Mee Hoon Goreng Orang Berniaga




Alhamdulillah kita bertemu lagi sebelum saya bercuti selama beberapa hari sepanjang percutian saya dan rakan rakan alumni ke Vietnam. Jangan lupa nantikan update percutian saya di Instagram saya @aziekitchen atau facebook page saya di Azie Kitchen Blogger. Jangan lupa untuk klik follow dan subscribe ya. 
Kuliah Ustazah Dr Fatma Elzahraa di facebook live tadi berkenaan dengan malam pertama di alam kubur. Agak panjang kerana ustazah berikan semua ayat Al Quran sebagai dalil yang menyebut mengenai sesuatu peringkat kejadian. Cuma saya ingin berkongsi sedikit sahaja yang antaranya ialah berkenaan saat sakaratul maut. 
Sakaratul maut tak mudah untuk semua orang, hatta Rasulullah yang sebaik baik manusia dan yang maksum juga melalui ujian kesakitan sakaratul maut. Jadi kita disarankan untuk memperbanyakkan doa setiap selepas waktu soalt dengan doa, Allahumma Hawwin 'Alaina fii sakaratulmaut. Ya Allah, Permudahkan lah Aku Menghadapi Saat Sakaratul Maut"
Sesungguhnya sakaratul maut adalah saat getir untuk seseorang dan ujian ketika ini tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Hadis di mana Rasulullah bersabda, tanda husnul khatimah ialah apa yang kamu buat di akhir. Contoh mati ketika sedang solat atau saat berbuat apa apa kebaikan. Ada orang mati ketika sedang minum arak. Jadi ini adalah antara tanda kalau seseorang mati dalam husnul khatimah atau suul khatimah. 
Mudah mudahan kita tergolong dalam orang yang mati dalam husnul Khatimah. Dunia adalah sementara yang penuh tipu daya. Alam akhirat ialah alam yang kekal. Jadi jangan tertipu dengan dunia, hatta tak ada nilainya walaupun dibandingkan dengan sayap nyamuk. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.

Entah kenapa malam tadi, tiba tiba terasa nak makan mee hoon goreng yang simple. Rasa nak makan mee hoon goreng yang kita beli di gerai gerai tepi jalan tu. Mee hoon tu biasanya sangat simple, tak ada ayam atau daging. Sayur pun kalau ada, jarang jarang jer jumpa seketul. Haa gitu.
Ini bukan lah resipi mee hoon goreng yang biasa kita masak untuk makan sendiri di rumah. Diletakkan pelbagai bahan dan perencah. Ada yang letak ikan bilis, udang kering, udang hidup, taugeh atau kucai dsb. 
Kira kiranya ini adalah mee hoon goreng marhaien jer. Kicap tak letak sebab saya lebih suka mee hoon goreng berwarna kemerahan sedikit. Apa apa pun, ianya sangat sedap. Makan pula dengan ayam goreng panas panas, wallaaa padu.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…

Mee Hoon Goreng Orang Berniaga Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:1 pek mee hoon - rendamSayuran disukaiMinyak masak
Bahan Tumbuk:15 biji bawang merah8-10 ulas bawang putih1-2 sudu besar cili kering kisar2-3 sudu besar ikan bilis - opsyenal
Bahan A:1 paket fish ball 2 biji telur
Bahan B:1 sudu sos tiram1 sudu sos tomato4 sudu sos cili½ sudu kecil garam½ sudu kecil gula Serbuk pati ayam 
Cara cara:Rendam mee hoon dalam air biasa sehingga lembut. Kemudian tos dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga terbit minyak. Nota: Jika suka, boleh tambahkan ikan bilis dan ditumbuk sekali. 
Setelah terbit minyak, masukkan fish cake dan telur. Kacau rata. 


Masukkan bahan B dan kacau rata. Biarkan sehingga sebati. Masukkan gula dan garam serta serbuk pati ayam, jika suka.

Masukkan mee hoon dan sayuran yang disukai. Nota: jika mee hoon kurang lembut, boleh tambah ½ -1 cawan air panas. Kacau sehingga mee hoon kelihatan ringan, tak basah dan berkilat terbit minyak. Boleh tutup api. 

Jika suka, taburkan bawang goreng, daun bawang, cili merah hiris atau apa apa yang disukai.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/02/mee-hoon-goreng-orang-berniaga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laksa Goreng

Laksa Goreng

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 263 hits
LAKSA GORENG Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua PERNAH DENGAR TAPI TAK PERNAH MAKAN Setiap Khamis malam Jumaat surau kat kampung PC biasanya ada yasinan Tahlil untuk para jamaah surau sahaja Kecil...
Nasi Goreng Ikan

Nasi Goreng Ikan

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 151 hits
AssalamualaikumSalam Isnin Pagi ni LM masak sarapan nasi goreng ikan saja Haaa nasi goreng versi mak mak Leftover ikan goreng LM perasing tulang dan guna nasi lebih semalam juga Alhamdulillah jadi la menu simple pagi ni Kangkung tu hasil ya...
Kuey Teow Goreng

Kuey Teow Goreng

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 167 hits
Assalamualaikum WBTSEJAK tersebar berita kematian pelakon Korea Lee Sun kyun drama bersiri My Mister mula diviralkan Ia bukanlah drama baharu tapi telah ditayangkan pada tahun 2018 Selain dari My Mister banyak lagi drama lakonan mendiang ya...
Kari Ayam Nasi Goreng Sambal Bilis

Kari Ayam Nasi Goreng Sambal Bilis

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 177 hits
Assalamualaikum WBTDAH sebulan Iman tak balik bermalam di rumah Hari ni hari jadi Iman yang ke 23 dan dia pulak sibuk dengan program Festival Madani yang mana Iman merupakan salah seorang urusetia Minggu ni pulak merupakan Minggu Ulangkaji ...
Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C Di Stadium Bukit Jalil

Berniaga Final Piala Malaysia Pintu C Di Stadium Bukit Jalil

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 264 hits
Assalamualaikum hai semua Alhamdullilah kali nie rezeki kami sekeluarga terpilih berniaga Final Piala Malaysia Pintu C di Stadium Bukit Jalil Lama betul ya tak berniaga kat dalam Stadium Bukit Jalil nie kali terakhir sebelum kita PKP dulu a...
Sailang Tapak Berniaga Pelajar

Sailang Tapak Berniaga Pelajar

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 182 hits
Syed Ahmad SaifullahTapak yang diperuntukkan untuk student meniaga walaun sailang Lepas dapat arahan untuk keluar Buat ayat sedih burokkan pengurusan Masa ambil hak student takda pulak ayat sedih
Difitnah Guna Duit Orang Lain Untuk Berniaga Ali Puteh Undang Ibu Anak 3 Untuk Berjumpa Empat Mata

Difitnah Guna Duit Orang Lain Untuk Berniaga Ali Puteh Undang Ibu Anak 3 Untuk Berjumpa Empat Mata

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 164 hits
Pelawak dan usahawan Ali Puteh meluahkan rasa kesal apabila dia dituduh menggunakan wang orang lain bagi memulakan perniagaan yang diusahakannya kini Difahamkan Ali difitnah sedemikian rupa oleh seorang wanita di bahagian komen hantaran Ins...
Petua Masak Mi Goreng Agar Tak Serap Kuah Dan Jadi Kembang

Petua Masak Mi Goreng Agar Tak Serap Kuah Dan Jadi Kembang

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 235 hits
Siapa yang masih failed setiap kali masak mi goreng basah Jom kita sama sama belajar resepi mi goreng ini beserta tips untuk mengelakkan mi menyerap kuah dan seterusnya menjadi kembang Resipi perkongsian oleh Riana Samad ini dijamin kekal l...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord