Mb Gagal Dihubungi Hala Tuju Perak Jadi Tanda Tanya



Sudah hampir dua minggu kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh dan hampir seminggu Muhyiddin Yassin secara rasmi menjadi perdana menteri kelapan Malaysia.

Johor sudah bertukar tangan, Melaka semakin hampir - kecuali berlaku lagi perkara melompat parti - untuk mengalami nasib sama.

Kedah dapat difahami bertahan lagi kerana kedudukan menteri besar dipegang oleh anak Dr Mahathir Mohamad.

Namun Perak seakan-akan tidak berada dalam radar pemerhati tegar politik. Bersatu mempunyai kedudukan sangat istimewa di Perak.

Hasil pilihan raya umum (PRU) ke-14, Ahmad Faizal Azumu menjadi satu-satunya calon Bersatu yang berjaya mendapat tempat dalam DUN Perak. Itu pun menang kerusi DUN Chenderiang dengan kelebih 39 undi saja.

Namun atas semangat kerjasama dan persefahaman PH, Ahmad Faizai - yang dipanggil Peja oleh kebanyakan orang - dilantik menjadi menteri besar.

Dua puluh lapan Adun lain - termasuk DAP yang memiliki 18 kerusi - sepakat memberi sokongan.

Sahabat dunia akhirat

Dengan perubahan kerajaan ekoran 'Langkah Sheraton', sepatutnya Perak menjadi negeri terawal untuk berpindah milik kepada Umno. Namun sehingga kini keadaan masih belum jelas.

Pada masa sama, Ahmad Faizal dilaporkan 'menghilang' dan gagal dikesan oleh kebanyakan orang.

Menurut sumber banyak pihak cuba menghubungi Adun Chenderiang itu namun gagal. Malah, katanya, difahamkan panggilan telefon daripada Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir, juga tidak berjawab.

"Mukhriz tu macam sahabat dunia akhirat Ahmad Faizal, pun tak berjawab," kata sumber kepada Malaysiakini.
Sumber itu yang enggan didedahkan identitinya menambah anak bekas exco Perak itu dipercayai sedang berkira-kira sama ada mahu mengalah atau terus mempertahankan kerajaan PH.

"Difahamkan beliau ada berjumpa Mahathir dan pengerusi Bersatu itu menasihatkan Ahmad Faizal kekal bersama PH," katanya.

Seorang sumber lain pula menambah, isteri Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, terkejut apabila mengetahui Ahmad Faizal bertemu Muhyiddin Yassin selepas kerajaan PH jatuh baru-baru ini.

"Siti Hasmah dah anggap Ahmad Faizal tu macam anak sendiri dan beliau rasa terkilan dengan tindakan menteri besar Perak itu.

"Sepatutnya menteri besar pertahankan kerajaan PH dan ambil kira perasaan Mahathir dan Siti Hasmah," katanya.

Pada masa sama, sumber itu memberitahu, usaha memujuk sedang giat dijalankan melalui pihak tertentu yang dipercayai mempunyai akses kepada Ahmad Faizal.

Terlalu mengepung

Katanya, nasib kerajaan PH Perak kini banyak bergantung kepada sikap Ahmad Faizal serta dua Adun lain yang mempunyai hubungan rapat dengannya.

Sumber dalam Bersatu itu juga menambah, krisis yang berlaku sejak akhir Feb lalu juga membawa 'rahmat' tersendiri buat parti itu dan Ahmad Faizal.

"Menteri besar dan pegawai-pegawai beliau perlu mengambil iktibar agar lebih mesra dengan pihak akar umbi, penyelaras DUN yang dilantik serta ahli parti.

"Sebelum ini penyelaras DUN atau pemimpin Bersatu peringkat bahagian dan cawangan selalu terpaksa mengadu kepada exco dari Amanah, DAP dan PKR.

"Nasib baik mereka sangat membantu dan melayan kami," katanya yang mendakwa, hanya ada sekali dapat berjumpa Ahmad Faizal sejak kira-kira 20 bulan lalu.

Kata sumber itu, sesetengah pegawai Ahmad Faizal terlalu 'mengepung' menteri besar berkenaan daripada berjumpa pemimpin akar umbi atau menyalurkan maklumat yang kurang tepat.

