Memang Tak Jangka Status Di Facebook Viral Dikongsi 17k
Rutin sejak PKP ni memang tak berubah langsung. Bangun pagi, siapkan sarapan pagi sebab hubby memang nak sarapan yang ringan mungkin sandwich roti dan secawan nescafe. Kalau dulu dia keluar bekerja, saya hanya sediakan segelas susu dicampur dengan madu dan off he goes
Lepas breakfast, saya masuk bilik dan jengah social media terutama twitter yang menyajikan berita terkini tentang Covid-19 dan mangsa yang meninggal kemudian ke blog untuk tengok pageview..hehe. Bagi Facebook pulak kekadang tu memang rajin nak update status bagi salam tapi bila kekadang tu rasa ahhh...mesti orang bosan dengan kata hikmah dan quote yang saya suka letak tu lepas tu letak pulak apa yang saya makan. Ehh FB saya kan so suka hati ler tapi so far tak de la orang komen atau saya terasa kalau nampak status orang lain. Tapi yang paling saya rasa pelik bila ada yang up status kat Facebook ni lebih dari 5 status yang kekadang tu buat saya rasa muak sebab bercerita pasal si polan tu la si polan ni la..haaa panjang kan membebel ni. Walhal nak cerita pasal apa yang jadi hari Ahad lepas jer pun.
Hari Ahad 29 Mac tiada ucap salam pagi sebab...layan baca novel hehee dan layan twitter la. Kat twitter nampak orang post dan berbahas pasal business owner bernama Aleeya Zailan dan influencer yang cukup dikenali Vivy Yusof. Siapa Aleeya ni saya tak kenal tapi ada jengah ke IG dia sebelum dia privatekan IG tu dan VY ni siapa tak kenal? sangat dikenali sebab anak saya yang no 2 tu memang giler dengan tudung DuCk dia tu dan punya koleksi yang agak banyak la. Vivy Yusof ni dulu blogger dan dulu pun tak kurang cerita pasal dia makan dalam diapers..ok tak nak komen pasal tu
Ni apa yang saya catatkan di status dan terima kasih pada blogger Siti Awadah yang bagi advise untuk tukar sikit sebab status awal tu agak keras..gitu la kalau menulis dengan amarah pastu bila tengok ratus shares, saya rasa gigil dan risau sebab tiada niat untuk aibkan sesiapa cuma geram dengan status Aleeya Zailan tu yang seperti memperkotak katikkan golongan B40
Rasa sedih bila fikiran orang muda macam ni. Showing their true color untuk public ke apa ni.. sedih umi!
Jangan la komen pasal orang miskin sebab diaorg tak akan kaya pun. Apa la sangat dgn RM1600 tu? Cubalah paham..
Makin hari makin macam-macam... Dah la rasa mual dengan nak minta bantuan khusus buat retis sipolan sipolan tu. haishh
Baru nak up story kat blog www.iamfuzy.com ... bukan nk cite pasal bisnes orang tapi selain Makcik Kiah, Makcik Senah boleh tak kaya.
Rasanya PKP ni bukan setakat kawal pergerakan tapi kena kawal mentaliti jugak.
Komen yang baik-baik ya dan doakan mereka ni boleh buat hitung kira dgn lebih bernas dengan jumlah yang orang miskin akan dapat nnt berbanding apa yg diaorg ada
Sehingga artikel ini saya tulis terdapat 17,419 perkongsian dan sepanjang status saya dikongsi, memang ramai yang ingin add saya sebagai sahabat. Tapi saya ni kena tunggu ada masa untuk view profile mereka yang nak add ni sebelum boleh diterima sebagai sahabat. Bukan apa, saya adalah orang yang biasa-biasa sahaja.
Mungkin kerana ramai yang mengenali Datin Vivy Sofinas Yusof ni jadi status tu terus viral dan dalam komen tu ramai juga yang mengenali Aleeya Zailan ni dan keluarlah cerita kurang enak tentang dia dan syarikat suami.
Bagi sesetengah tukang komen, ada merasakan Vivy Yusof tersilap langkah bila seakan mengiakan apa yang dikatakan oleh Aleeya walhal bagi mereka Vivy mengakui tentang mereka yang menjalankan perniagaan akan merasa terbeban dengan kesempitan jangka pendek ni. Mungkin ya mungkin tidak sebab ada komen yang mengatakan Vivy Yusof bukan heran pun dengan orang lain apatah lagi pekerja dan ada yang membangkitkan kes dia dengan PA dia dulu. Malah ada petisyen untuk meminta UiTM mengeluarkan dia dari menjadi ahli Lembaga Pengarah UiTM
Suka dengan komen nadhirah ni yang orang miskin tidak akan kaya cuma mereka akan dapat cukup makan untuk kelangsungan hidup. Seharusnya sesiapa pun kita dan apa juga status kekayaan kita, rasa hormat pada orang lain tu sangat perlu
Saya juga menghantar mesej pada penulis twitter nadhirah ni untuk memaklumkan saya telah mengguna posting dia di FB dan dia
Status Malissa Ali ni memang menunjukkan dia marah sangat dengan Fashion Valet kerana bagi dia Vivy Yuso tade socialogical responsibility atau mungkin dia mengenali VY secara peribadi. Malang sekali saya tidak dapat berinteraksi dengan Malissa Ali sekaligus memohon membenarkan saya berkongsi status dia ni
Bangroti anak Makcik Kiah pula letak status pasal artis yang inginkan bantuan khusus untuk mereka dan saya ada kongsi di Facebook page saya apa tuntutan yang dikemuka oleh Persatuan Seniman dan saya pasti ramai yang tahu apa yang sedang berlaku sekarang ni. Saya ada mesej kepada penulis twitter Bangroti anak Makcik Kiah dengan menyatakan saya telah menggunakan status dia untuk FB saya dan mujur dia benarkan. Bukan apa tak nak la kot tetiba dia terus famous atau kena kutuk kat social media..mau terkejut dia kan
Ni kenyataan dari Vivy Yusof tapi yang pelik bila dia sebut 'a lady' walhal 'the lady' tu Aleeya Zailan tu kawan dia...hurm
Apa pun Vivy dah buat permohonan maaf secara terbuka dan Aleeya Zailan pun ada buat video yang sempat saya tengok kejap tapi bila nak tengok balik dah hilang
Kesimpulannya
Kita ni bila mengeluarkan perkataan mahupun secara lisan tu kena la jaga sensitiviti dan perasaan orang lain. Mungkin kita tiada niat dan mungkin kita cuma nampak dan pernah nampak yang orang dari golongan yang kita fikir miskin ni membeli iphone dan tv seperti kata Aleeya Zailan tapi bukan semua orang sama apatah lagi dengan keadaan sekarang ni yang penting adalah makanan. Namun kalau mereka menggunakan duit tersebut untuk barangan teknologi pun kena nak sibuk bukan?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2020/04/memang-tak-jangka-status-di-facebook.html