Melawat Lobang Jepang Di Kota Bukittinggi Di Sumatera Barat Di Indonesia
Lobang Jepang adalah satu lokasi bersejarah dan menarik di Kota Bukittinggi yang kami lawati pada 25 Januari 2014.
Lobang Jepang atau Lubang Jepun adalah sebuah kubu bawah tanah penjajah Jepun. Kami dibawa ke sini pada jam 8:15 pagi waktu tempatan atau 9:15 waktu Malaysia. Kubu bawah tanah ini tidaklah besar sangat tetapi kerana kami dimomokkan dengan keluasannya dan potensi untuk kami sesat jika tidak menggunakan khidmat pemandu pelancong yang menanti di pintu masuk, akhirnya kami mengupah seorang lelaki tempatan untuk membimbing kami.
Tidaklah rasa rugi sangat kerana pakcik itu pandai bercerita maka kami dapat mengetahui apa yang kami takkan tahu jika kami melawat Lobang Jepang itu secara sendiri-sendiri.
Kembara Bukittingi - Pagar Ruyung
Gambar pintu masuk Taman Wisata Panorama dan Lobang Jepang di Kota Bukittinggi di Sumatera Barat di Indonesia. Kelihatan penjualan barangan cenderamata di sana. Bangunan ini menggunakan bumbung dengan senibina Minangkabau.
# Saturday, 25 January 2014, 08:15 # 20140125-bukittinggi (8).JPG # Kamera DSLR Canon EOS 500D # Jl. Panorama, Bukit Cangang Kayu Ramang, Kec. Guguk Panjang, Kota Bukittinggi, Sumatera Barat 26138, Indonesia # M9R8+WC Bukittinggi, Bukittinggi City, Sumatera Barat, Indonesia # https://goo.gl/maps/iwnvcR5LTw9Z5de79 #Loket 2 Taman Panorama dan Lobang Jepang.
Harga tiket hari libur hari biasa. Terhitung mulai tanggal 18 April 2013 tiket masuk Taman Panorama dan Lobang Jepang adalah RP 5000 (lima ribu rupiah) orang dewasa dan anak-anak untuk hari biasa sesuai dengan perda nombor 5 tahun 2013. Kepala dinas kebudayaan dan pariwisata Kota Bukittinggi DTO Dr. Noverdi NIP 19661116 198602 1001 Pembina utama muda / IV-C
# Saturday, 25 January 2014, 08:16 # 20140125-bukittinggi (11).JPG # Canon EOS 500D # Japanese Tunnel Bukittinggi #Sedikit pelajaran Bahasa Indonesia:
loket = tingkapsitus cagar budaya = tapak warisan kebudayaanLobang = Lubang, dalam kes ini terowong dan kubu bawah tanah Jepang = JepunDinas = perkhidmatanPariwisata = pelanconganSitus Cagar Budaya. Goa Jepang Panorama (Lobang Jepang). Dilindungi oleh undang-undang nombor 11 tahun 2010. Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Kota Bukittinggi.
# Saturday, 25 January 2014, 08:25 # 20140125-bukittinggi (26).JPG # Canon EOS 500D # Japanese Tunnel Bukittinggi #Papan tanda pelan kawasan Lobang Jepang yang memberitahu kami bahawa kawasan itu tidaklah seluas mana dan mungkin sahaja kami baru melakukan kesilapan apabila bersetuju mengambil pemandu pelancong untuk membimbing kami menerokai kawasan pelancongan tersebut.
Pelan lantai Lobang Jepang menunjukkan kawasan kubu bawah tanah ini agak luas dengan ruang amunisi (ruang senjata), pintu pelarian, barak militer Jepang (bilik tentera Jepun), ruang sidang (bilik mesyuarat), ruang makan, penjara, dapur, pintu penyergapan (serbuan), pintu keluar dan pintu penghubung.
# Saturday, 25 January 2014, 08:28 # 20140125-bukittinggi (30).JPG # Kamera DSLR Canon EOS 500D # Lobang jepang, Bukittinggi Kota Wisata #Selamat Datang ke Lobang Jepang (Japanese Tunnel).
Pintu masuk ke Lobang Jepang dipasang jeriji besi. Lobang Jepang ini diterjemah sebagai Japanese Tunnel, tetapi bagi Tedi ia lebih kepada kubu bawah tanah tentera Jepun. Kenapa mereka sanggup membina kubu bawah tanah berbanding bangunan markas biasa? Mungkin kerana tidak perlu membina bangunan, cukup dengan menggali sahaja, dan pada waktu perang sudah tentu tiada masa untuk membina bangunan, dan kedudukan di bawah tanah tentu lebih selamat dan terlindung berbanding di atas permukaan tanah. Untuk membina struktur ini tentunya memerlukan kawasan tanah keras.
# Saturday, 25 January 2014, 08:30 # 20140125-bukittinggi (31).JPG # Kamera DSLR Canon EOS 500D # Khabarnya tentera Jepun mengerah warga Indonesia yang bukan dari daerah Bukittinggi kerana perbezaan bahasa dan bangsa membuatkan mereka sukar berkomunikasi walaupun sesama warga Indonesia sekaligus melindungi rahsia Lobang Jepang ini.
Bayangkan jika ada buruh yang terlepas, mereka masih tidak mampu untuk menjelaskan apa yang terjadi kepada warga tempatan kerana perbezaan bahasa tersebut. Jangan kita lupa bahawa Indonesia mempunyai banyak bahasa apatah lagi negara jiran Malaysia itu mempunyai pulau-pulau yang cukup banyak.
Tangga masuk ke Lobang Jepang. Memang tinggi menunjukkan bahawa kubu bawah tanah ini terletak agak dalam di bawah permukaan tanah.
# Saturday, 25 January 2014, 08:33 # 20140125-bukittinggi (35).JPG # Kamera DSLR Canon EOS 500D # Japanese Tunnel Bukittinggi, West Sumatra, Indonesia #Selesai sahaja menuruni anak tangga yang tidak Tedi ketahui berapakah jumlahnya, akhirnya kami menjejakkan kaki ke dalam terowong Lobang Jepang tersebut. Luas terowongnya dan tinggi pula, tiada masalah untuk kami bernafas. Tengok dinding terowongnya memang keras tempat tu. Macam manalah mereka gali terowong ni agaknya?
Gambar terowong yang ada dalam Lobang Jepang. Suasana agak suram dengan kurangnya lampu menerangi penjelajahan kami. Tidak tahulah bagaimana tentera Jepun menerangi Lobang Jepang ini pada masa dahulu?
# Saturday, 25 January 2014, 08:38 # 20140125-bukittinggi (37).JPG # Canon EOS 500D # Lobang Jepang, Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia #Ruang AmunisiSebenarnya Tedi tak tahu pun apa bendanya amunisi tu, tapi Tedi tahu amunisi adalah daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu amunition.
Ammunition dalam Bahasa Inggeris salah satu maksudnya adalah: "Sesuatu yang boleh ditembak daripada senapang atau meriam seperti peluru atau bom."
Jadi benarlah telahan Tedi bahawa amunisi itu bermaksud peluru.
Ruang amunisi atau bilik peluru dalam Lobang Jepang.
# Saturday, 25 January 2014, 08:39 # 20140125-bukittinggi (38).JPG # Canon EOS 500D # Lobang Jepang, Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia #Ruang Penjara
Gambar penjara dalam Lobang Jepang.
# Saturday, 25 January 2014, 08:48 # 20140125-bukittinggi (45).JPG # Kamera DSLR Canon EOS 500D # Lobang Jepang Bukittinggi, Jl. Panorama, Bukit Cangang Kayu Ramang, Kec. Guguk Panjang, Kota Bukittinggi, Sumatera Barat 26138, Indonesia #Lobang PengintaianDi bahagian dapur Lobang Jepang terdapat dua buah lubang, satu dipanggil Lobang Jepang yang terletak di bahagian atas atau bumbung dapur.
Melalui Lobang Pengintaian ini tentera Jepun boleh mengintip pergerakan musuh di permukaan. Tapi Tedi rasalah kan, lubang ni sebenarnya berfungsi sebagai serombong asap. Bayangkan kalau memasak tanpa ada lubang pengudaraan, mau satu Lobang Jepang ni dipenuhi oleh asap.
Lubang di bawah pula adalah lubang untuk membuang mayat mereka yang dihukum. Lubang ini kononnya akan terus menuju ke sebatang sungai di bahagian bawah terowong ini. Jadi mayat dapat dibuang tanpa disedari orang lain. Logiknya lubang ini adalah lubang buang sampah. Jika ini adalah lubang membuang mayat, kenapa ia ada di bahagian dapur? jeng jeng jeng...
Dan satu soalan lagi, di manakah mereka mendapatkan bekalan daging? hehehe...
Pintu pengintaian di bahagian dapur Lobang Jepang. Manakala lubang di bawah adalah untuk membuang mayat terus ke sungai.
# Saturday, 25 January 2014, 08:51 # 20140125-bukittinggi (48).JPG # Canon EOS 500D # Lobang Jepang, West Sumatra, Indonesia #Koleksi gambar semasa melawat Lobang Jepang Bukittinggi Sumatera Barat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2019/10/melawat-lobang-jepang-di-kota.html