Masih Adakah Hudud Pas
Che Ibrahim
1. Kematian lawyer Hisham Fauzi kelmarin mengingatkan ambo kepada gigihnya perjuangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud suatu ketika dulu. Babo Hisham antara watak penting dalam menggerakkan semula Jkuasa Teknikal Enakmen Hudud Kelantan (maaf ambo tak ingat nama sebenar jkuasa tersebut) pada tahun 2014 bersama sama rakan rakannya dari pengamal undang undang syariah dan sivil selain beberapa orang pimpinan Pas.
(Nota: sebahagian besar, hampir2/3 dari AJK Teknikal Hudud ini telah bersama Amanah)
2. Sejarah perjuangan hudud Pas bermula tahun 1990 apabila Pas berjaya mengambilalih pemerintahan kerajaan Kelantan dari BN pada Oktober 1990. Kemuncaknya ialah apabila Dun Kelantan telah meluluskan satu Enakmen Hudud dan Qisas yang dikenali sebagai Enakmen Kanun Jenayah Islam (II) 1993 Negeri Kelantan.
3. Pada tahun 1994, YAB ATGNA, MB Kelantan ketika itu telah menghantar satu surat kepada YAB Tun Dr Mahathir, PM ketika itu bagi mendapat kebenaran melaksanakan hukum hudud @ Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 di Kelantan.
Tun Mahathir dalam jawapan balasnya menyebut bahawa beliau sekali kali tidak akan membenarkan "Enakmen yang zalim" itu dilaksanakan dan beliau akan melakukan apa saja supaya enakmen itu tidak dilaksanakan.
4. Kesungguhan Pas untuk melaksanakan hukum hudud tidak terhenti setakat itu sahaja. Pada tahun 1999, apabila Pas berjaya memerintah Terengganu, sekali lagi enakmen Hudud Dan Qisas digubal dalam Dun Terengganu dan diwartakan sebagai Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) 2002 Negeri Terengganu.
5. Apabila Pas bersama Dap dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR) tahun 2008, isu pelaksanaan hukum hudud dan qisas mula "disembunyikan" dan tidak lagi menjadi agenda utama perjuangan Pas.
6. Pada tahun 2014, isu pelaksanaan hukum hudud kembali menguasai pentas politik Pas sehingga MB Kelantan ketika itu, Dato' Ahmad Yakob berkata beliau sanggup melepaskan jawatannya jika hudud gagal dilaksanakan di Kelantan. Kemuncaknya pada Mac 2015 Dun Kelantan telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II)(1993) 2015 iaitu satu enakmen yang diciplak dari Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 dengan sedikit pindaan.
Perlu dingat, antara sebab terputusnya hubungan "tahalluf siyasi" antara Pas Dan Dap pada tahun 2015 ialah ada kaitannya dengan hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud.
7. Pada tahun 2015, Pas semakin ghairah untuk melaksanakan undang undang hudud dan qisas terutama di negeri negeri di bawah kekuasaannya melalui RUU 355, iaitu satu usul persendirian untuk meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan mahkamah mahkamah syariah menjatuhkan hukuman mengikut hukum syarak. Malangnya usaha tersebut menjadi isu tertangguh yang ditangguhkan sendiri oleh Pas tanpa apa apa penjelasan.
8. Saya menanti nanti semula suara Pas terutama dari MBnya Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Nassarudin Haji Daud, atau Panglima hududnya, Dato' Sri Amar Draja Nik Mohd Amar, atau paling kurang dari hulubalang barunya YB Ustaz Ahmad Fadhli Syaari untuk kembali menuntut Kerajaan Persekutuan memberi laluan kepada kerajaan kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pas melaksanakan hukum hudud dan qisas di negeri negeri tersebut.
9. Saya yakin Tun Mahathir sebagai Penasihat SG4, dengan pengalamannya perihal percubaan pelaksanaan hukum hudud di era atgna dulu boleh mendesak PMX tidak mengulang sejarah jawapannya kepada atgna tahun 1994 dulu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/08/masih-adakah-hudud-pas.html