Meletak Jawatan Sebagai Prinsip Atau Khianat




MAHATHIR YA.. BUKAN RAFIZI.. RAFIZI BANYAK JASA PADA PKR. 











1- Dalam sejarah politik Malaysia, wujud satu corak lama yang kini disalin kembali dalam wajah lebih muda dan kononnya progresif iaitu  mencipta tekanan dengan meletakkan jawatan untuk mengukur sokongan dan membina mitos bahawa parti takkan mampu berdiri tanpanya.


2- Tun Mahathir Mohamad pernah meletak jawatan pada 2003 secara mengejut dalam Perhimpunan Agung UMNO, satu gerak psikologi untuk melihat siapa akan merayu beliau kembali. Strategi ini berulang pada 2020, bila beliau letak jawatan sebagai PM tanpa mandat parti, lalu seluruh kerajaan tumbang.


3- Ironinya, individu yang mencipta persepsi dirinya satu-satunya penyelamat bangsa itu akhirnya kalah di Langkawi, hilang deposit. Ini membuktikan  rakyat menolak politik yang berpaksi kepada ‘aku’ dan bukan prinsip. Parti bukan milik sesiapa.


4. Kini, strategi serupa digunakan oleh satu watak muda,  bukan dengan drama podium sahaja, tetapi melalui siaran maya, hantaran sinis, pengumuman letak jawatan, dan ‘survey awam’ untuk membaca siapa yang masih percaya kononnya hanya dia mampu ‘menyelamatkan’ parti.


5- Perbezaannya, wajah baharu ini bukan sekadar meletak jawatan, tetapi turut mencipta naratif tersusun dan satu retorik untuk membina keabsahan tunggal, dan pada masa yang sama, merendahkan kerja kolektif parti.


6- Kemunculan 'pemimpin siaran' semakin jelas  mereka tampil dengan imej profesional doktor, peguam, ahli akademik, teknokrat, kononnya bebas, tapi hanya bersuara ketika tokoh kesayangan mereka ditekan atau tidak diberi laluan. Kritikan mereka bukan untuk membina, tetapi untuk menguji pasaran.


7- Mereka bukan memimpin dari dalam, tetapi mencucuk dari luar. Mereka membuka ruang komen, mencipta pertanyaan retorik seperti “apa jadi pada parti kini?” bukan untuk bertanya, tapi untuk menggiring kesimpulan: “parti hilang arah kerana sosok itu tiada.”


8- Fenomena ini bukan baru, ia adalah bentuk Mahathirisme dalam pendekatan digital, membina mitos peribadi atas runtuhan sistem. Menghasut minda rakyat bahawa tanpanya, parti tiada masa depan. Sedangkan hakikatnya, parti runtuh bukan kerana ketiadaan sosok, tetapi kerana permainan dari mereka sendiri.


9- Dalam politik sihat, jawatan ialah amanah, bukan modal ugutan. Sesiapa yang meletakkan jawatan untuk memberi tekanan moral terhadap parti atau pemimpin,  bukan sedang berprinsip, tetapi sedang bermain emosi kolektif untuk diangkat kembali dengan lebih kuat. Ini bukan integriti - ini manipulasi.


10- Jangan sampai reformasi yang diperjuangkan berpuluh tahun di hancurkan kerana watak seseorang yang bersifat dominasi, lalu mempamerkan diri seolah-olah dialah enjin tunggal parti. Parti tidak perlukan penyelamat Parti perlukan pasukan.


11- Apabila strategi kepimpinan bertukar menjadi eksperimen sokongan di media sosial, itu tanda parti sedang dibajak - bukan oleh musuh luar, tetapi oleh ego dalaman yang tidak sanggup menerima kenyataan bahawa perjuangan ini lebih besar daripada satu nama.


12- Cukuplah kita ditipu oleh strategi lama dalam pembungkusan baharu. Kita bukan lagi gerakan yang taksub pada figura, tetapi gerakan yang percaya bahawa kuasa sebenar datang daripada akar umbi yang tidak gentar pada tekanan dan tidak mudah dikelirukan oleh siaran politik penuh percaturan.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/meletak-jawatan-sebagai-prinsip-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nahas Upsi Tiada Bukti Kegagalan Sistem Mekanikal Bas Mungkin Faktor Manusia Atau Jalan Anthony Loke

Nahas Upsi Tiada Bukti Kegagalan Sistem Mekanikal Bas Mungkin Faktor Manusia Atau Jalan Anthony Loke

papar berkaitan - pada 15/6/2025 - jumlah : 141 hits
Laporan awal siasatan terhadap kemalangan yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris di Jalan Raya Timur Barat Gerik mendapati tiada bukti menunjukkan kegagalan sistem mekanikal pada bas berkenaan Menteri Pengangkutan ...
Sah Atau Tak Sah Solat Yang Tak Dibaca Al Fatihah

Sah Atau Tak Sah Solat Yang Tak Dibaca Al Fatihah

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 183 hits
SOALAN Sah atau tidak solat yang tidak dibaca akan fatihah Bagaimana kalau seorang itu tinggal baca fatihah tanpa sengaja Sahkah kalau digantikan fatihah dengan membaca surah yang lain JAWAPAN Surah Al Fatihah Image dari Pinterest Baca fati...
Rania Terkena Virus Rotavirus Atau Norovirus

Rania Terkena Virus Rotavirus Atau Norovirus

papar berkaitan - pada 14/6/2025 - jumlah : 217 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Malam tadi dapat berita dari mama Rania dalam WhatsApp group family mengatakan Rania tak sihat Dari apa yang Mama Rania ceritakan badan Rania dah mula panas dah mula nak demam Awal pagi tadi pukul 7 pagi ...
Bukan Lawak Atau Suka Suka Ini Salah Jenayah Mekyun Selar Komen Jijik Pedofilia Di Grup Fb

Bukan Lawak Atau Suka Suka Ini Salah Jenayah Mekyun Selar Komen Jijik Pedofilia Di Grup Fb

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 135 hits
Nama Mekyun bukan asing lagi dalam dunia media sosial tanah air Influencer media sosial dan pelakon ini cukup dikenali dengan wataknya yang lucu bersahaja tapi sentiasa menyentuh isu yang dekat dengan hati masyarakat Di sebalik wajah comel ...
Penguatkuasa Tidur Atau Ditidurkan

Penguatkuasa Tidur Atau Ditidurkan

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 96 hits
59 kes ceroboh hutan simpan di Pahang jadi kebun durian haram sejak 2019FMT ReportersPengarah Jabatan Perhutanan Pahang Zainuddin Jamaluddin berkata pokok durian ditanam secara haram akan ditebang tanpa mengira saiz atau kedudukan kawasan h...
Kerajaan Negeri Pahang Mengharamkan Penggunaan Rokok Elektronik Atau Vape Secara Menyeluruh

Kerajaan Negeri Pahang Mengharamkan Penggunaan Rokok Elektronik Atau Vape Secara Menyeluruh

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 108 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape secara menyeluruh dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Negeri Pahang Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Oran...
Dzulkifli Masuk Umno Aset Baharu Atau Tragis Liabiliti Lama

Dzulkifli Masuk Umno Aset Baharu Atau Tragis Liabiliti Lama

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 132 hits
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad kini sah menjadi ahli UMNO Dia masuk parti bukan sebab ada tawaran jawatan atau rundingan dengan pemimpin atasan Sebaliknya dia daftar secara biasa melalui cawangan Merbau Kudong di bahagian Tase...
Isu Blog Pening Dengan Masalah Failed To Follow Boleh Cuba Cara Ini

Beng Hock S Family Insists On Justice After Dap Bow

Eyes In The Sky Strengthening Malaysia S Defence With Ai And Drones

Where Would You Be Having Your Next Meal

5 Petua Kurangkan Gula Dalam Masakan Harian

Cara Semak Gula Dalam Darah Di Rumah

Akaun Emas Terbaik Di Malaysia Simpanan Digital Vs Fizikal

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bercuti Di Pulau Pemanggil Johor

Infakkan Ke Akaun Masjid Al Taqwa Keningau

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Surat Seorang Ayah Buat Puterinya Tercinta

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique