Mca Tidak Boleh Ada 2 Darjat Kerana Khairuddin Menteri


MCA menggesa agar Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali tidak dilepaskan dari kesalahan melanggar peraturan kuarantin Covid-19 berdasarkan "kesilapan teknikal"

"Kita tidak boleh memenjarakan rakyat biasa kerana melanggar kuarantin sementara menteri dilepaskan kerana 'kesilapan teknikal.
"Tidak boleh ada 'dua darjat' kerana kita semua sama di hadapan undang-undang," kata jurucakap MCA Chan Quin Er (di atas) dalam satu kenyataan malam tadi.
Chan, yang merupakan peguam, mempersoalkan anggapan bahawa seseorang hanya menjadi "individu yang diawasi" (PUS) apabila seorang pegawai yang diberi kuasa memerintahkan seseorang itu secara lisan untuk menjalani kuarantin

Dia menyorot bahawa sebelum perjalanan Khairuddin ke luar negeri pada Julai, kerajaan telah menyatakan dengan jelas bahawa semua pelancong yang masuk dari luar negara dianggap PUS dan harus menjalani kuarantin 14 hari

"Anda tidak menjadi PUS hanya setelah diberi salinan Borang 14B; anda secara automatik merupakan PUS sekiranya anda memasuki atau memasuki semula Malaysia dari luar negara. Sekiranya Khairuddin berada di bawah pengecualian dari kuarantin wajib, pihak berkuasa mesti dapat menunjukkan perkara ini.
"Jika tidak, ini menetapkan duluan (precedent) berbahaya di mana seseorang PUS, yang pihak berkuasa lupa untuk berikan Borang 14B, boleh melanggar kuarantin tanpa perlu dihukum," katanya.
Chan juga mempersoalkan mengapa Khairuddin dikenakan kompaun bernilai RM1,000 atas tuduhan pelanggaran di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), dengan pihak berkuasa mendakwa bahawa tidak ada peraturan yang dilanggar.
Khairuddin telah mengunjungi Turki pada 3 Julai dan kembali ke Malaysia pada 7 Julai

Selepas itu, dia tidak menjalani kuarantin 14 hari, seperti individu lain yang kembali dari luar negara, sebaliknya menghadiri banyak acara umum

Ini termasuk sesi parlimen dan acara di Istana Negara

Dia dikenakan denda kompaun sebanyak RM1,000, bertarikh 7 Ogos atas tuduhan pelanggaran tersebut, tetapi Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah telah mengabaikan pertanyaan apakah kompaun itu diundur tarikhnya (backdated)

Bagaimanapun, Noor Hisham mengatakan bahawa kejadian itu harus menjadi peringatan kepada barisan perubatan untuk mematuhi prosedur operasi standard kerajaan sendiri

Jabatan Peguam Negara mengatakan bahawa setelah siasatan, didapati bahawa Khairuddin telah menjalani pemeriksaan kesihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur setelah kembali dari luar negara

Dia diuji negatif Covid-19 dan diizinkan untuk pulang ke rumah, tetapi tidak dikeluarkan Borang 14B dan tidak diperintahkan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah sesuai dengan Seksyen 15 (1) Akta 342

"Oleh itu, berdasarkan pertimbangan di atas, AGC telah memutuskan untuk tidak meneruskan tuduhan terhadap menteri kerana bukti yang tidak mencukupi dan dengan demikian gagal memenuhi beban bukti yang diperlukan di bawah undang-undang," tambahnya.
Chan mengatakan bahawa mengklasifikasikan kes Khairuddin sebagai "tiada tindakan selanjutnya" (NFA) tidak semestinya menandakan berakhirnya perkara itu

"Hingga 23 Ogos, sebanyak 27 laporan polis telah dibuat terhadap Khairuddin. Rayuan terhadap keputusan untuk NFA masih dapat diajukan ke Bahagian Pendakwaan AGC, baik melalui peringkat negeri atau langsung ke pejabat pusat AGC di Putrajaya," katanya.
Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/10/mca-tidak-boleh-ada-2-darjat-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Pn Kejap Boleh Kejap Tidak

Menteri Pn Kejap Boleh Kejap Tidak

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 342 hits
Saifuddin Nasution Kejap semua pekerja di zon merah perlu lakukan swab test Kejap tak perlu hanya sarankan sahaja Kejap arahan WFH terpakai untuk semua Kejap arahan WFH hanya terpakai untuk pekerja awam dan Industri di bawah seliaan MITI Ke...
Tindakan Dua Darjat Terhadap Menteri Cemar Pengorbanan Rakyat Lawan Covid 19

Tindakan Dua Darjat Terhadap Menteri Cemar Pengorbanan Rakyat Lawan Covid 19

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 253 hits
MUKA TAK RASA MALU DAN BERSALAH PUN Keputusan kerajaan hari ini untuk tidak mengambil tindakan lanjut terhadap YB Datuk Khairuddin Aman Razali Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi yang telah melanggar kuarantin wajib Covid 19 adalah ...
Kes Khairuddin Takiri Implikasi Undang Undang 2 Darjat Kata Peguam

Kes Khairuddin Takiri Implikasi Undang Undang 2 Darjat Kata Peguam

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 731 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONKeputusan Peguam Negara melepaskan Menteri Pembangunan Komoditi dan Perladangan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menyebabkan rakyat mempunyai persepsi negatif bahawa undang undang dijalankan secara dua darjat Secara rum...
Bagi Jadi Menteri Pun Tak Boleh Buat Apa Pun

Bagi Jadi Menteri Pun Tak Boleh Buat Apa Pun

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 341 hits
Mikhail HafizKeh keh sama naik anak menantu Edisi Din Ayam Munafik mudah lupa edisi khas penunggang agama Bukan DAP yang kemaruk kuasa sampai sanggup bersekongkol dengan pengkhianat untuk menjatuhkan kerajaan dan memperlekehkan mandat rakya...
Pas Zahir Sokongan Terhadap Kepimpinan Perdana Menteri

Pas Zahir Sokongan Terhadap Kepimpinan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 389 hits
M Update 27 10 2020 PAS hari ini menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta mempertegaskan sokongan kesemua 18 Ahli Parlimen PAS bersama kerajaan Perikatan Nasional Setiausaha ...
Data Rasmi Kkm Mengenai Covid 19 Sahih Kata Menteri

Data Rasmi Kkm Mengenai Covid 19 Sahih Kata Menteri

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 300 hits
Data rasmi KKM mengenai Covid 19 sahih kata menteri nbsp Dikemas kini 23 minit yang lalu Diterbitkan pada 27 Oct 2020 4 39P
Selangor Mb In Firing Line For Seeing Bandar Utama School Murder Tragedy From Racial Lenses

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Setback For Indians Without Special Allocations In Budget 2026

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Prepaid Sah Laku 365 Hari

Pemandu Bas Dipenjara 22 Sebatan Kerana Amang Seksual 5 Pelajar

Airports Refuse To Show Video Of Kristi Noem Blaming Democrats For Shutdown


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rekod Carian Akan Muncul Dalam Ctos Bila Anda Banyak Kali Survey

Sticker Produk Custom Kunci Branding Murah Tapi Efektif Untuk Usahawan Baru

Belajar Flutter Bagi Pengembang Native

Kelantan Curi Buku Perpustakaan Sorok Dalam Baju

8 Latest Trends Shaping Native App Development Services In 2026

Jasa Konsultan Dan Sertifikasi Dapur Mbg Panduan Lengkap Untuk Dapur Sehat Dan Aman