Mandat Rakyat Mandat Suci



Mandat adalah kepercayaan bermuara daripada keyakinan dan amanah yang diberi kepada seseorang. Apabila seseorang itu dimandatkan atau diberi mandat bermakna ia membawa amanah dan pertanggungjawaban daripada yang memberi mandat. Mandat rakyat adalah suci kerana ia membawa harapan agar mandat yang diberi menjadi wahana menguruskan khazanah negara untuk kesejahteraan rakyat. Ia merupakan amanah yang perlu ditatang dengan penuh kesedaran. Pengkhianatan terhadap mandat rakyat adalah sinonim dengan pengkhianatan kepada amanah yang akhirnya akan dipertanggungjawabkan kepada Rabbul Jalil.
Dalam hal ini bila rakyat memberi mandat kepada seseorang dalam pilihan raya bermakna mandat itu menjadi alasan meneruskan kedudukan yang diberi sebagai wakil rakyat. Tanpanya terbatal keabsahan seorang wakil rakyat untuk kekal sebagai wakil rakyat walaupun bertukar wadah. Bila mandat tidak lagi mahu dipikul secara moral ia mesti dikembalikan balik kepada rakyat. Dia tidak berhak untuk mendakwa masih mewakili rakyat pada hal mandat rakyat telah dilepaskan.
Sayang sekali mandat rakyat kini jadi barang mainan. Setelah menang pilihan raya seolah ikatan dan pertanggungjawaban kepada rakyat tidak perlu dipedulikan lagi. Lalu wakil rakyat mengambil sikap dan tindakan sendiri untuk beralih parti atau wakil rakyat menjadi bebas.
Pada hakikatnya mandat adalah ikatan janji antara rakyat dan wakil rakyat. Ia merupakan janji yang dimeterai ketika berpartisipasi dalam pilihan raya. Janji itu membawa erti selagi mana wakil rakyat memenuhi janjinya untuk berkhidmat atas nama mandat rakyat, maka ia terus diterima untuk merangkul tanggungjawab. Tetapi apabila mengubah pendirian dan mengalih wadah daripada mandat yang diberi, maka jawatan wakil rakyat sudah tidak dapat diabsahkan lagi. Dalam erti kata lain, jawatan wakil rakyat perlu dikosongkan.
Memulangkan mandat balik kepada rakyat adalah kewajaran yang tidak boleh dielakkan. Amanah yang diberi telah dikhianati. Tidak mungkin segala kemudahan yang dinikmati atas nama wakil rakyat diteruskan padahal mandat rakyat telah dilepaskan. Wakil rakyat yang jujur tidak perlu ditambat dengan ikat janji dan bai’ah jika berpaling tadah. Benaknya sendiri harus menjadi panduan kepadanya untuk menyerah kembali mandat yang tidak lagi dipikul. Malah menyerah kembali mandat adalah lambang kemurnian jiwa seorang pemimpin apabila tidak lagi mampu membeban amanah.
 
Kuasa Malangnya politikus kini nampaknya dengan mudah mempermainkan mandat. Sedangkan satu-satunya yang ada pada rakyat adalah mandat. Sedapat boleh mandat ini perlu dihargai dengan sepenuh jiwa dan raga. Kerana kuasa rakyat dianggap keramat bukan disebabkan adanya kuasa ghaib di tangan rakyat akan tetapi adalah kerana pemimpin mendapat kuasa berpunca daripada rakyat.
Mandat rakyat merangkumi persoalan menguruskan nasib rakyat terpinggir, membangun kualiti hidup rakyat, membela rakyat terlantar dan dianiayai, mengangkat nasib golongan kurang upaya, membantu rakyat berpendapatan rendah, memperjuangkan untuk mereka yang lemah seperti buruh, pekerja, petani, nelayan, pendatang miskin.
Semua ini diuar-uarkan dalam manifesto pilihan raya. Ia suatu janji, janji yang dipercayai, janji yang akan ditunaikan.
Lalu bila menang atas tiket wadah yang dipertandingkan, nampaknya mandat rakyat tidak lagi menjadi pengikat. Setiap calon yang menyatakan komitmen untuk merealisasikan manifesto, seolah-olah merasai tidak ada hubungan lagi dengan rakyat. Lalu perhitungan untuk merebut peluang meraih posisi lebih selesa dan lebih selamat menjadi keutamaan. Wakil rakyat lebih mengutamakan apa kedudukan yang lebih menjaminkan masa depan politiknya. Bukan lagi untuk memelihara mandat rakyat.
Dengan yang demikianlah sekarang, gejala lompat parti, isytihar keluar parti dan mengumumkan memilih wadah dan aliran lain seolah-olah suatu yang lazim dalam politik Malaysia. Politik berprinsip, politik bermoral dan politik rakyat sudah menjadi terlalu asing dalam kamus politik dewasa ini. Malah sangat asing dan janggal jika ada yang memilih politik yang benar dan politik yang menegakkan kebenaran.
*Mohd Azmi Abd Hamid ialah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan Presiden Teras Pengupayaan Melayu
The post Mandat rakyat, mandat suci appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/27/mandat-rakyat-mandat-suci/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mandat-rakyat-mandat-suci

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Mandat Dicari Rakyat Pula Makin Benci

Jangan Mandat Dicari Rakyat Pula Makin Benci

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 452 hits
Seorang ahli parlimen Amanah berkata Pakatan Harapan tidak perlu membuka ruang untuk menghadapi musuh baru sebaliknya penting untuk mereka memberikan fokus ke arah sasaran yang sama Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof berkata satu m...
Tak Jadi Menteri Pun Tak Pa Asal Mandat Rakyat Dapat Balik Mat Sabu

Tak Jadi Menteri Pun Tak Pa Asal Mandat Rakyat Dapat Balik Mat Sabu

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 339 hits
Semua orang kenal Bang Mat suka berlawak Itulah dia yang menjadikan segenap lapisan orang selesa bergaul dengannya Lawak santainya merobohkan tembok pemisah antara dia dan kenalannya Ketika berucap secara serius pun Bang Mat sempat selitkan...
Tun M Bukan Orang Yang Boleh Diharapkan Untuk Dapatkan Mandat Rakyat

Tun M Bukan Orang Yang Boleh Diharapkan Untuk Dapatkan Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 414 hits
Apabila saya mendengar beberapa klip audio yang diviralkan tentang pandan Tun M terhadap Anwar juga Dap saya tidak percaya kesemuanya dlm audio ini tetapi sukar nak tolak kesemuanya Apa pun hakikatnya kita dah pernah beri dia peluang jadi P...
Gabungkan Kekuatan Ph Formula Utama Pulangkan Mandat Rakyat

Gabungkan Kekuatan Ph Formula Utama Pulangkan Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 243 hits
Pimpinan utama Pakatan Harapan wajib bersama membentuk kembali kekuatan untuk menyelamatkan negara dan memulangkan semula mandat rakyat yang dirompak di tengah jalan Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional Abbas Azmi berkata formula utama menjaya...
Mandat Rakyat Bertanding Pun Tak Berani

Mandat Rakyat Bertanding Pun Tak Berani

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 222 hits
Pemimpin PH hilang kepercayaan diri sendiri ahli putus harapan July 3 2020PAKATAN Harapan sedar mereka tidak boleh lagi kalah dalam PRK di Chini Ia akan mengaibkan PH Tetapi mereka sedar mereka akan kalah Untuk jaga rekod buruk mereka menja...
Ambil Semula Mandat Bukan Gila Kuasa Hanya Selamatkan Rakyat

Ambil Semula Mandat Bukan Gila Kuasa Hanya Selamatkan Rakyat

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 348 hits
Mandat yang telah dirampas dari Pakatan Harapan oleh kerajaan tebuk atap menyebabkan pelbagai penyelewengan dalam perlantikan jawatan GLC dan pembaziran berlaku Oleh itu menurut Presiden AMANAH Mohamad Sabu usaha Pakatan Harapan Plus untuk ...
Pulihkan Mandat Rakyat Ph Mesti Pastikan Niat Murninya Berjalan Lancar

Pulihkan Mandat Rakyat Ph Mesti Pastikan Niat Murninya Berjalan Lancar

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 266 hits
Politik negara telah sampai kepada satu tahap antiklimaks dengan tertegaknya kerajaan tanpa mandat rakyat Setelah berhempas pulas kekuatan reformasi dan selamatkan negara menerjah badai politik kemenangan PH dikhianati oleh rakannya sendiri...
Video Terus Usaha Kembalikan Mandat Rakyat Ph Kekal Sepasukan

Video Terus Usaha Kembalikan Mandat Rakyat Ph Kekal Sepasukan

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 210 hits
Datuk Seri Anwar memberi jaminan Pakatan Harapan kekal utuh biar pun ada sedikit perbezaan pendapat mengenai cara mengambilalih Kerajaan Persekutuan yang baharu Anwar menegaskan tidak timbul keketapan dengan menolak Tun Mahathir sebagai cal...
Beri Mandat Kepada Rakyat Untuk Elak Elit Politik Mencari Faedah

Beri Mandat Kepada Rakyat Untuk Elak Elit Politik Mencari Faedah

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 223 hits
SHAHRIR ABDUL SAMAD APABILA ketidaktentuan politik berlaku cara terbaik adalah dengan menyerahkan semula kuasa penentuan kepada rakyat untuk memutuskan pihak yang patut menerima mandat yang baru Ketua UMNO Bahagian Johor Bharu Tan Sri Shahr...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi