Mayat Pemandu Grab Hilang Di Temui Di Kampung Shahbandar Tuaran


POLIS memanggil ahli keluarga untuk mengenal pasti sama ada mayat ditemui di Kampung Shahbandar, Tuaran, Kota Kinabalu, petang ini adalah pemandu Grab yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu. Misteri kehilangan pemandu Grab

Pemandu Grab hilang sejak Jumaat lalu ditemui sudah tidak bernyawa. Mayat lelaki itu ditemui penduduk kampung sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, pada 3.30 petang. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat seorang lelaki di kawasan kampung berkenaan.


“Mayat terbabit sudah dihantar ke hospital dan kami sudah memaklumkan kepada ahli keluarga pemandu Grab yang hilang sejak Jumaat lalu untuk proses pengecaman sama ada mayat itu adalah pemandu Grab atau sebaliknya.

“Orang ramai diminta untuk mengelak membuat spekulasi agar tidak mengganggu siasatan polis,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan program Walk About di Bazar Ramadan Sembulan, Kota Kinabalu, hari ini.

Sementara itu, adik sepupu mangsa yang mahu dikenali sebagai Mira, 27, berkata, ahli keluarga mangsa dalam perjalanan ke lokasi di pantai Kampung Shahbandar, Tuaran.

“Setengah jam lalu, kami dimaklumkan pihak polis terdapat satu mayat ditemui di lokasi dan ahli keluarga mangsa diminta ke lokasi untuk membuat pengecaman.

“Buat masa ini, kami belum dapat memastikan mayat ditemui itu adalah ahli keluarga kami yang hilang atau sebaliknya,” katanya.

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai seorang pemandu Grab dikenali sebagai Mohd Hanafiee Jaafar, 27, dilaporkan gagal dihubungi ahli keluarga dan rakannya sejak Jumaat lalu.

Bagaimanapun kereta dipandu mangsa ditemui di kawasan tapak Bazar Ramadan, Indah Permai, Sepanggar, pada 12.30 tengah malam Ahad lalu.

Pemeriksaan mendapati kereta mangsa berkunci sebelum menyedari terdapat kesan darah di bahagian stereng, brek tangan, pintu depan dan cermin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2019 @ 8:55 PM

#HarianMetro 


"Guys, member aku hilang semalam and might be kena rompak sebab kereta Grab dia penuh dengan kesan darah.


Harap tiada apa-apa buruk yang berlaku terhadapnya di bulan ramadhan ini," demikian tweet Azuljailani pada pagi semalam.
Guys , mmbe aku hilang semalam and might be kena rompak sbb kereta grab dia penuh dgn blood stains, hopefully nothing bad happen to him bulan ramadhan ni pic.twitter.com/kYRlZDaAah— Azuljailani (@AzulJailani) May 26, 2019
Difahamkan, kali terakhir Mohammad Hanafie Jaafar dilihat adalah pada jam 4 pagi Sabtu dan keretanya ditemui di kawasan Indah Permai, di belakang pasar raya Giant, di kawasan tempat letak kereta dan tapak bazar.



Dalam laporan Harian Metro, polis dimaklumkan oleh orang awam mengenai penemuan mayat di Kampung Shahbandar, Tuaran, Kota Kinabalu pada jam 3.30 petang, hari ini.


Susulan penemuan itu, ahli keluarga pemandu Grab telah dipanggil untuk mengenal pasti mayat berkenaan.

Menurut tweet terkini Azuljailani, ahli keluarga telah mengesahkan bahawa mayat tersebut adalah mayat mangsa.

"Dukacita dimaklumkan, mayat telah disahkan oleh ahli keluarga. Salam takziah kepada keluarga Mohammad Hanafie bin Jaafar. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangna orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah," tweetnya.
Dukacita dimaklumkan , mayat telah disahkan oleh ahli keluarga . Salam takziah kepada keluarga Mohammad Hanafie bin Jaafar , semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh . Al-fatihah— Azuljailani (@AzulJailani) May 27, 2019
Hilang Sejak Dua Hari Lepas, Pemandu Grab Dilapor Hilang Ditemui Sudah Tidak Bernyawa
Seorang pemandu Grab ditemui maut setelah hilang sejak 25 May lalu pada jam 4 pagi.


Kereta mangsa dijumpai dengan kesan darah pada bahagian stereng, kusyen dan sisi pintu bahagian pemandu dipercayai milik mangsa yang ketika itu masih belum dijumpai di Indah Permai, belakang Giant di tapak meletak kenderaan berhampiran bazar.



Kronologi kes kehilangan tersebut dikongsikan rakannya, AzulJailani di Twitter.

25 Mei“Guys, member aku hilang semalam dan kemungkinan kena rompak sebab kereta Grab dia penuh dengan kesan darah, harapnya tak ada apa yang buruk jadi pada dia bulan Ramadhan ni.”
Guys , mmbe aku hilang semalam and might be kena rompak sbb kereta grab dia penuh dgn blood stains, hopefully nothing bad happen to him bulan ramadhan ni pic.twitter.com/kYRlZDaAah— Azuljailani (@AzulJailani) May 26, 2019
26 MeiAzulJailani memuat naik gambar rakannya yang masih belum ditemui dengan harapan mendapat maklumat lanjut daripada orang ramai.

“Mohammad Hanafie Bin Jaafar
Last seen : 4am (25hb May 2019)
Kereta dia dijumpai di kawasan Indah Permai belakang Giant area parking dan tapak bazaar”

27 Mei“Mayat dijumpai, kemungkinan Hanafie. Pakaian sama dengan kali terakhir dia dijumpai, tapi masih tak pasti sebab nak buat ujian DNA untuk kepastian.”


Sejam kemudian, AzulJailani memaklumkan hasil pengecaman keluarga mangsa.

“Dukacita dimaklumkan, mayat telah disahkan oleh ahli keluarga. Salam takziah kepada keluarga Mohammad Hanafie bin Jaafar, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah”

Kes ini turut mendapat perhatian Grab Malaysia yang bekerjasama menjalankan penyiasatan dengan pihak berkuasa.

“Terima kasih atas keprihatinan anda berkenaan isu ini. Mohon serahkan kepada kami kerana kes ini sedang dalam penyiasatan pihak Grab dengan kerjasama pihak berkuasa.”


Ketatkan pendaftaran penumpang GrabKes jenayah yang menyasarkan pemandu Grab bukanlah perkara asing lagi. Sebelum ini, seorang pemandu Grab ditemui maut dengan kesan jerutan di leher ketika dalam perjalanan menghantar penumpangnya dari Jalan Tun Tan Cheng Lock menuju ke Selayang Baru.

Mangsa ditemui dalam keadaan tertungkup di tempat duduk belakang keretanya dengan kesan jerutan di leher. Dalam kejadian tersebut, dompet dan telefon bimbit milik mangsa turut hilang. Berikutan itu, enam suspek termasuk warga asing ditahan.

Selain itu, video seorang warga emas yang menjadi pemandu Grab tular apabila mangsa ditembak seorang remaja yang merupakan penumpangnya. Video yang dipercayai dirakam melalui kamera telefon mangsa menunjukkan suspek mengambil dompet mangsa sebelum melarikan diri.

Risau dengan keselamatan pemandu Grab yang lain, para pengguna menuntut syarikat tersebut mengetatkan syarat untuk menjadi pengguna Grab.



“Dear GrabMy, tolonglah ketatkan syarat untuk daftar sebagai penumpang. Nak daftar sebagai pemandu bukan main 1001 syarat kau letak sampai dah nak kena ada psv bagai. Yang daftar sebagai penumpang ni senang-senang je boleh letak nama ‘iphone’ la ‘comel’ la ‘blues clues’ la.” kata Fitri Mn.


“Patut daftar pakai IC la.. Baru valid dan senang nak kenal pasti..” kata @CxptxinPxnthxr
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan penjenayah terlibat diberi hukuman berat.

Sumber: AzulJailani




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2019/05/mayat-pemandu-grab-hilang-di-temui-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wow Polis Siasat Kaitan Pemandu Grab Hilang Dengan Penemuan Mayat

Wow Polis Siasat Kaitan Pemandu Grab Hilang Dengan Penemuan Mayat

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 558 hits
Polis siasat kaitan pemandu grab hilang dengan penemuan mayat I Mohd Hanafiee Jaffar POLIS sedang menyiasat sama ada penemuan mayat di Tuaran Sabah pada Isnin mempunyai kaitan dengan kes pemandu Grab yang hilang Mohd Hanafiee Jaffar Ketua P...
Belum Sah Itu Mayat Pemandu Grab Yang Dilaporkan Hilang Polis

Belum Sah Itu Mayat Pemandu Grab Yang Dilaporkan Hilang Polis

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 370 hits
Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata mayat yang ditemui di Kampung Shahbandar di Tuaran belum disahkan mayat pemandu Grab yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu Terdahulu seorang rakan mangsa Azuljailan...
Pemandu Grab Hilang Sejak Jumaat Lalu Ditemui Sudah Tidak Bernyawa

Pemandu Grab Hilang Sejak Jumaat Lalu Ditemui Sudah Tidak Bernyawa

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 352 hits
Guys member aku hilang semalam and might be kena rompak sebab kereta Grab dia penuh dengan kesan darah Harap tiada apa apa buruk yang berlaku terhadapnya di bulan ramadhan ini demikian tweet Azuljailani pada pagi semalam Guys mmbe aku hilan...
Polis Sahkan Pemandu Grab Yang Hilang Kini Ditemui Mati

Polis Sahkan Pemandu Grab Yang Hilang Kini Ditemui Mati

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 763 hits
POLIS memanggil ahli keluarga untuk mengenal pasti sama ada mayat ditemui di Kampung Shahbandar Tuaran Kota Kinabalu petang ini adalah pemandu Grab yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu Mayat lelaki itu ditemui penduduk kampung sebelum m...
Hardest Goodbye Siapa Kita Ingin Lawan Takdir Bakal Tunang Arwah Pemandu Grab Kongsi Rasa Kehilangan

Hardest Goodbye Siapa Kita Ingin Lawan Takdir Bakal Tunang Arwah Pemandu Grab Kongsi Rasa Kehilangan

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 473 hits
Hardest Goodbye Siapa kita Ingin Lawan Takdir Bakal Tunang Arwah Pemandu Grab Kongsi Rasa Kehilangan Semalam kita dikahabarkan dengan berita penemuan mayat Mohammad Hanafie bin Jaafar seorang pemandu Grab yang hilang selama dua hari sebelum...
Pemandu Grab Nyaris Maut Ditembak Penumpang Warga Asing

Pemandu Grab Nyaris Maut Ditembak Penumpang Warga Asing

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 499 hits
Seorang pemandu Grab nyaris maut selepas tembakan yang dilepaskan oleh penumpangnya warga Indonesia dari arah belakang tersasar Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4 petang tadi di Jalan Matang Kuching mangsa berusia awal 30 an terselamat ...
Pemandu Grab Dirompak Maut Ditikam Di Dada Kata Polis

Pemandu Grab Dirompak Maut Ditikam Di Dada Kata Polis

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 437 hits
Durie Rainer Fong Mayat Mohd Hanafiee Jaffar ditemui dibuang di sebuah kawasan semak di Sabandar Tuaran Sabah KOTA KINABALU Pemandu Grab Mohd Hanafiee Jaffar dirompak dan maut ditikam beberapa kali di dada kanannya kata polis Pesuruhjaya Po...
2 Penumpang Terakhir Mengaku Membunuh Pemandu Grab

2 Penumpang Terakhir Mengaku Membunuh Pemandu Grab

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 1070 hits
2 penumpang terakhir mengaku membunuh pemandu GrabSusulan penemuan mayat pemandu Grab yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu yang dipercayai dibunuh sebelum dibuang ke kawasan semak di pantai Kampung Shahbandar Tuaran polis telah menyiasa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah