Malu Lah Peminat Kecewa Minho Shinee Buat Tak Endah Teguran Sokong Jenama Diboikot
Susah sangat ke nak peka dengan isu global yang jadi bualan kini?
ARTIKEL BERKAITAN
Choi Minho Cabar Diri Berlakon Filem Seram 'New Normal'
Rasanya semua sedia maklum bahawa ramai yang sedang memboikot jenama popular seluruh dunia tambahan kopi kegemaran ramai kerana isu serangan Israel ke atas Palestin untuk merebut tanah mereka di mana beberapa dari jenama ini telah memberikan dana buat konflik berkenaan.
Terbaru, SHINee telah membuat persembahan di Jepun untuk ‘SHINee WORLD VI [PERFECT ILLUMINATION] JAPAN FINAL LIVE in TOKYO DOME’. Di samping menyertai konsert, ahli seperti Minho dilihat seronok berjalan ke sana dan ke mari sambil menjelajah negara berkenaan.
Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah foto diselitkan oleh idola itu di dalam Instagram miliknya. Rata-ratanya mengeluh apabila melihat Minho dengan yakin meminum air kopi dari cawan jenama yang diboikot ramai kini.
View this post on Instagram
A post shared by 최민호 (@choiminho_1209)
Menjengah ke ruangan komen,
Minho semua orang sedang boikot jenama itu, tolong lah dengar rintihan peminat antarabangsa.
Bukan jenama itu…
Tolonglah berhenti malukan kami..
Kita tengah boikot jenama tu lah.
Tolonglah, jenama tu beri jana untuk pembunuhan beramai-ramai di Palestin.
Meskipun ramai yang menegur idola itu sejak entri itu dimuat naik sejak 15 jam lalu, namun sepertinya Minho tidak memberikan sebarang reaksi atau memadam hantaran berkenaan.
Sedihnya..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Malu Lah..” – Peminat Kecewa Minho SHINee Buat Tak Endah Teguran Sokong Jenama Diboikot first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/malu-lah-peminat-kecewa-minho-shinee-buat-tak-endah-teguran-sokong-jenama-diboikot/