Mangsa Tembak Menang Saman Rm 114 470



Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini memerintahkan syarikat GMP Kaiser (M) Sdn Bhd membayar ganti rugi RM114,470 kepada jurukamera sambilan RTM, Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail memerintahkan syarikat itu selaku defendan kedua membayar ganti rugi am RM70,000 dan kos bernilai RM30,000 selepas membenarkan tuntutan saman dikemukakan Mohamad Amirul Amin, 31, selaku plaintif.

Dalam penghakimannya, Hadhariah berkata, kesalahan harus ditanggung defendan kedua sebagai pihak yang perlu memastikan senjata api dibekalkan kepada pekerjanya iaitu pengawal peribadi, Jaafar Haalid yang juga defendan pertama dalam kes itu diguna dengan betul dan bertanggungjawab.


“Dalam kes ini senjata api itu dibekalkan defendan kedua dan syarikat ini yang upah defendan pertama. Ini satu risiko boleh dijangka.

“Saya menolak pembelaan pihak defendan kedua menyatakan tidak tahu kerana defendan pertama baru dua hari bekerja. Defendan kedua tidak boleh bercakap tidak tahu dan perlu bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata, mahkamah juga mendapati alasan diberikan defendan kedua yang menyalahkan Mohamed Amirul Amin kerana pergi menolong dalam kejadian terbabit adalah tidak munasabah.

“Ia tidak munasabah. Sekiranya plaintif nampak defendan pertama memegang pistol, sudah tentu dia tidak pergi ke tempat itu.

“Dalam kes ini defendan kedua bertanggungjawab terhadap tindakan defendan pertama selain defendan kedua didapati menghantar pistol digunakan defendan pertama ke syarikat logam sekerap, tanpa mengikut garis panduan ditetapkan Kementerian Dalam Negeri,” katanya.

Mohamad Amirul Amin memfailkan saman itu pada 1 Jun 2018 dengan mendakwa dia ditembak defendan pertama ketika dia mendekati individu yang disangka mangsa kemalangan jalan raya berikutan badannya berlumuran darah serta duduk di jalan raya.

Dalam tuntutannya, dia berkata, defendan pertama menggunakan senjata api pistol jenis “Glock” dan menembak majikannya hingga mati selain turut melepaskan tembakan hingga mengakibatkan dua individu lagi terkorban manakala empat lagi parah.

Mohamad Amirul Amin menuntut ganti rugi khas, ganti rugi am bagi kesakitan dan penderitaan, ganti rugi teruk dan lain-lain relief dan/atau perintah dianggap wajar oleh mahkamah.

Beliau diwakili peguam Simon Murali manakala GMP Kaisar Security (M) Sdn Bhd diwakili peguam Mohamad Nor Azam Rashid dan Samry Masri.

Jaafar kini dalam tahanan di Penjara Pulau Pinang kerana menghadapi sembilan pertuduhan jenayah yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/07/mangsa-tembak-menang-saman-rm-114-470.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Iron Man 3 Menang Tuntutan Saman Poster Meniru

Iron Man 3 Menang Tuntutan Saman Poster Meniru

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 308 hits
Walaupun telah mati meninggalkan kita semua nampaknya nama hero Iron Man tetap berjaya memastikan kemenangan ke atas saman ke atas mereka yang mencuri idea dari buku komik Radix untuk poster Iron Man 3 empat tahun lalu Untuk pengetahuan kor...
Menang Saman Fitnah Bekas Ceo Iksim Diarah Bayar Ganti Rugi Rm80 Ribu Pada Khalid Samad

Menang Saman Fitnah Bekas Ceo Iksim Diarah Bayar Ganti Rugi Rm80 Ribu Pada Khalid Samad

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 419 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Profesor Datuk Mahamad Naser Disa membayar ganti rugi berjumlah RM80 000 kepada Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad yang memenangi saman fitnah difailkannya terhadap bek...
Liga Super 2019 Jdt Menang Bergaya 3 0 Ke Atas Perak

Liga Super 2019 Jdt Menang Bergaya 3 0 Ke Atas Perak

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 361 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pemprov Bali Menang Gugatan Pergub Larangan Kantong Plastik Di Ma

Pemprov Bali Menang Gugatan Pergub Larangan Kantong Plastik Di Ma

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 245 hits
Ini artinya kebijakan Gubernur yang membatasi timbulan sampah plastik sekali pakai lewat Pergub 97 Tahun 2018 memiliki posisi hukum yang kuat dan sah berlaku di seluruh Bali kata Koster
Menang Peraduan Superbest Power Kosmo 2016

Menang Peraduan Superbest Power Kosmo 2016

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 407 hits
Bukan senang nak Ia memerlukan peserta untuk mengumpul keratan peraduan bermula hari Isnin hingga Khamis untuk mendapatkan satu set lengkap peraduan tersebut Di mana peserta akan menjawab jersi pasukan mana dalam Piala FA yang dipaparkan di...
Presiden Amanah Kelantan Menang Jawatan Pengerusi Kafa

Presiden Amanah Kelantan Menang Jawatan Pengerusi Kafa

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 311 hits
PENANTIAN siapa pengganti Bibi Ramjani Ilias Khan berakhir apabila Wan Rahim Wan Abdullah diumumkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan dalam Kongres Luar Biasa bagi penggal 2019 2023 yang diadakan hari ini Wan Rahim yang juga Pr...
Saman Tetap Saman Rakam Sedutan Filem The Lion King Netizen Mahu Gsc Saman Neelofa

Saman Tetap Saman Rakam Sedutan Filem The Lion King Netizen Mahu Gsc Saman Neelofa

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 441 hits
Sebelum ini tindakan pelakon Neelofa merakam sedutan filem The Lion King di panggung wayang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan netizen dan pelbagai pihak menyebabkan dia memohon maaf secara terbuka di laman Twitter Namun menerusi ...
Bicara Kes Saman Fgv Holdings Terhadap Isa Samad 25 November Depan

Bicara Kes Saman Fgv Holdings Terhadap Isa Samad 25 November Depan

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 401 hits
KUALA LUMPUR Kes saman FGV Holdings Berhad terhadap bekas pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan syarikat itu Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah ditetapkan untuk perbicaraan bermula 25...
Farhat Abbas Kalau Menang Jangan Terlalu Senang

Farhat Abbas Kalau Menang Jangan Terlalu Senang

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 261 hits
Perseteruan antara Farhat Abbas dan Hotman Paris terus berlanjut di media sosial Keduanya bahkan saling sindir lewat postingan di instagram
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess