Masih Belum Terlewat Untuk Menghayati


Kawan lama kirim kad dan ucapan...





‘Aidilfitri’ bermaksud ‘kembali kepada fitrah’ iaitu, kembali kepada asal kejadian manusia yang suci, bersih dari dosa, seperti keadaan bayi baru lahir. Maksud ini dikaitkan dengan hadith Nabi Muhammad SAW yang bermaksud;


“Barang siapa berpuasa Ramadan atas dasar iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (riwayat; Bukhari dan Muslim)


Sebelum ajaran Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di kota Mekah, masyarakat Arab Jahiliyah memiliki dua hari raya tradisi yang berasal dari zaman Persia Kuno, iaitu perayaan Nairuz dan Mahrajan. Mereka menyambut perayaan itu dengan menyanyi dan menari serta jamuan yang lazat dan minuman yang memabukkan.


Maka Allah telah memfardukan supaya umat Islam menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadan pada tahun ke-2 Hijrah, serta menggantikan kedua-dua perayaan itu dengan Aidilfitri dan Aidiladha, sebagaimana hadith Nabi Muhammad SAW yang bermaksud;


 “Sesungguhnya Allah mengganti kedua hari raya itu dengan hari raya yang lebih baik, yakni Aidilfitri dan Aidiladha” (riwayat; Daud dan Nasa’i). 


Pertama kali umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri selepas memenangi Peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah (tahun pertama difardukan untuk berpuasa). 
Dalam peperangan itu umat Islam dengan kekuatan tentera seramai 319 orang telah mengalahkan musuh yang berjumlah 1000 orang. 
Maka Rasulullah SAW dan para sahabat telah merayakan Aidilfitri untuk meraikan 2 kemenangan, iaitu kejayaan dalam Peperangan Badar dan kejayaan mengawal hawa nafsu sepanjang berpuasa sebulan.


Pada ketika itu, antara ungkapan dalam doa mereka; “Allahummaj ‘Alna Minal ‘Aidin wal Fa’izin”, yang bermaksud; ‘Ya Allah, 
jadikanlah kami termasuk orang-orang yang kembali (dari Perang Badar) dan beroleh kemenangan’. Pada hari ini, ada juga di kalangan kita mengungkapkan “Minal ‘Aidin wal Fa’izin”.


Diriwayatkan juga, Rasulullah SAW dan para sahabat menunaikan solat Aidilfitri yang pertama dalam keadaan masih keletihan dengan luka-luka yang masih belum sembuh akibat Peperangan Badar. 
Setiap kali berjumpa pada Hari Raya Aidilfitri, mereka juga saling mengucapkan “Taqobbalallahu Minna wa Minkum” yang bermaksud; ‘semoga Allah menerima amal kami dan amal kalian’. 
Menurut Ibnu Katsir, pada Hari Raya Aidilfitri yang pertama, Rasulullah SAW telah meninggalkan masjid menuju ke suatu kawasan lapang dan menunaikan solat Aidilfitri di situ bersama para sahabat. 


Kesimpulannya, Hari Raya Aidilfitri adalah anugerah yang Allah kurniakan untuk umat Islam, bukan sahaja sebagai hadiah kemenangan dalam bentuk fizikal tetapi juga kejayaan dalam menakluk hawa nafsu sepanjang bulan Ramadan.


Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal ‘Aidin Wal Fa’izin, Taqobbalallahu Minna Wa Minkum, maaf zahir dan batin kepada semua sahabat handai, rakan dan taulan.


Ucapan ini merupakan kata-kata yang lazim diungkapkan semasa kita menziarahi keluarga dan sahabat handai, serta diungkapkan dalam kad raya yang dikirim melalui pos ataupun dalam bentuk grafik melalui media sosial. 
Seiring dengan meraikan kejayaan menahan nafsu, lapar dan dahaga, kegembiraannya kita selitkan dengan saling bermaafan antara satu sama lain.


Saya doakan, mudah-mudahan kita terus beristiqomah dengan amalan baik sepanjang Ramadan lalu (termasuklah juga semasa ‘fasa persediaan’ sejak bulan  Sya’ban) dan dapat bertemu Ramadan 1443 H yang akan datang. 
Semoga semangat kejayaan Rasulullah SAW dalam Peperangan Badar akan dapat kita terjemahkan untuk memenangi Pilihan Raya Ke-15 yang akan berkunjung tiba dan meletakkan semula UMNO di persada kepimpinan untuk mentadbir negara dan negeri.


Amin Ya Robbal ’Alamin.


