Mana Segala Macam Jentera Komunikasi Kerajaan Hang Ni Reti Jaga Pmx Atau Tidak




Berikutan tindakan Anwar Ibrahim yang enggan menjawab pertanyaan media mengenai kejatuhan nilai ringgit yang paling rendah dalam tempoh 26 tahun, tetapi kemudian didapati dengan senang hati menerima pelawaan untuk menyanyikan lagu Azizah di sebuah acara di Melaka, akibatnya berdentam-dentum bak gegak gempita mercun datang hentaman yang menimpanya.


Sejak dua tiga hari lalu, terutama di TikTok, pelbagai bentuk serangan terlihat meriah menghenyak Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan atas isu tersebut.


Di platform media sosial lain, termasuk beberapa podcast, masing-masing turut tidak melepaskan peluang melanyak lagi Anwar atas apa yang terjadi itu.


Hampir semuanya menyalahkan Anwar yang dianggap telah menunjukkan sikap tak sepatutnya dan langsung tidak resah atas kapasiti beliau selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan atas kejatuhan nilai ringgit yang sedang berlaku.


Selain mengelak soalan dan enggan menjawab soalan media, langkah susulan daripada segi rancangan mengatasinya atau setidak-tidaknya mengadakan mesyuarat, juga langsung tidak kedengaran.


Hakikatnya, dalam isu kejatuhan ringgit ini, tidak ada orang lain yang lebih layak dan paling sesuai memberi pandangan bagi pihak kerajaan, melainkan Anwar selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.


Tambahan lagi dalam konteks Anwar, kedua-dua jawatan berada di dalam rangkulannya.


Dalam semua keadaan itu, dapatan di media sosial jelas mendapati Anwar menerima serangan dan hentaman yang paling teruk sekali sejak beliau bergelar Perdana Menteri.


Persoalannya, di mana segala macam jentara komunikasi dan media pro kerajaan untuk mempertahanlan Anwar?


Sekurang-kurangnya ada dua kelompok komunikasi dan media yang sepatutnya berperanan mempertahan dan melndungi. Anwar dalam hal ini – satu di bawah Menteri Komunikasi dan satu lagi di bawah Unit Komunikasi dan Media PMO sendiri.


Kenapa hampir tiada ternampak usaha mempertahan dan melindungi Perdana Menteri?


Pernahkah kedua-dua kelompok berkenaan mengadakan mesyuarat dan perbincangan untuk membina naratif bagaimana Perdana Menteri harus dipertahan dan dilindungi?


J-Kom yang masih menunggu kehadiran Ketua Pengarah baru pun takkan goyang kaki saja melihat Perdana Menteri dibalun bertubi-tubi?


Atau semua mereka ini tak peduli dan tak kisah pun dengan serangan terhadap Anwar itu?


Ketika Najib Razak jadi Perdana Menteri dahulu, beliau diketahui memang mempunyai jentera media dan komunikasi yang besar, malah difahamkan pembiayaannya juga besar.


Namun, bersama kebangkitan rakyat dan isu-isu yang timbul ketika itu tidak ditepis dengan sebaik mungkin, Najib hilang kuasa akhirnya pada PRU14 lalu.


Selepas kekalahannya, dalam sebuah majlis, beliau secara terbuka menyebut, pasukan media maya yang bersamanya ketika beliau berkuasa dahulu hanyalah “menghabiskan beras” semata-mata.


Anwar baru menjadi Perdana Menteri selama 15 bulan dan sebelum apa yang berlaku kepada Najib itu menimpanya, elok jika beliau dapat segera menjerit kepada segala jentera media dan komunikasi yang ada di kelilingnya sepertimana beliau pernah menempik kepada pemimpin sebelum ini dalam isu kejatuhan ringgit – hang ni reti buat kerja atau tidak? – ShahbudinHusin 23/02/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/02/23/mana-segala-macam-jentera-komunikasi-kerajaan-hang-ini-reti-jaga-pmx-atau-tidak.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/02/mana-segala-macam-jentera-komunikasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana La Tak Jatuh Cinta Cinta Pandang Pertama Video Lee Jaewook Jaga Karina Aespa Tular

Macam Mana La Tak Jatuh Cinta Cinta Pandang Pertama Video Lee Jaewook Jaga Karina Aespa Tular

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 215 hits
Sah sedang bercinta video interaksi antara Lee Jae wook dan Karina aespa kembali tular ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 27 Februari agensi telah mengesahkan bahawa Lee Jae wook dan Karina sedang mengenali antara satu sama lain kini dan sering...
Kedah Lagu Mana Pmx Depa Kata Ok Dah Semua Elok Kalau Pi Loq Swtaq Kepala Penuh Kaki Ketaq

Kedah Lagu Mana Pmx Depa Kata Ok Dah Semua Elok Kalau Pi Loq Swtaq Kepala Penuh Kaki Ketaq

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 202 hits
Mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke 142 di Putrajaya hari ini Mesyuarat ini menyentuh beberapa perkara antaranya melibatkan pembangunan negeri dan kesejahteraan serta ekonomi rakyat MalaysiaMADANI
Anjing Kesayangan Atau Calon Isteri Mana Satu Yang Perlu Diutamakan

Anjing Kesayangan Atau Calon Isteri Mana Satu Yang Perlu Diutamakan

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 183 hits
Anjing kesayangan atau bakal isteri yang mana perlu diutamakan dulu MY PUPPY Siapa pencinta haiwan korang wajib tengok filem ni Serious best gaiss Kisah pasal seorang lelaki berdepan pilihan sukar dalam hidupnya apabila dia perlu memilih an...
Harga Beras Nak Kutuk Kerajaan Pun Patut Patut La Kerajaan Pn Dulu Tak Baik Mana Pun

Harga Beras Nak Kutuk Kerajaan Pun Patut Patut La Kerajaan Pn Dulu Tak Baik Mana Pun

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 171 hits
Che IbrahimKesian la ke pesawah dan petani mereka pun ada keperluan dan tanggungan hidup juga Serba benda nak murah kalau mari dari titik peluh orang kampung Yang bagi pandangan atas ni tak cerdik gayanya Dia nak murah ja Mengkedaqah anak b...
Buat Salah Macam Mana Pun Anak Tetaplah Anak Video Abby Abadi Peluk Cium Marissa Undang Sebak Netizen

Buat Salah Macam Mana Pun Anak Tetaplah Anak Video Abby Abadi Peluk Cium Marissa Undang Sebak Netizen

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 151 hits
Satu perkongsian video daripada pelakon Abby Abadi di laman Instagram miliknya telah mengundang pelbagai respon dalam kalangan warga maya
4 Fasa Kewangan Stabil Atau Sebaliknya Cuba Check Korang Berada Di Tahap Yang Mana

4 Fasa Kewangan Stabil Atau Sebaliknya Cuba Check Korang Berada Di Tahap Yang Mana

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 258 hits
Adakah korang rasa kewangan korang ni stabil je sekarang Apa kata korang check fasa kewangan korang di tahap fasa yang mana satu Check di bawahFASA 1 FINANCIAL MESS Hutang yang banyak Pendapatan belum stabil tetap Berbelanja melebihi pendap...
Jentera Komunikasi Ok Menteri Kena Tukar

Jentera Komunikasi Ok Menteri Kena Tukar

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 155 hits
Hari ini hadir menyempurnakan penutupan Permukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Unit Komunikasi Korporat yang menjadi kesinambungan daripada Permukiman Jemaah Menteri bulan lalu Saya letakkan jangkaan amat tinggi terhadap prestasi dan gerak ...
Rasa Masakan Korea Soondubu Jigae Beef Di Dubuyo

China S President To Host Official Dinner For Anwar

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Tip Mudah Santan Berketul Jadi Elok Semula Letak Sehelai Daun Ini Saja

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

India Secebis Kenangan Di India Random Photos


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Kisah Care Giver

Building Dreams One Brick At A Time Legoland Malaysia Resort Welcomes Malaysia S First Master Model Builder

Pilih Minyak Wangi Ikut Personaliti Korang

Kalendar Kuda 2025 Malaysia

Makan Yong Tau Foo Taiping

Layanan Samsat Batam Centre Kemudahan Dan Kecepatan Dalam Pelayanan Pajak Kendaraan