Masa Kecil Anak Tak Akan Datang Kembali Rita Rudaini Berkorban Demi Masa Dengan Anak
Ketabahan dan kekuatannya bukan biasa-biasa. Semangat dan ketabahan pelakon, Rita Rudaini dalam membesarkan dua anak lelakinya hingga besar menjadi contoh dan inspirasi untuk semua.
Akui Rita menerusi Instagramnya, kehidupannya berubah secara total selepas kehadiran dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, dan Airit Qaqa Arjuna.
Malah segala keringat ditumpahkan demi membesarkan dua anak kesayangannya itu hingga kini. Tambah Rita lagi, di masa anaknya kecil inilah dia mahu mengorbankan seluruh masanya untuk mereka.
“Dulu masa belum ada dua lelaki ni saya kerja back to back sebab bosan di rumah sorang-sorang. Sejak ada mereka hidup saya totally berubah. Saya kerja sebulan dan 2 bulan 3 bulan saya akan rest untuk spendtime dengan mereka dan lepas tu kalau mereka ada sekolah, saya takkan ambik job yang oustation, saya kena tolak.
“Tak apa bagi saya rezeki tetap akan ada, saya kena pandai bahagikan masa untuk mereka kerana masa kecil mereka tidak akan datang kembali. Saya kena berkorban.
“Ye saya sorang, saya sorang yang tanggung mereka, segala-galanya. Pedih, suka, duka saya rempuh saja, saya pernah 3 tahun hilang perkerjaan sebab pkp, sama macam orang lain jugak tapi yang makan gaji, gaji tetap jalan.
“Yang tak makan gaji macam saya? Masakk. Dan tak dibenarkan keja sebab tak vaksin, macam mana saya dan anak-anak survive? Segala saving saya gunakan dan berharap hanya pada ALLAH permudahkan segala-galannya buat kami.
“Segala yang terbaik saya nak untuk anak-anak saya, saya korbankan life saya, keinginan saya hanya untuk kehidupan anak-anak. Susah payah saya berbaloi bila saya dapat bagi pendidikan yang terbaik dan selesa untuk anak-anak.
“Bukan nak berlagak bagi private school tapi saya tak pernah rasa di masa kecil saya. Apa salahnya saya tengok anak-anak saya merasa. Memang belanja agak besar untuk saya tanggung sorang-sorang tapi bagi saya, nak seribu daya tak nak seribu dalih.
“Saya rempuh juga dalam keadaan struggle dan ada ‘nyawa-nyawa ikan’ jugak lah tapi saya percaya ALLAH bersama saya. Apa yang ada dalam hati saya, hanya ALLAH yang tau.
“Saya selalu pegang kata-kata ni dalam hati saya ‘insyaallah ALLAH akan permudahkan. Ada orang yang lagi susah dari kita’. Kata-kata ni jugak selalu saya bagi pada anak-anak. Saya jugak cakap pada mereka ‘walaupon family kita tak complete macam orang lain, tapi kita boleh bahagia cara kita’,” katanya berkongsi kesusahan hidupnya membesarkan anak.
Bahkan ibu kepada Rayyan dan Arjuna ini tidak pernah kenal erti penat lelah dalam membesarkan dua anaknya hingga kini.
Istilah penat dalam membesarkan anak-anak sendirian tidak pernah menjadi penghalang untuk dia mematahkan semangat dirinya setiap hari.
“Ibu tunggal, single parent macam saya ni tak taulah bila kali terakhir perkataan ‘penat & letih’ keluar dari mulut dan bila kali terakhir menangis kepenatan.
“Saya pun dah tak ingat sebab saya tak sempat untuk melayan perasaan-perasaan tu semua kerana terleka dengan figura anak-anak kecil yang dah makin membujang depan mata saya.
“Saya percaya jugak, ibu-ibu tunggal dan single parents di luar sana sama macam saya dan punya kisah-kisah sendiri. Saya dah lama tak kisah hal diri saya kerana sekarang adalah kisah mereka.
“Hanya yang terbaik selagi saya mampu, doakan mommy sentiasa kuat. Mommy ok sorang-sorang selagi kamu ada. Melihat kamu membesar depan mata dah cukup bahagiakan seluruh hidup mommy,” tambahnya lagi.
Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1
https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Masa Kecil Anak Tak Akan Datang Kembali” Rita Rudaini Berkorban Demi Masa Dengan Anak! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/masa-kecil-anak-tak-akan-datang-kembali-rita-rudaini-berkorban-demi-masa-dengan-anak/