Mari Bicara Tentang Isi Alam Tahan Sebentar Rutin Mu
"Somewhere in your journey, don't forget to turn around and enjoy the view, because when you stop and look around, this life is pretty amazing, so much world" - Julia Johari
Beberapa gambar sempat julia snap dengan menggunakan telefon bimbit sahaja #Note9 Ocean Blue. Ya julia sangat berpuas hati bermain dengan live focus dan gambar standard menggunakan Note 9. Julia tak menggunakan sebarang langsung beauty apps, hanya 100 peratus medium Note 9 sahaja tanpa mengubah langsung mode. Original, julia memang suka dengan gambar nature yang original, apa yang di lihat dengan mata hati, sama seperti paparan di media elektronik.
Kita, ya kita. Diri kita, ada kala terleka dengan dunia semakin ke hadapan, sesekali kena reverse masa kita, turning back. Hayati keindahan alam, aku semakin rindukan alam yang di jadikan Tuhan teramat cantik diluar sana, terasa nak mengembara di negeri orang untuk merangkul dengan kedua-dua tangan keindahan, kemewahan, kesegaran negeri lain.
Terlalu rindukan alam, sampaikan aku terfikir. Dunia aku pergi kerja, balik kerja...rutin. Kisah suami dan anak juga rutin, aku perlu kepada mode restart, dengan cara mengembara melihat keindahan alam.
Senja - Gambar pertama sekali diatas julia tangkap semasa sedang menunggu kedua-dua hero sedang gunting rambut, aku matikan telefon, aku buka tingkap kereta. MasyaAllah, cantiknya langit. Berwarna warni, masa ini dalam pukul 7 malam.
Terus snap sekali sahaja, kerana sekali itu sudah cukup tak terkata melihat kecantikan alam semesta. Banyak kali aku lihat gambar diatas, sejuk hati, terus rasa sayangnya Dia pada kita semua, sebuah paparan langit berpayungkan warna kecintaanNya...Allahuakbar!
Pagi - Setiap hari sampai pejabat, rutin mengadap PC, sesekali mari kita rehatkan mata pagi merangkul keindahan isi pagi. Nah! Rezeki pagi dapat lihat cahaya matahari yang sungguh menawan, tiada siapa boleh menandingi isi alam macam ini, ada pepohon kehijauan melawati sana sini.
Terasa nak turun ke isi alam tersebut, tapi menunggu hari Sabtu dan Ahad baru dapat menongkah lebih lagi. Itulah rutin, kita bersama peraturan hidup, itu sebab sesekali jika ada cermin, cuba-cuba mendongak sebentar. Rezeki macam ini datang mungkin sekali hari ini, esok belum tentu mata kita di jamu macam ini kan?
Petang - Masih manis. Petang hangatnya, tiada siapa pun suka, tapi aku masih mahu melihat kehangatan petang dengan keayuan langit. Tetap mata hari sebulat manis senyum puas pada ku dari jauh. Subhanallah, aku tak mampu berkata apa, hanya ucap alhamdulilah, Maha Suci Allah. cantiknya, jika di dunia di jamu kecantikan ini, di syurga bagaimana ya?
Tengahari - Alam di darat, banyak melihat di langit, mari ke darat pula. Walaupun ia ikan kap dalam kolam binaan manusia di jadikan hiasan, sejenak buat kita rasa tenang dan sejuk. Berbisik halus aku kepada ke semua ikan-ikan dalam perkampungan mereka, cantiknya rumah kamu, harap bergembira selalu di sini hendaknya.
Mendengar gemersik alunan air, sesekali ikan berenang melanggar arus, gembiranya mereka dengan dunia mereka sendiri. Di jaga dan di rawat air selalu, nikmat kita sebagai manusia menumpang kegembiraan alam di air, buat diri rasa tidak mahu meninggalkan tempat ini.
Aku tak mampu tinggalkan alam, aku suka bereksperimen dengan isi alam, itu sebab kalau aku mengembara atau ke mana sekali pun, aku cuba untuk mencari zat-zat alam apa yang menjadi rezeki aku setiap hari. Ibarat vitamin harian, tanpa alam yang sihat, tak mungkin kita masih lagi di pinjamkan udara sehingga ke hari ini.
" Priceless nature, will always my home! "
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://feedproxy.google.com/~r/WithJulia/~3/ZHpSM5YYMPk/mari-bicara-tentang-isi-alam-tahan.html