Mayat Bangun Sebelum Dikuburkan
'Mayat' Lelaki Bangun Semula Sebelum Di Kuburkan
Semestinya sesuatu yang ajaib, misteri, pelik dan mengejutkan bila Orang yang telah di sahkan meninggalkan dunia tiba tiba bangun semula
Mohammad Furqan telah terlibat dalam kemalangan pada 21 Jun hingga menyebabkan dia cedera parah dan terpaksa dirawat di hospital selama berhari-hari sebelum dia disahkan meninggal pada hari Isnin, 1 Julai lalu
Abang Furqan, Mohammad Irfan berkata, selepas adiknya ini disahkan meninggal, mereka telah membawa jenazah adiknya untuk dikebumikan dan segala persiapan pengebumian dah disiapkan. Kubur pun dah gali
Furqan yang berusia 20 tahun ini bangun betul-betul sebelum dia ditanam di dalam kubur
Terkejut dengan apa yang mereka lihat, keluarga ini terus menghantar Furqan ke hospital Ram Manohar dan bila diperiksa, doktor di sana menemui yang remaja ini masih hidup lagi
“Pesakit ni dalam keadaan kritikal, tapi dia bukan mati otak. Nadi dia berdenyut, tekanan darah dan refleksnya masih berfungsi. Dia sekarang dah diberikan bantuan pernafasan.”– Ketua pegawai perubatan Lucknow Narendra Agarwal
Keajaiban Bertukar Menjadi Kerja Gila
Rupa-rupanya, Furqan disahkan meninggal oleh doktor selepas keluarga dia memberitahu pihak hospital yang mereka kekurangan duit untuk terus bayar yuran hospital
“Kami dah bayar INR700,000 (RM41,507) kepada hospital swasta tersebut dan bila kami beritahu yang wang kami tak mencukupi, mereka mengesahkan Furqan meninggal.”
Ketua pegawai perubatan berkata yang mereka akan mengambil serius tentang insiden ini dan akan membuat siasatan dengan teliti
*********************
Gila punya hospital, sebab tak cukup duit untuk bayar kos rawatan, langsung sahkan pesakit mati... Nasib kes kat India. Kalau Malaysia, jahanam...
Negara India ni macam agak pelik..
Benda benda tak masuk akal banyak terjadi.
Macam kes kat atas, doktor sahkan pesakit mati sebab keluarga tak cukup duit bayar kos rawatan.
Kalau dalam 1 filem di India ni pula.. Cerita dia, pesakit dah mati, tapi doktor tak bagitau keluarga dan pura pura si pesakit masih hidup sebab nak cekik duit keluarga si mati... Walaupun filem, rasa macam tak mustahil terjadi di India atau negara negara lain Sama macam kes 'mayat' bangkit semula sebelum di kubur di atas. Haha.. Tonton video klip di bawah.. 😉
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kongsikanaje.blogspot.com/2019/08/mayat-bangun-sebelum-dikuburkan.html