Marie Kondo Wanita Terkemas Di Dunia Memperkenalkan Konmari Method
Sumber: Pinterest
Pernah dengar nama Marie Kondo? Namanya makin menjadi sebutan mutakhir ini sejak disenaraikan antara 100 orang paling BERPENGARUH oleh TIME Magazine tahun 2015. Bukunya yang berjudul 'The Life - Changing Magic of Tidying Up' ; the Japanese art of decluttering and organizing pula tersenarai antara buku paling laris dijual di New York dengan cetakan lebih 6 JUTA naskah. Pastu bermula 1 Januari beliau dah ada rancangan sendiri di NETFLIX; Tidying Up With Marie Kondo. Dalam rancangan The Ellen Show, Ellen The Generes memberi jolokan Marie Kondo sebagai Wanita Terkemas Di Dunia. Fuhh, hebat sungguh wanita Japan ni.
Memang tidak hairan kalau wanita Japan ada sifat pengemas dan pembersih macam ni. Kalau anda pernah sampai di Japan, anda mesti rasa amazing sangat dengan tahap kebersihan negara matahari terbit tu, apatah lagi guesthouse tempat menginap. Tandas awam dia fuh bersih berkilat kurasakan bebas kuman! Haha.
Konmari method bermula dengan menggunakan kotak. Bila sebut pasal kotak, teringatkan adik perempuan saya sukakan kotak especially kotak yang cantik & keras. Rupanya my sister ni dah lama guna konmari method. Haha. Dulu sebilik dengan dia. Memang dia gunakan kotak untuk simpan & susun barang. Terutamanya dalam drawer. Sangat kemas dan tersusun rapi. Barang disusun ikut kategori yang sama. Tenang sungguh mata bila buka drawer dia. My drawer pulak agak berterabur. Semak! Zaman itulahh. And then slowly saya belajar & tiru sifat pengemas my sister ni. Thank you sis! I love u...
Method seterusnya ialah 'Jangan Gantung Baju'. Lipat semua baju. Alamak yang ni tak dapat nak tiru. Sebab di rumah memang sudah ada ruang untuk gantung baju. Jadi kita maintain je lah👅Awal dulu kenapa prefer gantung sebab saya boleh overview semua baju yang ada. Baju kerja rotate setiap hari. Jadi merasa pakai semua baju ikut giliran. Adil untuk semua baju. Lagi pun suka iron semua baju siap-siap. Sebab itu, lebih suka jika digantung. Cuma saya tetapkan syarat, kalau beli baju baru...baju lama kena keluar. Masuk 5 helai yang baru, 5 helai yang lama kena keluar. Supaya space tidak bertambah. Jadi mentaliti shopping kita juga berubah. Kita beli bila perlu. Bukan sebab jualan murah. Oh syarat ni tidak terpakai untuk tudung duckscarves ya. Matilanak kalau setiap kali beli shawl baru shawl duck yang lama kena keluar👻
Seterusnya ialah lipatan kecil kaedah konmari. Yang ni ibu saya dah ajar sejak kecil. Memang jadi amalan. Cara lipatan lebih kurang sama. Cuma Konmari style letak secara vertically. Saya letak horizontally. Maklumlah almari kat Malaysia ni jenis tinggi-tinggi bukan jenis banyak laci. Jadi baju disusun bertingkat. Bila nak tarik pakaian keluar, pasti ada yang terurai dan akhirnya menjadi longgokan. Pastu, lupa pakaian yang di kedudukan terbawah kerana tidak dilihat. Jadi saya rasa kaedah Konmari yang letak secara vertically ini sangat praktikal.
Sumber: Pinterest
'Sneak peek'
Section suami
Section isteri
Saya rasa kebanyakkan rakyat Malaysia ni memang suka simpan barang. Tak pakai, tengok pun tiada perasaan tapi nak buang sayang. Kot-kot pakai satu hari nanti. Walhal 10 tahun dah ada dalam almari! Jika itulah konsep yang dipegang, memang akan penuh barang satu rumah. Barang nya dah ada..tapi ingatkan tiada sebab tak jumpa cari dalam simpanan. Ataupun..masa beli dulu beli extra. Kalau nak guna terus ambil je. Tapi sebab tak ingat dah ada spare. Pi beli jugak yang lain. Maka bertambah-tambahla barang dalam rumah.
Konmari method: make sure everything you own makes u happy (sparks joy) and get rid of everything that doesn’t.
Jom kita mulakan dengan proses decluttering (buang/donate/let go barang yang tak perlu). Simpan barang yang bila kita pegang rasa 'spark joy'. Spark joy di sini ialah emosi gembira terhadap sesuatu material kerana sama ada kita amat suka atau ia membawa makna (ada memori tertentu) kepada kita. Jika tidak wujud percikan kegembiraan, maka belajarlah untuk melepaskan...
Kemudian organize. Susun barang dengan rapi. Setiap barang ada tempatnya. Setiap tempat ada barangnya. Setiap barang diberikan rumah. Ia perlu diletak balik serta merta agar kita tidak bersusah payah kemas berkali-kali. Melatih kita jadi disiplin. Jika ada anak kecil boleh dilatih sejak kecil attitude begini.
Macam Marie ni minat mengemas dia sejak dari kecil dari usia 5 tahun. Kini, aura positif yang dibawakan Marie telah menyelusup ke setiap negara. Kata Marie, rumah bukan sahaja tempat perlindungan malah tempat kita berehat, mencari ketenangan, meluangkan masa dengan keluarga. Hari ini kita tiru Marie, nanti dah besar nanti anak kita pulak akan mencontohi kita :D
Weekend ni cuti 3 hari...Jom kita mengemas!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azyyatiliah.com/2019/01/marie-kondo-wanita-terkemas-di-dunia-memperkenalkan-konmari-method.html