Masih Banyak Pusat Jagaan Warga Emas Oku Di Petaling Jaya Tak Respons Panggilan Vaksinasi


Ahmad Mustakim Zulkifli Dari 1,000 rumah jagaan warga emas dan OKU di daerah itu, hanya 200 yang beri maklum balas untuk vaksinasi.

Petugas Klinik Kesihatan Petaling melakukan vaksinasi kepada warga emas dari Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Kenangan Budi Kuala Lumpur di Petaling Jaya. Pusat jagaan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) di daerah Petaling Jaya diseru untuk memberi maklum balas kepada pejabat kesihatan daerah untuk membolehkan pemberian vaksin dijalankan untuk penghuni pusat-pusat tersebut.
Pegawai Perubatan dari pejabat kesihatan Petaling Jaya, Dr. Yaacub Ibrahim berkata hanya 200 daripada 1,000 rumah jagaan yang memberi respons kepada usaha vaksinasi khas untuk premis-premis tersebut sejak dimulakan pada Jun lalu.
“Kita menghantar kakitangan ke rumah warga emas kerana mereka tidak boleh ke pusat vaksinasi akibat kekangan-kekangan tertentu.
“Meskipun begitu, masih banyak rumah jagaan orang tua dan OKU yang tidak membalas panggilan kami,” katanya ketika ditemui MalaysiaNow.
Katanya, kekangan dari segi komunikasi antara faktor utama tiada maklum balas dari pusat-pusat jagaan.
“Kita telefon namun pihak pengurusan tidak menjawab panggilan.
“Semua pihak perlu daftar untuk program vaksin. Bagi mereka yang boleh jalan, daftarlah di MySejahtera dan bagi mereka yang tidak boleh berjalan, hubungi pejabat kesihatan terdekat. Kita akan sediakan kakitangan untuk ke rumah,” katanya.
Seorang warga emas dari Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Kenangan Budi Kuala Lumpur di Petaling Jaya menerima vaksin Pfitzer Bio-NTech. dari petugas kesihatan.Setakat ini, beberapa pasukan telah melawat ke 151 rumah di Petaling Jaya, dan sudah menjalankan 4,000 dos suntikan vaksin.
Walaupun kurang maklum balas diterima dari rumah jagaan, para penghunginya merasa bersyukur selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.
Seorang warga emas yang menggunakan kerusi roda, Zainuddin Mirza Said, 92 berkata dia bersyukur kerana boleh menerima kedua-dua dos di rumah jagaan dan tidak perlu ke pusat pemberian vaksin.
“Saya tidak rasa apa-apa simptom, semua baik sahaja. Nasihat saya, semua orang Malaysia mesti ambik vaksin dan hentikan wabak ini,” katanya ketika ditemui di rumah jagaan Heritage Senior Care Centre di Petaling Jaya.
Sementara itu, salah seorang penjaga di rumah jagaan warga emas Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Kenang Budi Kuala Lumpur, Wong Keng Sheng melahirkan rasa lega kerana kesemua 15 penghuni di rumah jagaan itu telah menerima dua dos vaksin.
“Kita mempunyai warga emas yang berisiko dari segi kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi. Antara mereka ada yang dibuang keluarga atau tinggal bersendirian.
“Selepas program ini dibuka, kita terus mohon untuk rumah ini. Tak sampai dua minggu kita sudah dapat dos pertama,” katanya.
Semasa membentangkan penerangan berkaitan program vaksinasi negara di Dewan Rakyat semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata program imunisasi terbesar negara itu setakat ini menyaksikan peratusan penduduk Malaysia yang menerima vaksin bagi sekurang-kurangnya satu dos mengatasi beberapa negara maju seperti Jepun, Australia, Korea Selatan dan New Zealand.
Sambil menerangkan kronologi program dengan peruntukan RM5.8 bilion itu, Khairy berkata pada awalnya sasaran 80% penduduk menerima vaksin dijangka diselesaikan pada Februari tahun hadapan, namun tempoh masa itu disingkatkan kepada Disember 2021 setelah mengambil kira perkembangan semasa jangkitan.
“Garis masa ini disingkatkan lagi untuk kita selesaikan menjelang Oktober ini,” katanya yang juga menteri sains, teknologi dan inovasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/masih-banyak-pusat-jagaan-warga-emas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Emas Didenda Rm55 800 Buka Pusat Urut Tanpa Lesen

Warga Emas Didenda Rm55 800 Buka Pusat Urut Tanpa Lesen

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 260 hits
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA SINGAPURA Seorang lelaki berusia 81 tahun didenda sebanyak 18 000 dolar Singapura kerana menjalankan aktiviti mengurut tanpa lesen serta gagal menghalang pekerjanya menawarkan perkhidmatan seks Lapor Channel News A...
Tinjau Ppkm Di Kaltim Kasatgas Covid 19 Ajak Warga Pakai Masker Hingga Vaksinasi

Tinjau Ppkm Di Kaltim Kasatgas Covid 19 Ajak Warga Pakai Masker Hingga Vaksinasi

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 242 hits
Kalimantan Timur masuk dalam peringkat enam skala nasional kasus Covid 19 dan masuk ke dalam penanganan kebijakan PPKM Level 4
Cukup Untuk Dapat Makan Nasi Kosong Warga Emas Ambil Upah Rm10 Kemas Dua Rumah Seharian

Cukup Untuk Dapat Makan Nasi Kosong Warga Emas Ambil Upah Rm10 Kemas Dua Rumah Seharian

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 254 hits
Memang tidak dinafikan pand3mik C0v1d 19 ini telah meninggalkan kes4n yang sangat mendalam bagi golongan yang kurang berkem4mpuan khususnya mereka yang ka1s pagi makan pagi ka1s petang makan petang untuk meneruskan kehidupan harian Seperti ...
Warga Emas 100 Tahun Terima Vaksin Demi Dakwah

Warga Emas 100 Tahun Terima Vaksin Demi Dakwah

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 273 hits
Alor Setar Saya terima suntikan vaksin kerana mahu mengelak berlaku mudarat dan saya mahu meneruskan aktiviti dakwah sekiranya diberi kesihatan baik serta umur panjang kata Zakaria Jab yang berusia 100 tahun Zakaria yang menerima suntikan v...
Belum Dapat Tarikh Vaksin Boleh Walk In Di Mana Mana Ppv Pusat Pemberian Vaksin Untuk Warga Selangor Dan Kuala Lumpur

Belum Dapat Tarikh Vaksin Boleh Walk In Di Mana Mana Ppv Pusat Pemberian Vaksin Untuk Warga Selangor Dan Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 857 hits
BELUM DAPAT TARIKH VAKSIN BOLEH WALK IN DI MANA MANA PPV PUSAT PEMBERIAN VAKSIN UNTUK WARGA SELANGOR DAN KUALA LUMPUR Alhamdulillah good news buat orang Selangor KL Bermula 1 Ogos 2021 Kepada semua penduduk Selangor KL yang masih tidak memp...
Ditampar Penghulu Pas Warga Emas Mahu Ambil Tindakan Undang Undang

Ditampar Penghulu Pas Warga Emas Mahu Ambil Tindakan Undang Undang

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 232 hits
NASUHA RAHMANJamaludin Zakaria warga emas yang didakwa telah ditampar penghulu di Kampung Salor Pasir Mas tidak akan memaafkan tindakan penghulu dari parti Pas itu Di dalam temubual secara maya bersama Ketua Pemuda AMANAH Kelantan Hazmi Has...
Warga Emas Seluruh Negara Boleh Walk In Vaksin Mulai Minggu Depan

Warga Emas Seluruh Negara Boleh Walk In Vaksin Mulai Minggu Depan

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 348 hits
Khairy Jamaluddin berkata pemberian vaksin kepada warga emas secara walk in akan diperluas ke seluruh negara mulai minggu hadapan PETALING JAYA Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid 19 memutuskan pemberian vaksin secara walk in kepada warga ...
Polda Jateng Gelar Vaksinasi Merdeka Candi Target 4 000 Warga Per Hari Setiap Polres

Polda Jateng Gelar Vaksinasi Merdeka Candi Target 4 000 Warga Per Hari Setiap Polres

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 353 hits
Vaksinasi Merdeka Candi ini merupakan strategi vaksinasi yang akan dilaksanakan untuk merayakan Hari Kemerdekaan Indonesia 17 Agustus mendatang
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff

Two Unidentified Soy Sauce Factories Closed Netizens Demand Their Identity Among Other Issues

Sabah Mulls Pufferfish Ban After Recent Poisoning Deaths

223 Moto Booster