"Jadi apa yang berlaku sekarang sepatutnya dijadikan titik untuk melakukan pembaharuan dalam pentadbiran.

"Sebab itu kami masih memujuk beliau untuk kekal bersama PH," katanya.

Sementara itu sumber dari Pejabat Menteri Besar Perak memberitahu Malaysiakini, sehingga hari ini kerajaan negeri masih dalam keadaan status quo.

"Hal-hal pentadbiran kerajaan negeri juga berjalan seperti biasa," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/03/mb-gagal-dihubungi-hala-tuju-perak-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azlan The Typwriter Tanda Tanya Chord

Azlan The Typwriter Tanda Tanya Chord

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 420 hits
Bm G Em F m Bm Am G Bm F Bm A GMelangkah di lorong tak bernamaF BmBersandar di papan tandaA GMatahari bertukar arahnyaF Bm Bergetar seluruh jiwaF BmTerbayangkan kesunyianF m AWalau tergantung tanda tanyaChorus Em A D GKau adalah misteri yan...
Gambar Kaabah Sepi Tanpa Jemaah Cetus Tanda Tanya

Gambar Kaabah Sepi Tanpa Jemaah Cetus Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 517 hits
Hampir setiap saat tidak pernah lekang dengan jemaah yang melakukan ibadah tawaf namun sejak semalam tular gambar sekitar Kaabah yang sepi tanpa seorang manusia Perkara itu sekaligus mencetuskan tanda tanya serta kebimbangan netizen yang ma...
Ini Nomor Telepon Yang Bisa Dihubungi Tanya Soal Virus Corona

Ini Nomor Telepon Yang Bisa Dihubungi Tanya Soal Virus Corona

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 182 hits
Virus Corona masih meneror sejumlah negara di dunia Bahkan di Indonesia pun telah ada pasien yang positif terinfeksi virus corona
Perak Malukan Tfc Di Laman Sendiri

Perak Malukan Tfc Di Laman Sendiri

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 400 hits
KUALA TERENGGANU Terengganu FC kempunan di laman sendiri pada aksi pertama Liga Super selepas tumpas 1 3 kepada Perak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak malam ini Penyerang The Bos Gaurus Guilherme de Paula muncul watak pemusn...
Datang Perak Pekena Nasi Kandar Melayu Seri Iskandar Dulu

Datang Perak Pekena Nasi Kandar Melayu Seri Iskandar Dulu

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 710 hits
Minggu lepas aku pergi ke Perak dan orang cakap kalau datang Seri Iskandar kalau tak cuba Nasi Kandar Melayu Seri Iskandar tak sah Jadi aku cuba google dan waze ternyata lokasinya tidak jauh daripada tempat penginapan aku rupanya Jadi apasa...
M Nasional Beberapa Sokong Muhyiddin Pm Kedah Perak Melaka Ikut Johor

M Nasional Beberapa Sokong Muhyiddin Pm Kedah Perak Melaka Ikut Johor

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 333 hits
MN BERSATU capai majoriti DAP cemas saat iniLEWAT petang Jumaat penghulu segala hari yang penuh barakah satu keputusan awal dicapai Muafakat Nasional dan BERSATU selain beberapa parti lain yang dijangka menyusul memberi sokongan agar Tan Sr...
Saya Cuma Dapat Memuji Aksi Tangkasnya Menafikan Banyak Peluang Perak

Saya Cuma Dapat Memuji Aksi Tangkasnya Menafikan Banyak Peluang Perak

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 347 hits
Biarpun tewas aksi penjaga gol ketiga Terengganu FC Rahadi Azli menarik perhatian pengendali Perak Mehmed Durakovic ketika pasukannya menang 3 1 dalam aksi pertama CIMB Liga Super 2020 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi Ketang...
Mb Perak Sokong Muhyiddin Kerajaan Ph Bakal Tumbang

Mb Perak Sokong Muhyiddin Kerajaan Ph Bakal Tumbang

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 365 hits
OLEH JOHN BUNYANKerajaan negeri Perak berkemungkinan bakal berubah selepas menteri besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin Foto failIPOH 1 Mac Kepimpinan kerajaan negeri Perak berkemungkinan bakal berubah sele...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut