Manusia Tidak Terlepas Melakukan Dosa




Rasulullah SAW menjelaskan sememangnya manusia tidak terlepas daripada kesilapan dalam hidupnya dan selamanya manusia itu tidak maksum atau terpelihara kecuali nabi dan rasul.
Pun begitu, keadaan itu tidak pula seharusnya dijadikan alasan untuk melakukan dosa. Kita mesti sedaya mungkin mengelak daripada melakukan dosa. Hanya jika telah melakukan dosa maka teruslah bertaubat memohon keampunan daripad Allah.   

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap anak Adam melakukan kesilapan, sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu ialah orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah." (Hadis riwayat Darimi)
Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai." (Surah at-Tahrim, ayat 8)
Hamba yang sedar akan dosa yang telah dilakukan terus bertaubat kepada Allah dan menyerahkan diri kepada-Nya dengan penuh penyesalan dan seterusnya membulatkan tekad keazaman mempertingkatkan amal soleh dalam kehidupannya.
Inilah antara ciri orang yang benar-benar beriman kepada Allah selari firman-Nya yang bermaksud: "Dan (antara ciri orang bertakwa itu) ialah orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiayai diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah, lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka lakukan itu sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Orang yang demikian sifatnya), balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal." (Surah Ali Imran, ayat 135-136)
Taubat bukan sekadar melafaz ucapan, sebaliknya mereka yang bertaubat hendaklah menyesal dan insaf terhadap kesilapan terdahulu dan bertekad tidak akan mengulangi lagi perbuatan itu.
Sesungguhnya taubat bukan saja untuk menghapuskan dosa, tetapi juga sebahagian daripada ibadat. Maka itu, kalaupun merasakan diri tidak melakukan sesuatu dosa secara terang-terang, sebenarnya masih dituntut agar bertaubat sebagai sebahagian amalan harian. Tindakan itu dapat mengingatkan kita agar tidak melakukan dosa-dosa lain.   
Diriwayatkan Rasulullah SAW beristighfar sebanyak 70 kali dan Baginda juga tetap mendirikan solat tahajud di tengah malam padahal Baginda sudah diampunkan dosanya yang terdahulu dan akan datang. Lantas Baginda menjelaskan kepada isterinya tercinta, Saidatina Aisyah, "Tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur kepada-Nya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jika Rasulullah SAW yang tidak melakukan dosa tetapi tetap melakukan taubat, mengapakah pula kita yang sentiasa tidak sunyi daripada melakukan dosa bertindak sebaliknya. Janganlah kita sombong dan menjauhkan diri daripada rahmat Allah.  Jadilah kita hamba yang sentiasa membersihkan diri dengan memperbanyakkan taubat. 
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sambungtitik.blogspot.com/2020/11/grj.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Manusia Tak Boleh Nikahi Apapun Dari Jenis Jin

Manusia Tak Boleh Nikahi Apapun Dari Jenis Jin

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 343 hits
POLIGAMI ITU BUKAN BENCANA TAPI BAWA BERKAH UNTUK MELENYAPKANPROSTITUSI DAN TRAFKING
Fakta Badan Manusia Yang Perlu Tahu

Fakta Badan Manusia Yang Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 2442 hits
Otak menggunakan lebih daripada 1 3 oksigen yang digunakan oleh badan manusia Jantung berdegup kira kira 100 000 kali sehari 36 500 000 kali 1 tahun danlebih berbilion kali jika anda hidup lebih dari 30 tahun Sel darah merah membawa oksigen...
Warga Cibinong Bogor Temukan Kerangka Manusia Di Jalan Lingkar Lipi

Warga Cibinong Bogor Temukan Kerangka Manusia Di Jalan Lingkar Lipi

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 224 hits
Sebuah bungkusan berwarna merah muda berisi kerangka manusia ditemukan di Jalan Lingkar LIPI Kelurahan Cibinong Kecamatan Cibinong Kabupaten Bogor Senin Bungkusan berisi kerangka manusia itu pertama kali ditemukan di tepi aliran irigasi yan...
Bukti Kehidupan Dan Penempatan Manusia Di Marikh

Bukti Kehidupan Dan Penempatan Manusia Di Marikh

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 400 hits
Apabila kita melihat ruang angkasa pada waktu malam ada kala kita akan terlihat satu bintang merah yang bersinar terang yang menjadi penghias langit Bintang tersebut adalah planet Marikh Marikh merupakan jiran Bumi di dalam sistem suria dan...
Khutbah Jumat Empat Pintu Setan Dalam Menggoda Manusia

Khutbah Jumat Empat Pintu Setan Dalam Menggoda Manusia

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 345 hits
Setan memiliki langkah langkah dalam menggoda manusia Ada empat pintu utama sebagai pembuka maksiat lainnya
Temukan Mutasi Virus Corona Baru Ke Manusia Denmark Musnahkan Jutaan Cerpelai

Temukan Mutasi Virus Corona Baru Ke Manusia Denmark Musnahkan Jutaan Cerpelai

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 294 hits
Temukan Mutasi Virus Corona Baru ke Manusia Denmark Musnahkan Jutaan Cerpelai Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen mengatakan cerpelai di seluruh peternakan di negaranya akan dimusnahkan menyusul adanya temuan bahwa hewan tersebut meny...
20 Gaya Akrobatik Kucing Seperti Melakukan Stunt Yang Dijadikan Meme

20 Gaya Akrobatik Kucing Seperti Melakukan Stunt Yang Dijadikan Meme

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 375 hits
Kucing memang terkenal dengan sifat yang aktif dan dramatik Lihat sahaja aksi mereka apabila dilayangkan Tali yang diikat dengan lidi pasti dikejar dan dicarik tali itu sampai hancur Jurus cakar rimauJadi tak lupa juga aksi aksi di bawah in...
Cara Melakukan Diet Atkins

Cara Melakukan Diet Atkins

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 1632 hits
Cara Melakukan Diet Atkins Diet Atkins antara diet yang popular juga zaman sekarang ni untuk usaha nak kurus dan maintain kan berat badan Ramai dah berjaya buat diet ni untuk kurus kan badan Ada yang pergi kelas Ada juga yang belajar kat me...
No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

Piraum 16 Semua Parti Politik Berpeluang Jadi Kerajaan

Pengalaman Laparoskopi Buang Cyst Ovari Dari Tanda Sampai Sembuh

Dua Maut 16 Cedera Nahas Bas Persiaran Dengan Dua Lori

Nak Tanya Bekas Ketua Polis Negeri Sarawak Apa Manfaat Vape Ni Ye

Resepi Sup Bayam Dengan Cendawan

Senior Glc Manager In Sabah Nabbed Over Alleged Bribery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Percutian 3h2m Ke Pulau Redang Terengganu Part 1

Opening Up Zero Knowledge Proof Technology To Promote Privacy In Age Assurance

Cara Mudah Naikkan Jualan Harian Anda Dengan Sleeve Cup Custom

Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus

Huawei Mungkin Dahului Apple Guna Memori Telefon Berkelajuan Tinggi

Kelantan Lombong Emas Haram Di Gua Musang Diserbu Rampasan Lebih Rm1 Juta