Memang Terbukti Kata Kata Ini Jangan Benci Nanti Suka
Aku masih ingat lagi sewaktu iPhone pertama kali dikeluarkan pada tahun 2007. Langsung aku tidak memahami sebab munasabah kenapa pengguna iPhone (iFag) tergila-gila smartphone keluaran Apple ni? Ada yang sanggup beratur dari tengah malam membawa ke pagi di Apple store semata-mata ingin menjadi yang pertama memiliki iPhone terbaru.
Series..
Lagi aku tak faham, pengguna iPhone pada masa tu berlagak gila sampai pandang ‘slek’ kepada pengguna model jenama lain seperti Samsung Galaxy & Blackberry (arwah dah..). Seolah-olah “apa kelas ko pakai Sambung / Nokia bang..” walaupun aku tahu kau guna duit pinjaman PTPTN untuk memiliki sebijik iPhone 3G. Berlagak tak ingat dunia
Sampai satu tahap, aku jadi menyampah dengan semua produk Apple ni. Aku tahu, bukan salah produk Apple pun. Cuma aku tak boleh nak hadam pemikiran kebanyakan pengguna produk Apple pada itu. Aku cakap pada masa tu, bukan masa sekarang, dan juga bukan kebanyakan pengguna. Segelintir sahaja. Tapi biasalah, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga kan..hahaha..
Dan mungkin juga salah aku yang tak mencuba memilik produk Apple pada masa itu. Jadi aku tidak memahami bagaimana bestnya hidup dengan produk eksklusif tu. Somemore aku rasa harga produk Apple ini tak masuk akal. Tu harga pada tu, belum lagi tengok harga iPhone Xs pada hari ni..hahaha.
Itu dulu. Orang tua tua cakap, jangan terlalu menyampah atau membenci seseorang, kelak situasi tu jadi terbalik. Jadi suka. Jadi sayang.
Ada benarnya kata-kata orang tua.
Bermula dengan membeli iPad 2 untuk dijadikan hantaran perkahwinan kami, kemudian aku mendapat durian runtuh apabila berjaya memenangi iPhone 5S daripada Denaihati. Pada awalnya agak kekok untuk aku menggunakan iPhone 5s. Mungkin perasaan ‘menyampah’ tu masih menebal.
Takpe, lagi pun masa tu smartphone Samsung masih menjadi telefon utama aku..haha..alah bisa tegal biasa kan. Lama kelamaan aku & iPhone 5s makin serasi bersama. Seterusnya, produk Apple makin dekat dengan famili aku apabila isteri membeli iPhone 6s.
Rasa suka pada jenama ini semakin menebal sehingga aku membuat keputusan untuk membeli iPhone 8 pada awal tahun ini. iPhone 5s masih setia berkhidmat sebagai telefon backup. Sentimental value hasil penat lelah aku berblog sehingga memenangi kontes ini perlu disimpan elok-elok.
Rasa benci pada produk Apple ni seakan-akan hilang 100% apabila laptop Lenovo aku rosak sejak 3 minggu lepas. Isu ini aku jadikan alasan untuk aku ke Mac Studio pada minggu lepas dan berkenan dengan Macbook Air. Walaupun model ini model 2017, tapi aku kira, saiz yang nipis dan ringan serta ‘reliability’nya sangat sesuai untuk kegunaan aku buat masa sekarang ini. Lagi pun harga Macbook Pro memang tak masuk akal dengan poket aku..hahaha.
Ok, aku rasa sekarang hidup aku memang dah lengkap.
Kalau member lama yang tahu pasal kebencian aku pada produk Apple tahu pasal aku dan produk Apple sekarang ni, pasti dia gelakkan aku.
Tak kisahlah, janji aku tak membeli guna duit pinjaman PTPTN..hahaha..opss..
Get OFF up to 80% with 11.11 Sale
The post Memang Terbukti Kata-kata Ini. Jangan Benci, Nanti Suka. appeared first on JMR .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://jmr23.com/2018/11/memang-terbukti-kata-kata-ini-jangan-benci-nanti-suka/