Malaysia Merdeka Ke 64
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Kali Yang Ke-64 Tahun. Pada tanggal 31 Ogos 2021 sambutan Hari Kemerdekaan atau disebut juga Hari Kebangsaan masih disambut dalam norma baharu sama macam tahun lepas juga.
Kedengaran jugalah sedas dua das bunyi mercun bunga api sayup sayup tepat jam 12:00 tengah malam tadi. Walaupun tak ada sambutan kiraan detik jam 12:00 tengah malam sambut merdeka ramai ramai seperti biasa. Bunyi bunga api mercun tu dah cukup meriah jugalah.
Lokasi sambutan kemerdekaan tahun 2021 akan diadakan di Dataran Pahlawan Negara Putrajaya. Yang menariknya ada pertunjukan udara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021.
Orang awam boleh meraikan sambutan Hari Merdeka Melaysia secara maya dan menyaksikan pertunjukan udara yang akan disiarkan secara langsung di televisyen.
baca juga : lirik lagu tanggal 31
Mengenang zaman kanak-kanak dulu suka tengok perbarisan dan kereta berhias semua tu. Dalam TV je lah tapi. Tak pernah lansung tengok depan depan live kat mana-mana.
Tepek gambar lama je lah mampu. ulang gambar yang sama. who's gonna know
Tema dan logo rasmi Hari Kebangsaan Kemerdekaan Malaysia 2021 Tema dan logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke-64 dikekalkan sepertimana yang diperkenalkan pada tahun lepas, 2020.
baca juga : Logo Merdeka Ke-64 dan maksudnya disebalik logo
Tema Hari Merdeka Ke-64 adalah 'Malaysia Prihatin' sempena menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia dalam mengharungi cabaran dan dugaan disebabkan oleh pandemik covid-19
Sambutan lain, semalam 30 Ogos 2021 satu program QuranHour juga telah diadakan selama 1 jam dari 12pm sehingga 1pm secara lansung di saluran TV Alhijrah.
Semoga sambutan Hari Kemerdekaan yang didahului dengan dengan Al-Quran dapat menjadikan masyarakat merdeka dan bebas berlandaskan Al-Quran. Serta berbekalkan kekuatan Al-Quran itu sendiri untuk kita menempuhi kehidupan yang lebih baik.
Semoga kita juga akan menikmati hidup bebas tanpa COVID-19 tak lama lagi. Aaminn...
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan selamat bercuti semua
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/08/malaysia-merdeka-ke-64.html