*DATUK HJ MD. JAIS BIN HJ SARDAY*
Ketua UMNO Bahagian Kluang, Johor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kluangmanexpress.blogspot.com/2021/05/masih-belum-terlewat-untuk-menghayati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Rosdy Fasiliti Kesihatan Di Pahang Masih Mencukupi Belum Cecah Ke Tahap Maksimum

Wan Rosdy Fasiliti Kesihatan Di Pahang Masih Mencukupi Belum Cecah Ke Tahap Maksimum

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 460 hits
KUANTAN Kerajaan negeri memberi jaminan semua kemudahan kesihatan di Pahang masih mempunyai kemampuan untuk menangani peningkatan kes Covid 19 yang dilaporkan sejak minggu lalu Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata setakat i...
Niat Itu Seperti Surat Salah Alamat Pergi Ke Lain Tempat Intan Saleh Belum Maafkan Izreen Azminda

Niat Itu Seperti Surat Salah Alamat Pergi Ke Lain Tempat Intan Saleh Belum Maafkan Izreen Azminda

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 329 hits
PERMOHONAN maaf yang dibuat oleh pelakon Izreen Azminda kepada bekas madunya Intan Liana di program Melodi Raya yang disiarkan pada Ahad nampaknya menerima pelbagai reaksi Lebih menimbulkan persoalan apabila Intan seolah olah belum lagi mem...
Kakorlantas Sebut Puncak Arus Balik Arah Jabodetabek Belum Terjadi

Kakorlantas Sebut Puncak Arus Balik Arah Jabodetabek Belum Terjadi

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 274 hits
Istiono mengatakan volume kendaraan yang melintasi arah Jabodetabek mencapai 21 000 unit pada akhir pekan ini Padahal biasanya jumlah kendaraan arus balik lebih dari 60 000 unit
Mit Poso Belum Ditangkap Polri Sebut Geografisnya Tak Sama Dengan Di Jakarta

Mit Poso Belum Ditangkap Polri Sebut Geografisnya Tak Sama Dengan Di Jakarta

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 354 hits
Kelompok Mujahidin Indonesia Timur Poso diduga membunuh empat warga Desa Kalimago Kecamatan Lore Utara atau Napu Kabupaten Poso Sulawesi Tengah
Belum Kahwin Dah Pel0k Foto Raya Anak Sheila Rusly Bersama Tunangnya Elisya Sandha Dikec4m Netizen

Belum Kahwin Dah Pel0k Foto Raya Anak Sheila Rusly Bersama Tunangnya Elisya Sandha Dikec4m Netizen

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 584 hits
Semenjak 13 Mei lalu semua platform sosial media dibanjiri dengan foto dan video Aidilfitri masing masing tak kira tua atau muda Dikesempatan itu anak sulung kepada pasangan suami isteri Jinggo dan Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy turut tida...
Wan Rosdy Gesa Rakyat Pahang Patuhi Sop Situasi Covid 19 Di Negeri Ini Belum Reda

Wan Rosdy Gesa Rakyat Pahang Patuhi Sop Situasi Covid 19 Di Negeri Ini Belum Reda

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 390 hits
KUANTAN Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang melaporkan situasi terkini wabak pandemik COVID 19 di negeri ini masih belum reda terutamanya di daerah Kuantan Demikian kenyataan rasmi yang dibuat oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri ...
Disnakertrans Ntb Periksa 4 Perusahaan Belum Bayar Thr Ke Pegawai

Disnakertrans Ntb Periksa 4 Perusahaan Belum Bayar Thr Ke Pegawai

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 252 hits
Dari keempat perusahaan tersebut dua di antaranya merupakan perusahaan perhotelan Sementara dua lainnya yakni perusahaan dagang dan sebuah CV
Pesan Anwar Sempena Aidilfitri Bersederhana Tugas Kita Mengemudi Perubahan Belum Lagi Selesai

Pesan Anwar Sempena Aidilfitri Bersederhana Tugas Kita Mengemudi Perubahan Belum Lagi Selesai

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 374 hits
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar wa lillahi al hamd Sambutan Aidilfitri pada tahun ini sekali lagi akan diraikan dalam suasana yang serba terbatas Anak perantauan yang diulit rindu kepada keluarga tersayang terpaksa memendam hasrat pu...
Hiburan Haelmummy Je Belum Ada Lagi Hael Amik Anak Angkat Baru Sepasang Kembar Lelaki Hiasi Kehidupan

Hiburan Haelmummy Je Belum Ada Lagi Hael Amik Anak Angkat Baru Sepasang Kembar Lelaki Hiasi Kehidupan

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 353 hits
Penyanyi terkenal Hael Husaini khabarnya telah mengambil anak angkat iaitu sepasang kembar lelaki bagi menambah keceriaan hari lebaran pada tahun ini Hael turut memberi nama kepada anak kembarnya itu dengan nama Haelmy dan Haelman selain se...
Konsert Lagenda Nada Murni 2025

Jangan Terlalu Berkira

Mee Udang Ladang Nira Nipah Napiah

Hwc Coffee X Bape Bila Kopi Jadi Gaya Hidup Bukan Sekadar Minuman

Macam Mana Madani Ada Yang Miskin

Panduan Pemilihan Taska Dan Tadika Sesi 2026

Dap Mp Demands Fam Reveal Technical Errors As Taxpayers To Foot Fines

Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Anggota Pdrm Di Platform Whatsapp


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Itu Anc Pada Headphone Teknologi Canggih Penghapus Bunyi Bising

Kari Daging Pekat Melekat Dan Peluang Di Dunia Hanya Sekali

Don T Worry

Diploma Teknologi Makanan Di Politeknik

Spbetflik88 11 June Spbetflik88 Top 52 By Leslee

Mihun Goreng Singapore