Masjid Agong Bukan Di Bawah Porta De Santiago


Melaka: Kota A Famosa sememangnya dibina di atas runtuhan Masjid Agong, tetapi bukannya di bawah pintu gerbang arah selatan Porta de Santiago yang menjadi tumpuan ramai pelancong.
Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Mohd Nasruddin Rahman berkata, kawasan Kota A Famosa sememangnya luas dan mengelilingi bukit selain mempunyai lima pintu di kawasan sekitar

"A Famosa dibina di atas runtuhan masjid...itu betul jawapan saya. Untuk makluman daripada sumber yang ada (sama ada Portugis atau Melayu) sememangnya ada menyebut berkaitan kewujudan masjid itu

"Tetapi ia (kedudukan masjid) dipercayai terletak di kawasan Bulatan Kancil berhampiran Bangunan Stadthuys menghadap ke Sungai Melaka. Ia masih di bawah kawasan Kota A Famosa bukannya di Porta de Santiago," katanya ketika ditemui di Muzium Rakyat, Bandar Hilir di sini, semalam

Menurutnya, Masjid Agong di zaman keagungan Kesultanan Melaka memang wujud dan terletak di sekitar Bulatan Kancil berhadapan Bangunan Stadhuys

Beliau berkata, sebagai simbolik Surau Warisan Dunia dibina berhampiran lokasi itu untuk menyatakan terdapatnya Masjid Agong di kawasan berkenaan suatu masa dahulu

Mengulas lanjut beliau berkata, catatan juga mengatakan binaan Kota A Famosa juga terdiri daripada runtuhan di sekitarnya termasuk istana, masjid serta makam pembesar Melaka

"Kota Melaka ini besar dan pernah menempatkan istana utama, istana permaisuri, kubu pertahanan serta penempatan rakyat jelata yang berkeluasan dianggarkan tiga kilometer. Jadi pelbagai binaan dalam kota ini digunakan Portugis untuk membina Kota A Famosa

"Cuma apa yang salah adalah persepsi masyarakat mengenai istilah A Famosa apabila mereka membayangkan kawasan (tapak lama masjid) terletak di pintu Porta de Santiago

"Apa yang mengelirukan masyarakat adalah apabila mereka menganggap A Famosa itu adalah pintu gerbang arah selatan iaitu Porta de Santiago yang selalu menjadi tumpuan pelancong mengambil gambar sedangkan ia sebahagian keseluruhan Kota A Famosa itu sendiri," katanya

Terdahulu, tular promo sebuah dokumentari dan menjadi perdebatan netizen apabila mendakwa Kota A Famosa dibina di atas runtuhan Masjid Agong

Mohd Nasruddin berkata, A Famosa bermula dengan kota kecil digelar Fortaleza de Malaca yang dibina Portugis sebagai benteng pertahanan untuk menangkis serangan pelbagai pihak termasuk Sultan Mahmud Shah bagi mendapatkan kembali Melaka dari tangan Portugis

"Untuk mengukuhkan kedudukan mereka, Portugis mula membesarkan kota terbabit lalu digelar A Famosa. Jadi, mengatakan Masjid Agong terletak di bawah Kota A Famosa adalah betul

"Mengikut catatan sumber Portugis dan sejarah Melayu yang mana ia diruntuhkan dan dibakar oleh penjajah Portugis ketika menakluk Melaka pada 1511," katanya

Disiarkan pada: Mei 8, 2021 @ 7:40am20210508https://www.hmetro.com.my/utama/2021/05/703681/masjid-agong-bukan-di-bawah-porta-de-santiagoNuraliawati Sabri

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2021/05/masjid-agong-bukan-di-bawah-porta-de.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Bawah Runtuhan Kota Melaka Rupanya Ada Masjid

Di Bawah Runtuhan Kota Melaka Rupanya Ada Masjid

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 362 hits
PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH Beranikah kita bina semula masjid di sana Nak tukar nama Bukit St Paul kepada Bukit Melaka pun gagal CONTOHILAH keberanian kerajaan Turki di bawah pimpinan Recep Tayyip Erdogan mempertahankan sejarah Hagia ...
Abim Mahu Agong Campurtangan Kembalikan Maruah Pdrm

Abim Mahu Agong Campurtangan Kembalikan Maruah Pdrm

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 235 hits
Abim mahu Agong campurtangan kembalikan maruah PDRMOleh May 02 2021Angkatan Belia Islam Malaysia memohon Yang di Pertuan Agong campurtangan dalam membersihkan nama baik Polis DiRaja Malaysia yang didakwa diganggu oleh unsur unsur politik Me...
Agong Raja Permaisuri Masak Bubur Lambuk Untuk Petugas Barisan Hadapan

Agong Raja Permaisuri Masak Bubur Lambuk Untuk Petugas Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 301 hits
AGONG RAJA PERMAISURI MASAK BUBUR LAMBUK UNTUK PETUGAS BARISAN HADAPAN PETALING JAYA Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Program Memasak Bubur Lambuk anjuran Kelab...
Kerajaan Tiada Maruah Dan Merosakkan Agong Digesa Segera Campurtangan

Kerajaan Tiada Maruah Dan Merosakkan Agong Digesa Segera Campurtangan

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 226 hits
1 Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia GERAK amat kesal dengan sikap dan cara kerajaan hari ini mengurus negara tangani pandemik 2 Keputusan demi keputusan yang diambil oleh kerajaan hanya mempamerkan nilai sebenar sebuah kerajaan hari ini ...
Agong Zahir Kegusaran Peningkatan Kes Positif Covid 19

Agong Zahir Kegusaran Peningkatan Kes Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 269 hits
MALAYSIAKINI Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan kegusaran terhadap peningkatan berterusan kes positif jangkitan harian Covid 19 di negara ini yang mencecah lebih 3 000 kes Datuk...
Agong Kurnia Watikah Pelantikan Tyt Pulau Pinang Kepada Ahmad Fuzi

Agong Kurnia Watikah Pelantikan Tyt Pulau Pinang Kepada Ahmad Fuzi

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 396 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kelapan kepada Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak di Istana Nega...
Poser Over Support For Khalid S Petition To Agong On Ending Emergency

Poser Over Support For Khalid S Petition To Agong On Ending Emergency

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 221 hits
Questions have arisen over the number of MPs who turned up at the palace on April 20 as well as tie signatories to the memorandum itself Questions have surfaced about the extent of support that Amanah s Khalid Samad has received from his Pa...
Jk Tamat Darurat 12 Pemimpin Pembangkang Dijangka Menghadap Agong

Jk Tamat Darurat 12 Pemimpin Pembangkang Dijangka Menghadap Agong

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 256 hits
Yasmin RamlanJawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat bercadang membawa 12 pemimpin pembangkang bagi menghadap Yang di Pertuan Agong untuk memperincikan desakan mereka berkaitan darurat Bagaimanapun menurut Pengerusinya Khalid Samad nama 1...
Surat Istana Negara Tak Laku Pasangan Dakwa Agong Benar Rentas Negeri Ditahan

Surat Istana Negara Tak Laku Pasangan Dakwa Agong Benar Rentas Negeri Ditahan

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 238 hits
April 28 2021 Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata suspek berusia 27 dan 47 tahun itu menyerahkan surat didapati menggunakan kepala surat atas nama Istana Negara PETALING JAYA Seorang lelaki dan wanita ditahan selep...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri

18 Malaysian News Tiktok Accounts Mysteriously Vanish Here S What We Ve Learned

Jom Tengok Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Sukan Sekolah Malaysia