengambil keputusan mengundur diri kerana enggan mengganggu kebahagiaan gadis itu.
“Saya tahu ramai lelaki yang menyimpan perasaan terhadap Ruhainies, jadi saya ambil keputusan untuk menjauhkan diri dan tidak menghubunginya lagi.
“Namun, kami tetap bertegur sapa di laman sosial. Lagipun, semua itu kisah lama. Memang terkilan kerana hubungan kami tidak kesampaian, tetapi saya gembira melihat dia bahagia,” katanya.
Sebelum ini pelakon Azrel Ismail mengakui pernah meluahkan perasaan sayang kepada aktres Ruhainies.
Menurut, Azrel, 33, ucapan istimewa itu hanyalah sebagai tanda persahabatan mereka yang telah lama terjalin.
“Sejujurnya saya memang menyayangi Ruhainies tapi kalau orang kata sayang kerana kami bercinta, itu salah sama sekali.

“Ungkapan tersebut hanyalah sebagai tanda sayang saya kepada seorang sahabat, sama seperti saya menyayangi teman-teman yang lain.
“Bagaimanapun, tentang soal jodoh dengan Ruhainies, saya tak fikir lagi sampai ke tahap itu. Kalau sudah tertulis ada jodoh antara kami, adalah,” katanya kepada mStar Online.
Pelakon drama Syurga Nur itu diminta mengulas mengenai kenyataan Ruhainies dalam sebuah portal hiburan pada Ahad.
Menerusi, kenyataan itu, Ruhainies mendedahkan, Azrel pernah meluahkan rasa sayang kepada aktres berkenaan.
Sementara itu, Azrel mengakui, kekerapan mereka muncul di majlis-majlis hiburan bersama membuatkan peminat menganggap mereka mempunyai hubungan istimewa.
“Bila selalu muncul berdua orang ingat kami bercinta walaupun sebenarnya kami hanya berkawan rapat.
“Kalau orang luar fikir begitu, terpulanglah, apa yang boleh saya kata hubungan kami sekadar teman rapat dan tak lebih daripada itu. Saya pun belum terfikir lagi soal kahwin dan mahu fokus dengan kerjaya terlebih dulu,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Azrel turut menyifatkan Ruhainies seorang gadis yang lemah lembut, baik, dan menyenangkan.
“Sesekali ada juga saya hantar mesej bertanya khabar, tapi bagi saya itu perkara biasa sebagai seorang teman,” ujar pelakon drama Cucu Tauke Beras yang sedang bersiaran di TV3.

“Ruhainies Ada Dalam Senarai Calon Isteri Saya” – Azrel Ismail

Walaupun pernah digosipkan bersama dan menafikannya, namun kedua pelakon yang namanya kian naik ini terus dikaitkan bersama.
Pernah memaklumkan pada media bakal menamatkan zaman bujang tahun hadapan, Azrel memberitahu mungkin akan menangguhkan perkahwinan untuk beberapa tahun akan datang atas beberapa sebab .
Dia juga berkata ia bergantung pada jodoh. Dalam masa yang sama, Azrel mengaku Ruhainies punyai ciri-ciri calon isteri yang diidamkannya.
Menerusi satu temu bual bersama The Malay Mail, pelakon berkumis dan tinggi lampai itu berkata dia sedang dalam proses mencari calon yang terbaik.
“Saya kata mungkin tahun depan tetapi belum pasti. Kalau ada rezeki insya Allah secepat mungkin tahundepan. Kalau masih tiada jodoh, tunggulah tidak tahutahun bila. Calonnya banyak tetapi sudah tentulahuntuk calon isteri, saya mencari yang terbaik,” katanya.
Malah, lebih suspen apabila dia mengaku Ruhainies tersenarai dalam salah seorang calon isterinya.
Tidak menolak jika benar dijodohkan bersama, dirinya juga yakin pelakon wanita tersebut juga ada rasa yang sama dan tidak menolak segala kemungkinan.

“Ruhainies seorang wanita yang baik. Kami memang berkawan rapat. Mungkin daripada kawan akan ke peringkat seterusnya. Insya Allah. Tidak tahu lagi. Ruhainies ada dalam salah seorang senarai calon saya. Ruhainies pun tiada masalah. Segalanya masih terbuka kerana sesiapa saja boleh menjadi isteri saya. Belum ada yang spesifik tetapi bayang-bayangnya sudah ada. Siapa lagi belum tahu,” jelasnya.
Ehemmm, kalau masing-masing tidak menolak, apa salahnya kan?
Apa pun Jom kita sentiasa doakan yang terbaik buatmereka berdua dan sekirannya benar jangan ditangguh-tangguhkan lagi penantian ini.

‘Betul… Saya, Mr E bercinta’ – Ruhainies
‘Rakaman video itu adalah bukti kami menjalin hubungan cinta.’
Begitu penjelasan pelakon Ruhainies apabila klip video yang memaparkan dirinya menerima sebentuk cincin daripada jejaka yang dikenali sebagai ‘Mr E’ ketika bercuti di London, United Kingdom (UK), baru-baru ini adalah petanda dirinya sudah berpunya.
Namun, Ruhainies menambah, klip video viral itu sebenarnya adalah promosi pelaburan terbaru antara dirinya dan ‘Mr E’ yang bergabung menjual produk.
“Sebenarnya, video promosi untuk Instagram itu ada jalan cerita termasuk lamaran dirinya ke atas saya.
“Namun, lamaran itu bukanlah ajakan untuk berkahwin. Ia lebih kepada mengesahkan hubungan percintaan kami. Kalau hal kahwin itu, ia masih terlalu awal untuk diperkatakan.
“Rakaman video itu dibuat bagi menunjukkan kami bergabung baik dalam dunia perniagaan mahupun peribadi,” katanya kepada BH Online.
Sebelum ini, perkongsian video yang menampakkan Ruhainies menerima sebentuk cincin daripada ‘Mr E’ mencetuskan spekulasi kononnya aktres itu sudah dilamar ahli perniagaan yang menetap di London.
Video itu dirakam ketika Ruhainies bercuti di London pada 3 Oktober lalu.
Menjelaskan kerjasama yang dijalin dengan ‘Mr E’ dalam konteks perniagaan, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, dia mengeluarkan produk pelembap bibir, lip matte manakala ‘Mr E’ menghasilkan produk makanan tambahan.
Ruhainies berkata, idea menghasilkan klip video viral itu tercetus apabila kekasihnya menawarkan dirinya menjadi duta produk makanan tambahan yang dihasilkannya.
“Sebenarnya, tawaran itu diterima dua bulan sebelum saya bercuti.
“Saya memujuk ‘Mr E’ untuk muncul dalam video terbabit… Namun, sebagai menghormati permintaannya… wajahnya tidak ditonjolkan secara ketara,” katanya yang mengaku sudah lima bulan lebih menjalin cinta jarak jauh dengan jejaka itu.
Dalam perkembangan lain, Ruhainies baru selesai melunaskan penggambaran telefilem bagi siaran RTM berjudul Salam Manis.
“Telefilem itu menggandingkan saya semula dengan Azrel Ismail. Kali terakhir kami berlakon adalah dalam drama Menantu Tingtong.
“Dalam projek ini, Jasmin Hamid dan kakak saya, Risteena turut berlakon,” katanya.
Ruhainies berkata, pada 10 November depan, dia akan ‘terbang’ ke Indonesia untuk mengacarakan program travelog terbitan Zeel Production.
“Saya akan berada di Jakarta selama sebulan meneroka industri kopi di sana,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : bharian, the malay mail & msta
The post “Memang Terkilan Hubungan Cinta Kami Tidak Kesampaian..” – Azrel Ismail appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/11/19/memang-terkilan-hubungan-cinta-kami-tidak-kesampaian-azrel-ismail/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azrel Ismail Doa Ruhainies Bahagia Akur Tiada Jodoh

Azrel Ismail Doa Ruhainies Bahagia Akur Tiada Jodoh

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 826 hits
Pernah dikaitkan dengan Ruhainies suatu ketika dulu Azrel Ismail akur tiada jodoh diantara mereka Jelas Azrel beliau terkilan namun tidak kecewa kerana The post appeared first on
Belajar Dari Hubungan Vicky Angel Yang Penuh Kejanggalan Ayolah Cinta Jangan Dibuat Mainan

Belajar Dari Hubungan Vicky Angel Yang Penuh Kejanggalan Ayolah Cinta Jangan Dibuat Mainan

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 248 hits
Kalau benar settingan banyak hal yang bisa dipelajarin dari hubungan Vicky Angel yang sensasional
Azrel Ismail Kecewa Ruhainies Sudah Dilamar Orang

Azrel Ismail Kecewa Ruhainies Sudah Dilamar Orang

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 622 hits
Pelakon Azrel Ismail dan Ruhainies pada satu ketika memang sangat rapat namun kedua duanya tidak pernah mengakui mereka sedang hangat bercinta dan lebih selesa melabelkan hubungan mereka sebagai teman tapi mesra Selepas Ruhainies memuat nai...
Sinopsis Cinta Elevator

Sinopsis Cinta Elevator

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 1551 hits
SINOPSIS CINTA ELEVATORApabila dua insan berlainan darjat dan profesion bertemu di dalam sebuah lif pelbagai persepsi timbul di fikiran mereka sehinggalah mereka berdua ditakdirkan terperangkap di dalam lif Telefilem yang akan disiarkan di ...
Souqy Cinta Dalam Doa Chord

Souqy Cinta Dalam Doa Chord

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 332 hits
Em Am D GC Am B7 Em Amberakhir lah sudah cerita kita D Gsetelah sekian lama bersama C Amkau hadir kan dia dalam cerita B7 Emyang hanya menyisakan lukaAm Dku coba G Cmenahan perih yang kurasaAm B7walau ini menyakitkan Em jika menyakiti aku A...
Harkannas 2018 Ajak Kaum Milenial Cinta Makan Ikan

Harkannas 2018 Ajak Kaum Milenial Cinta Makan Ikan

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 258 hits
pada peringatan Harkannas kali ini ingin mempromosikan dan mengajak seluruh kaum milenial untuk cinta makan ikan
Realita Miris Ribuan Gembok Cinta Seperti Yang Diunggah Anthony Ginting Ternyata Banyak Diprotes Lo

Realita Miris Ribuan Gembok Cinta Seperti Yang Diunggah Anthony Ginting Ternyata Banyak Diprotes Lo

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 254 hits
Meski bikin baper keberadaan dereta gembok cinta di beberapa negara sekarang udah dilarang lo Waduh kenapa ya
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord