Mandikan Jenazah Rasulullah Siapa Bertuah Lakukan Tugas Itu


Antara kewajipan seorang muslim adalah mengetahui hal perihal berkaitan Nabi SAW. Daripada setiap pergerakan, percakapan, akhlak ketika Baginda hidup sehinggalah kewafatan Baginda SAW.

Sebelum membincangkan siapa mandikan jenazah Nabi SAW dibentangkan berkenaan kisah akhir detik kehidupan Nabi SAW seperti yang diceritakan oleh Anas Bin Malik.

Kata beliau: ” Sesungguhnya Abu Bakar mengetuai solat orang ramai ketika Nabi SAW sakit yang mana ia adalah kesakitan yang menyebabkan Rasulullah SAW wafat. Sehingga tiba hari Isnin, orang ramai pada ketika itu berada di dalam saf. Kemudian Rasulullah SAW menyingkap tirai biliknya dan melihat kepada kami. Ketika itu, Baginda SAW sedang berdiri dan wajah Baginda seakan-akan seperti kertas mushaf.[1]

[1] Iaitu ibarat yang menggambarkan bahawa wajah Rasulullah SAW yang lawa, suci putih dan bercahaya.

Kemudian Baginda tersenyum. Anas berkata : Maka kami pun terkejut dan berasa gembira apabila Rasulullah SAW keluar. Pada ketika itu kami sedang dalam solat. Lalu Abu Bakar pun ke belakang sedikit untuk menyambungkan saf yang ada. Abu Bakar berbuat demikian kerana beliau menyangka Rasulullah SAW keluar untuk solat bersama.

Lantas Rasulullah SAW memberi isyarat kepada orang ramai untuk menyempurnakan solat. Anas berkata lagi: Kemudian Rasulullah SAW masuk semula ke rumahnya dan menurunkan tirainya. Rasulullah SAW wafat pada hari tersebut.”

Riwayat Muslim (874)

Menurut riwayat ini, Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin. Kemudian berlakulah satu perbincangan di kalangan para sahabat berkenaan siapa yang bakal menggantikan Rasulullah SAW sebagai ketua yang akan menguruskan urusan umat islam. Akhir perbincangan itu membawa satu resolusi iaitu memilih Abu Bakar sebagai khalifah bagi umat islam.

Jenazah Rasulullah mula untuk diuruskan pada hari selasa. Ada beberapa orang para sahabat yang bertanggungjawab untuk memandikan jenazah Rasulullah SAW.

Ini berdasarkan riwayat sirah yang dinyatakan oleh Ibnu Hisyam di dalam kitab sirahnya:

Maksudnya: ”Kata Ibnu Ishak: ketika mana Abu Bakar telah dibaiah, orang ramai mula untuk menguruskan jenazah Rasulullah SAW pada hari selasa. Abdullah bin Abu Bakar,Husain bin Abdullah dan selain dari keduanya menceritakan kepada aku Ali bin Abi Talib, Abbas Bin Abdul Muttalib, Al-Fadhl Bin Abbas, Qutham Bin Abbas, Usamah Bin Zaid dan Syuqran Maula Rasulullah adalah orang yang bertanggungjawab memandikan jenazah Nabi.

Aus Bin Khauli salah seorang daripada Bani Auf Bin Khazraj berkata kepada Ali: Demi Allah wahai Ali, kami juga ada bahagian untuk menguruskan Rasulullah SAW. Aus merupakan sahabat Rasulullah dan juga di antara ahli Badar.

Kata Ali: masuklah.

Maka Aus pun masuk, duduk dan turut memandikan Rasulullah SAW. Kemudian Ali menyandarkan jenazah Baginda ke dada beliau. Abbas, al-Fadhl dan Qutham memusingkan tubuh Baginda manakala Usamah Bin Zaid dan Syuqran kedua-duanya mencurahkan air. Pada masa yang sama Ali memandikan jenazah Rasulullah SAW.

Beliau menyandarkan tubuh Baginda ke dadanya dan pada tubuh Baginda ada qamis yang beliau gunakan untuk menggosok bahagian belakang Baginda. Tangan beliau langsung tidak menyentuh tubuh Baginda. Lalu Ali berkata : Demi ayah dan ibuku, engkau ketika hidup mulia dan ketika wafat pun mulia. Dan tidak dilihat pada jenazah Rasulullah sesuatu (yang buruk) yang ada pada jenazah orang lain.”

Rujuk Sirah Ibnu Hisyam (4/451)

Kesimpulannya, berdasarkan riwayat ini, ada 7 orang yang terlibat dalam memandikan jenazah Nabi SAW. Mereka itu ialah:

Ali Bin Abi Talib
Abbas Bin Abdul Muttalib
Al-Fadhl Bin Abbas
Qutham Bin Abbas
Usamah Bin Zaid
Syuqran Maula kepada Rasulullah
Aus Bin Khauli

DIEDIT DARI SUMBER ASAL

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/07/grd.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tarikh Nikah 20 Februari 2020 Itu Sekadar Gurauan Remy Ishak

Tarikh Nikah 20 Februari 2020 Itu Sekadar Gurauan Remy Ishak

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 372 hits
Gara gara bergurau mahu berkahwin pada 20 Februari 2020 pelakon Remy Ishak tidak sangka perkara itu dianggap serius oleh ramai sehingga kini dia tertekan apabila ada beberapa pihak termasuk segelintir peminat bertanyakan soal pernikahannya ...
Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Persekutuan Itu Seperti Rumah Yg Mempunyai 3 Bilik

Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Persekutuan Itu Seperti Rumah Yg Mempunyai 3 Bilik

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 410 hits
oleh S Abbas Saad Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Persekutuan itu seperti rumah yg mempunyai 3 bilik Bilik 1 Akaun Hasil Kerajaan Bilik 2 Akaun Amanah atau Kumpulan Wang Bilik 3 Akaun Deposit Bila terimaan bayaran GST dimasukkan ke dlm Bil...
Wapres Jk Kelemahan Masjid Itu Sound System Bergaung Karena Salah Pasang

Wapres Jk Kelemahan Masjid Itu Sound System Bergaung Karena Salah Pasang

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 258 hits
Wapres JK Kelemahan Masjid Itu Sound System Bergaung karena Salah Pasang Karena itu pihak DMI kata dia menyediakan 120 mobil operasi dan 500 teknisi
Jebat Itu Kasturi

Jebat Itu Kasturi

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 347 hits
Semua orang Melayu mesti tahu bahawa kasturi itu adalah sesuatu yang berbau harum Dan Hang Kasturi adalah salah seorang pahlawan Melaka yang terkenal Ironinya apabila Tedi periksa maksud Jebat ia dihampirkan kepada Kasturi kerana Jebat juga...
Betul Kah Tiada Provokasi Itu

Betul Kah Tiada Provokasi Itu

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 246 hits
kita tidak kata itu satu provokasi tetapi kami persoalkan ialah ahli parlimen bagan berniat jahat berbohong dan mengelirukan parlimen membuat tuduhan WANG GST TELAH DIROMPAK OLEH KERAJAAN LALU
2 Ekor Harimau Yang Ditemui Itu Mungkin Haiwan Peliharaan Perhilitan

2 Ekor Harimau Yang Ditemui Itu Mungkin Haiwan Peliharaan Perhilitan

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 452 hits
Dua ekor harimau yang ditemui berkeliaran di sekitar Kampung Besul Bukit Besi di Dungun pagi semalam berkemungkinan haiwan peliharaan berdasarkan sifatnya yang jinak kata Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Terenggan...
Najib Bising Sama Itu Artikel The Edge

Najib Bising Sama Itu Artikel The Edge

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 303 hits
Dua minggu lalu saya bongkar hutang terus negara dah cecah RM800 bilion Kerajaan PH membisu Penyokong PH pula kata saya bohong Sekarang media The Edge juga sahkan Hutang terus dah cecah RM800 bilion Naik RM117 bilion kepada RM804 bilion ber...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Flexibility In Business Operations


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu