Masjid Kapitan Keling


 WAKAF adalah satu amalan yang dianjurkan di dalam Islam serta dipraktikkan sejak daripada zaman Baginda Rasulullah SAW. Ia turut digalakkan dalam al-Quran dan al-Sunnah agar berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan.
Allah SWT menyebut betapa besarnya ganjaran bagi mereka yang membelanjakan harta untuk mendapat keredaan-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud
: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. ( al-Baqarah: 261)
Masjid Kapitan Keling yang kini memasuki usia 219 tahun menjadi bukti bagaimana indahnya amalan mewakafkan harta demi kebaikan ummah.
Di Masjid Kapitan Keling yang merupakan antara masjid tertua di negeri ini, terselit kisah bagaimana seorang pedagang India Muslim yang kaya mewakafkan dan memanfaatkan hartanya bagi tujuan pengembangan syiar Islam di negeri ini.
Masjid dengan ciri binaan ‘Moorish’ itu diasaskan dan diwakafkan oleh seorang pedagang Islam daripada India Selatan, Cauder Mohudeen Maicar.
Masjid Kapitan Keling dibangunkan pada 1801 ketika Pulau Pinang menjadi lokasi tumpuan bagi masyarakat India Muslim menjalankan aktiviti perniagaan serta perdagangan rempah ratus, tekstil, kopi dan sebagainya.
Pengerusi Kariah Masjid Kapitan Keling, Datuk Meera Mydin Mastan memberitahu, Cauder Mohudeen atau juga dikenali sebagai Kapitan Keling merupakan pedagang Islam yang kaya raya serta merupakan seorang kapten serta pemilik kapal dagang ketika awal 1800-an.
Meera Mydin menunjukkan ruang meletakkan pelita yang masih dikekalkan di dalam masjid. 
“Pulau Pinang menjadi lokasi tumpuan perdagangan rempah pada masa itu dan Cauder Mohudeen merupakan antara pedagang Islam yang singgah berdagang di Pulau Pinang.
“Tempoh persinggahan yang lama memakan masa dua ke tiga bulan membuatkan Cauder Mohudeen dan masyarakat India Muslim yang berdagang memikirkan bahawa perlunya dibina sebuah masjid di negeri ini,” katanya.
Berpengalaman 20 tahun sebagai Pengerusi Kariah Masjid Kapitan Keling, Meera Mydin berkata, pada awal pembinaannya, masjid itu hanyalah sebuah pondok yang berdindingkan papan dan atap nipah malah sumber pencahayaan untuk menerangi ruang solat ketika Subuh, Maghrib dan Isyak adalah menggunakan pelita.
Katanya, selepas itu, dengan perkembangan syiar Islam semakin ramai masyarakat Islam termasuk masyarakat India Muslim mengimarahkan masjid berkenaan yang memerlukan ruang lebih besar bagi menampung keperluan jemaah.
“Untuk membesarkan ruang masjid Cauder Mohudeen dilantik oleh masyarakat Islam yang ada ketika itu seperti pedagang Acheh dan Arab untuk berunding dengan penjajah British yang menjajah Pulau Pinang ketika waktu itu.
“Akhirnya setelah perundingan dijalankan British bersetuju untuk memberi kira-kira 4.2 hektar tanah berhampiran kawasan pelabuhan untuk tujuan pembangunan masjid,” katanya.
Tambah beliau, Cauder Mohudeen kemudiannya menguruskan pembinaan masjid dengan membawa pekerja-pekerja dari India Selatan.
“Malah dia juga menggunakan wang, kudrat dan tenaganya sendiri untuk memastikan masjid ini dapat disiapkan. Masjid ini juga melalui fasa-fasa pembesaran serta penambahbaikan secara berperingkat di mana menara masjid ini dibina pada 1917.
“Kubah masjid ini pernah dibaiki sekitar tahun 1995 hingga 2010 dan sehingga kini masjid ini masih lagi memerlukan penjagaan yang rapi bagi menjaga nilai-nilai sejarah yang ada di dalamnya,” katanya.
Meera Mydin menjelaskan terdapat juga beberapa barangan peninggalan sejarah seperti perigi, meriam serta makam Imam pertama masjid iaitu Imam Abu Hanifah dikekalkan sebagai bahan sejarah yang dapat dilawati oleh masyarakat.
Beliau menambah, keistimewaan Masjid Kapitan Keling ini juga menjadi bukti betapa konsep wakaf dan sedekah yang menjadi amalan pedagang Islam terdahulu membawa kebaikan sehingga ke zaman ini.
“Tanah seluas 1.2 hektar di sekitar Masjid Kapitan Keling ini juga diwakafkan hasil sumbangan serta sedekah pedagang terdahulu.
“Sumber yang diperoleh hasil daripada tanah wakaf Masjid Kapitan Keling yang diuruskan oleh Majlis Agama Islam negeri ini disalurkan kembali kepada masjid-masjid yang tidak mempunyai dana mereka yang tersendiri.
“Pedagang Islam dahulu yang kaya-raya tidak melupakan agama ketika dikurniakan rezeki oleh Allah, malah mewakafkan pula harta untuk pembangunan ummah,” katanya.
Meera Mydin menambah, generasi masa kini perlu mengambil iktibar daripada kemuliaan hati pedagang-pedagang Islam seperti Cauder Mohudeen yang mewakafkan harta untuk mengembangkan syiar Islam di negeri ini.
“Masjid Kapitan Keling yang berdiri kukuh sehingga kini adalah hasil daripada wakaf dan sedekah, bayangkan pahala yang terus mengalir kepada mereka yang telah mewakafkan harta mereka kepada Allah,” katanya.


utusan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mimbarkata.blogspot.com/2020/09/masjid-kapitan-keling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5865 Jom Menyumbang Untuk Masjid Tv Ppim 25 08 2020

5865 Jom Menyumbang Untuk Masjid Tv Ppim 25 08 2020

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 394 hits
Pendemik Covid 19 buat ramai yang rindukan solat jemaah di masjid Namun dalam terujanya para jemaah untuk ke masjid pihak masjid dan surau kini sedang kekurangan dana bagi melaksanakan proses sanitasi berkala Amat berbahaya buat semua jemaa...
Dua Lelaki Pecah Tabung Masjid Diburu

Dua Lelaki Pecah Tabung Masjid Diburu

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 221 hits
Rosli Ilham DUA lelaki diburu polis selepas aktif memecah tabung derma di tiga masjid di daerah Kemaman Ahad lalu Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata masjid terbabit ialah Masjid Sultan Ahmad di Bandar Chukai Masj...
Israel Bakal Hancur Andai Turki Bisa Rebut Masjid Al Aqsa

Israel Bakal Hancur Andai Turki Bisa Rebut Masjid Al Aqsa

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 207 hits
Pembahasan masih seputar dukungan Turki terhadap organisasi sayap militer Palestina Hamas Pertemuan antara Presiden Recep Tayyip Erdogan dengan sejumlah delegasi Hamas Palestina memastikan dukungan Turki dalam perlawanan terhadap rezim Zion...
Keluarga Mangsa Serangan Masjid Christchurch Bersemuka Dengan Brenton Tarrant

Keluarga Mangsa Serangan Masjid Christchurch Bersemuka Dengan Brenton Tarrant

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 313 hits
Perkembangan mengenai kes serangan bersenjata di dua masjid New Zealand mahkamah telah memutuskan Brenton Harrison Tarrant disabitkan bersalah dengan 51 tuduhan pembunuhan 40 tuduhan cubaan membunuh Dalam pada itu baru baru ini Keluarga dan...
Pembantai 51 Muslim Di Masjid Selandia Baru Di Penjara Seumur Hidup

Pembantai 51 Muslim Di Masjid Selandia Baru Di Penjara Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 197 hits
Brenton Harrison Tarrant pembantai 51 muslim di dua masjid di Selandia Baru dijatuhi hukuman penjara seumur hidup Hukuman ini dijatuhkan tanpa kemungkinan pembebasan bersyarat Seperti dilansir dari Associated Press Kamis hakim menjatuhkan h...
Pengganas Serang 2 Masjid Chrischurch Dipenjara Sepanjang Hayat Tanpa Peluang Untuk Dibebaskan

Pengganas Serang 2 Masjid Chrischurch Dipenjara Sepanjang Hayat Tanpa Peluang Untuk Dibebaskan

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 238 hits
Hakim Cameron Mander telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat ke atas pembunuh di Masjid Chrischurch yang menyerang dua buah masjid dan menembak mati 51 orang Islam yang sedang bersedia menunaikan Solat Jumaat tahun lalu Perbuatan ...
Jalan Masuk Ke Masjid Ditutup Pihak Hotel Warga Naik Tangga Demi Sholat Berjamaah

Jalan Masuk Ke Masjid Ditutup Pihak Hotel Warga Naik Tangga Demi Sholat Berjamaah

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 301 hits
Umat Islam yang berdomisili di Jalan Bhayangkara RW 08 Kelurahan Sumur Pecung Kota Serang Banten harus memanjat pagar menggunakan tangga untuk melaksanakan sholat berjamaah lima waktu di Masjid Al Istiqomah Jumat Aksi panjat pagar tersebut ...
Sekolah Masjid Ditutup Pkpd Di Aman Jaya Bermula 28 Ogos

Sekolah Masjid Ditutup Pkpd Di Aman Jaya Bermula 28 Ogos

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 331 hits
Sekolah Masjid Ditutup PKPD Di Aman Jaya Bermula 28 OgosPeningkatan kes positif Covid 19 di negeri Kedah membimbangkan susulan jangkitan Kluster Sivagangga dan Tawar Kewujudan kluster kluster ini secara tidak langsung telah mengakibatkan pe...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas