Malaysia Catat 18 Kes Baharu Covid 19 Jumlah 117 Kes


Sebanyak 18 kes baharu Covid-19 dilaporkan sehingga 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 117 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Satu daripada kes baharu iaitu kes 101 melibatkan seorang lelaki yang baru pulang dari Iran.

“Kes bersama dengan rakan perniagaan beliau telah ke Iran pada 20 Februari sehingga 27 Februari 2020. Kes telah dikesan bergejala pada 5 Mac 2020 dan disahkan positif Covid-19 pada 8 Mac 2020.

“Kini, kes telah dirawat dan dimasukkan ke wad isolasi Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kontak-kontak rapat bagi 18 kes baharu sedang dikenal pasti untuk siasatan dan pengambilan sampel selanjutnya.

Beliau berkata, daripada 117 kes positif di Malaysia kini, 19 kes dikesan dalam kalangan pesakit dalam siasatan (PUI) jangkitan Covid-19, 96 kes daripada kalangan kontak rapat dan dua kes lagi melibatkan individu Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Membawa Pulang Rakyat Malaysia dari Wuhan, China.

“Dua kes yang dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam masih berada di unit sama dan memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada pesakit yang berada di ICU adalah kritikal atau sebaliknya, Dr Noor Hisham berkata dua kes positif yang dirawat di ICU adalah di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Sultanah Aminah.

Malaysia kini berada dalam gelombang kedua Covid-19 sejak 27 Februari, dengan indeks kes 23 hingga 117, hanya enam kes yang dilaporkan melibatkan kalangan PUI dan mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

“Kes-kes lain pula melibatkan kluster yang terdiri daripada kontak-kontak rapat dan mempunyai perkaitan antara sama lain,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan telah menjalankan survelan Covid-19 bagi mengesan kes terpencil atau sporadik di Malaysia melalui pesakit influenza-like-illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) yang tiada kaitan dengan sejarah perjalanan ke negara-negara yang terjejas atau kontak dengan kes positif Covid-19.

Sehingga 9 Mac, sebanyak 574 sampel telah diuji melibatkan 136 pesakit SARI dan 438 (ILI), yang setakat ini tiada sampel dikesan positif jangkitan Covid-19.

“Berdasarkan maklumat semasa, buat masa ini tiada kes sporadik Covid-19 yang dikesan melalui aktiviti survelan ini,” kata Dr Noor Hisham.

Mengulangi nasihat agar orang awam sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi dan sekiranya bergejala mengelakkan diri daripada mengunjungi tempat-tempat awam, beliau berkata, dua kaedah mudah itu terbukti mampu mengurangkan penularan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh titisan sekresi pernafasan dalam kalangan komuniti.

“Kaedah ini merupakan satu kaedah yang digunakan oleh China semasa menghadapi wabak Covid-19 dan ia merupakan satu penyumbang pengurangan kes Covid-19 di China,” kata Dr Noor Hisham.

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysia juga sedang memantau penularan kes Covid-19 di Amerika Syarikat, Perancis, Switzerland dan Sepanyol. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/03/malaysia-catat-18-kes-baharu-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 28 Kes Baharu Malaysia Catat Peningkatan Tertinggi Dalam Sehari

Covid 19 28 Kes Baharu Malaysia Catat Peningkatan Tertinggi Dalam Sehari

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 302 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia pada Jumaat mengesahkan 28 lagi kes baharu positif COVID 19 Ketua Pengarah KKM Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah kes positif COVID 19 di negara ini adalah sebanyak 83 kes setakat pukul...
Status Terkini Jumlah Kes Covid 19 Di Malaysia

Status Terkini Jumlah Kes Covid 19 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 280 hits
Status terkini jumlah bilangan kes COVID 19 dan kematian akibat COVID 19 di Malaysia Berikutan wabak COVID 19 yang telah diklasifikasikan sebagai pandemik dan semakin menular di Malaysia kami mengambil inisiatif untuk memaparkan jumlah kes ...
Covid 19 Catat 14 Kes Baru Netizen Kesal Orang Malaysia Masih Tegar Melancong Luar Negara

Covid 19 Catat 14 Kes Baru Netizen Kesal Orang Malaysia Masih Tegar Melancong Luar Negara

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 384 hits
Dalam pada kita sibuk dengan isu isu politik sebenarnya tanpa kita sedari bahawa kini kes koronavirus sudah semakin bertambah Menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia setakat ini sudah terdapat 14 kes baharu sekaligus mencata
Covid 19 Satu Kes Baharu Jumlah Keseluruhan 90 Kes Di Singapura

Covid 19 Satu Kes Baharu Jumlah Keseluruhan 90 Kes Di Singapura

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 289 hits
Singapura Satu kes baharu jangkitan COVID 19 disahkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura hari ini dengan menjadikan jumlah 90 kes dilaporkan setakat ini di republik itu MOH dalam kenyataan berkata kes terbaru itu membabitkan seorang wanit...
Covid 19 China Catat 125 Kes Baharu 2 943 Kematian

Covid 19 China Catat 125 Kes Baharu 2 943 Kematian

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 287 hits
SHAH ALAM 3 MAC China merekodkan 125 kes jangkitan Covid 19 sehingga semalam turun berbanding 202 kes yang direkodkan kelmarin kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan Penurunan mendadak jangkitan didorong oleh kemerosotan kes di Wuhan bandar ...
Jumlah Jangkitan Covid 19 Di Thailand Meningkat 32 Kes Baharu Dilaporkan

Jumlah Jangkitan Covid 19 Di Thailand Meningkat 32 Kes Baharu Dilaporkan

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 441 hits
Thailand melaporkan 32 kes koronavirus baharu pada hari ini yang membawa jumlah jangkitan di negara itu kepada 114 orang Menurut pegawai kesihatan ia merupakan kes terbesar harian di Thailand yang merupakan salah satu negara pertama di luar...
Lagi 20 Kes Terbaru Covid 19 Jumlah Keseluruhan 149 Kes Di Malaysia

Lagi 20 Kes Terbaru Covid 19 Jumlah Keseluruhan 149 Kes Di Malaysia

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 280 hits
Putrajaya 11 Mac Kementerian Kesihatan mengesahkan 20 kes terbaru COVID 19 hari ini di Malaysia menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 149 kes Menurut kenyataan media kontak rapat bagi kesemua 20 pesakit sedang dikesan bagi mengenalpasti punc...
Covid 19 Singapura Catat 12 Kes Baharu Lapan Kes Import

Covid 19 Singapura Catat 12 Kes Baharu Lapan Kes Import

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 260 hits
SINGAPURA 12 MAC Kementerian Kesihatan Singapura pada Rabu melaporkan 12 lagi jangkitan virus Covid 19 dengan lapan daripadanya adalah kes import Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu setakat ini ialah 178 Menurut kenyataan ...
Covid 19 Mesir Mengesahkan 33 Kes Baharu

Covid 19 Mesir Mengesahkan 33 Kes Baharu

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 344 hits
KAHERAH Mesir mengesahkan 33 kes baharu wabak coronavirus semalam membabitkan sebuah kapal persiaran Sungai Nil Menteri Kesihatan Hala Zayed memberitahu wartawan kesemua kes baharu itu tidak menunjukkan sebarang simptom virus Daripada 12 ke...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment