Master Pasto 3 Minutes Instant Spaghetti
Spaghetti 3 minit??? Biar betul... Seriuslah 3 minit?? Nak rebus pasta sahaja dah ambil masa 10 hingga belasan minit... Tu belum masuk sos dia. Yes.. 3 minit je dah boleh makan spaghetti kegemaran korang dengan happy. Cakap je nak makan spaghetti apa.. bolognese? carbonara? olio aglio? You name it haha.. Berlagaknya kan hehe
Master Pasto, Spaghetti Segera 3 minit
Macam kat rumah ni, bebudak ni memang suka sangat makan pasta terutama spaghetti. Kalau Adam suka sangat spaghetti bolognese, Bella dan papa dorang suka carbonara. Memang kadang tu malas nak buat hehe, sebab tempoh memasak pasta yang lama, selain kos yang mahal. Pehhh alasannya.... Padahal malas haha. Tapi sekarang.... Tak lagi.. Anytime dorang nak makan... Dengan pantas aku sediakan hehe.. 3 minit lah katakan hanya dengan Master Pasto semestinya HALAL dab tidak mengandungi MSG dan bahan pengawet
Master Pasto with chicken
Master Pasto 3 minute ready to eat pasta
Sangat mudah penyediaannya. Boleh dipanaskan terus menggunakan microwave atau pun direbus didalam air mendidih selama 3 minit. Sesuai sangat untuk yang sibuk bekerja, tak cukup masa untuk memasak, travel, camping, tak pandai masak, malas masak tu hehe. Walaupun Master Pasto merupakan spaghetti segera ataupun instant spaghetti, tetapi ianya bebas MSG dan tiada sebarang penggunaan bahan pengawet dan ianya buatan Malaysia dan disahkan Halal dan sangat cute untuk dijadikan ole-ole, souvenir dari Malaysia.
3 pilihan rasa Master Pasto, Bolognese, Carbonara dan Olio Aglio
Hanya perlu panaskan 3 minit
Ada 3 pilihan spaghetti dari Master Pasto iaitu Bolognese, Carbonara dan Aglio Olio dan semuanya berasaskan ayam. Dalam setiap kotak, ada 2 paket berasingan iaitu sos spaghetti dan spaghetti. Packaging nya sangat kemas, selamat dan kedap udara menggunakan teknologi terkini dikilangkan oleh Lioco Food Industries Sdn Bhd
Cara penyediaan Master Pasto.. mudah, cepat
Prehet 3 minit... Siappp
Cara penyediaannya sangat simple, cepat dan pastinya menyelerakan. Kita boleh panaskan menggunakan microwave ataupun dengan merendamnya didalam air mendidih selama 3 minit.
Master Pasto Spaghetti Bolognese with chicken... Warna meriah.. Rasa best... Mewah dengan ketulan ayam
Kalau guna microwave tu, kena keluarkan spaghetti dan sosnya... kedalam pinggan dan panaskan. Kalau guna cara rebus... Boleh terus rebus dengan paketnya sekali. Hati² panas ok
Master Pasto Spaghetti Olio Aglio with chicken ada rasa pedas² manja... Biasa makan yang seafood kan.. .Versi ayam pun sedap weh
Kalau perhatikan... Setiap sos spaghetti tu, kesemuanya meriah dengan ketulan ayam empuk, spaghetti pun al dente je tekturnya... Kenyal. Porsi untuk setiap satu bungkus tu untuk sorang makan....
Master Pasto Spaghetti Carbonara with chicken... Just nice je rasa creamy nya.. Tak memuakkan...extra syiok bila tambah parutan cheese hehe
Not bad rasa spaghetti dari Master Pasto ni, sedap... Menyelerakan.. Sama macam home made pasta. Tak perasan pun yang ianya instant pasta hehe. Elok kejadiannya, sedap pulak rasanya. Paling best sosnya tak kedekut..daging ayam banyak.. Yummy. Tapi lagi best kan kalau ada pilihan daging.. Sebab aku suka daging. Dan nak lagi best.. Macam aku akan taburkan sedikit parmesan cheese, parsley flakes hehe. Memang sedap... Risau tak cukup sekotak tu bila makan hehe
Teringin nak cuba? Korang boleh terus ke laman web dekat bawah ni... Kat sana korang boleh survey harga dan sebagainya.. Tak silap ada tawaran harga combo untuk set Master Pasto ni
Web : https://www.masterpasto.com
Facebook : Master Pasto Lioco
Instagram : @masterpasto
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mamadarwiish.com/2019/01/master-pasto-3-minutes-instant-spaghetti.html