Maksud Golongan B40 M40 T20


MAKSUD GOLONGAN B40 M40 & T20

Apa yang di maksud kan dengan Golongan B40 M40 dan T20?
Istilah-istilah ini digunakan oleh kerajaan untuk membahagikan rakyat Malaysia kepada kumpulan atau golongan berdasarkan pendapatan isi rumah*.
B40, M40 dan T20 adalah masing-masing singkatan kepada Bottom 40%, Middle 40% dan Top 20%. % (peratus) dalam istilah ini merujuk kepada nisbah bilangan isi rumah dalam setiap kumpulan berbanding jumlah keseluruhan bilangan isi rumah (household) di Malaysia (yang mewakili keseluruhan penduduk Malaysia).
Untuk menentukan julat pendapatan bagi setiap kumpulan, setiap isi rumah di senaraikan mengikut pendapatan, bermula dengan isi rumah yang berpendapatan paling tinggi diletakkan di kedudukan paling atas sehinggalah isi rumah yang berpendapatan paling rendah di kedudukan paling bawah.
Kemudian barulah jumlah isi rumah ini dibahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian 20% paling atas, 40% pertengahan dan 40% paling bawah.
Maksudnya, pendapatan isi rumah bulanan penengah bagi kumpulan terendah 40% (B40), kumpulan pertengahan 40% (M40) dan kumpulan tertinggi 20% (T20).
Ini adalah hasil daripada kaji selidik Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR & KA) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Kajian PPIR & KA dikendalikan 2 kali setiap lima tahun dan pada masa ini Jabatan Perangkaan Malaysia sedang mengendalikan kajian ini di seluruh negara.
KENALI KONSEP & ISTILAH ISI RUMAH,PENERIMA PENDAPATAN,PENDAPATAN ISI RUMAH,PENDAPATAN PENENGAH ISI RUMAH & PENDAPATAN PURATA ISI RUMAH
ISI RUMAH: Seseorang atau sekumpulan orang (berkaitan atau tidak berkaitan) yang biasanya hidup bersama di tempat tinggal dan membuat peruntukan (perbelanjaan) untuk keperluan makanan dan lain-lain keperluan bersama. Pada tahun 2016, saiz purata isi rumah Malaysia ialah 4.1 orang.
PENERIMA PENDAPATAN: Ahli isi rumah yang menerima pendapatan dalam tempoh masa rujukan kajian, serta dengan sekurang-kurangnya satu penerima pendapatan. Pada 2016, purata penerima pendapatan di Malaysia adalah 1.8 orang.
PENDAPATAN ISI RUMAH: Pendapatan keseluruhan yang diperoleh oleh ahli isi rumah, sama ada secara tunai atau jenis, dan boleh dirujuk sebagai pendapatan kasar. Pada tahun 2016, purata pendapatan purata bulanan di Malaysia ialah RM5,228 dan RM6,958.
PENDAPATAN PENENGAH ISI RUMAH: Adalah pendapatan pendapatan “pertengahan” dalam pelbagai pendapatan isi rumah, diatur dari rendah ke tinggi. Sebagai contoh, di Taman Bintang, terdapat lima pendapatan isi rumah iaitu RM5,000, RM10,000, RM15,000, RM20,000, dan RM25,000; Pendapatan isi rumah median ialah RM15,000. penengahan digunakan kerana ia mewakili kawasan yang lebih tepat daripada nombor purata.
PENDAPATAN PURATA ISI RUMAH : Adalah nombor pendapatan “purata” di mana semua pendapatan isi rumah ditambah dan dibahagikan dengan bilangan isi rumah.

DEFINISI KUMPULAN PENDAPATAN B40,M40 & T20
Siapa golongan B40, siapa golongan M40 dan siapa pula golongan T20 di Malaysia? Takrif isi rumah mengikut kumpulan pendapatan T20, M40 dan B40 yang diguna pakai di Malaysia adalah seperti berikut:
B40 (Bottom 40%)
B40 ialah golongan berpendapatan rendah.
B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang berada pada kedudukan paling bawah dari aspek pendapatan isi rumah (berpendapatan terendah).
Baca tentang CARA BUAT SEMAKAN BSH 2020
Isi rumah yang tergolong dalam kumpulan B40 ialah yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850.**
Kumpulan isi rumah B40 juga merangkumi isi rumah Miskin dan Miskin Tegar. Isi rumah Miskin adalah kelompok yang berpendapatan kurang daripada paras nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) nasional, manakala Isi rumah Miskin Tegar adalah kumpulan yang berpendapatan kurang daripada paras PGK makanan.
Nilai purata PGK nasional ialah RM2,208 sebulan manakala purata nilai PGK makanan adalah RM1,038 sebulan.
B40 merupakan golongan sasar kepada sebahagian besar program-program bantuan kerajaan seperti Bantuan Sara Hidup Rakyat BSH, skim kesihatan PeKa B40, skim takaful mySalam dan subsidi bil elektrik (miskin dan miskin tegar sahaja).
Baca tentang CARA PEMBAYARAN BSH 2020
M40 (Middle 40%)
M40 ialah golongan berpendapatan sederhana.
M40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang berada pada kedudukan pertengahan dari aspek pendapatan isi rumah (berpendapatan pertengahan).
Mereka yang termasuk dalam golongan M40 ialah yang berpendapatan isi rumah di antara RM4,850 hingga RM10,959 sebulan.**
T20 (Top 20%)
T20 ialah golongan berpendapatan tinggi.
T20 merujuk kepada 20% isi rumah di Malaysia yang berada pada kedudukan teratas dari aspek pendapatan isi rumah (berpendapatan tertinggi).
Isi rumah yang tergolong dalam M40 ialah yang berpendapatan bulanan RM10,960 atau lebih.**
Diharap info mengenai definisi B40, M40 dan T20 ini menjawab persoalan apakah yang dimaksudkan dengan kumpulan pendapatan B40, M40 dan T20 yang sering disebut-sebut oleh para menteri dan media massa.
* Isi Rumah ditakrifkan sebagai seseorang atau sekumpulan orang yang bersaudara atau orang yang tidak bersaudara yang biasanya tinggal bersama dan membuat peruntukan yang sama untuk makan dan keperluan hidup yang lain.
** Had pendapatan kumpulan isi rumah adalah berdasarkan kepada Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah & Kemudahan Asas 2019. Jumlah pendapatan bagi setiap gologan akan berubah setiap tahun bergantung kepada pertumbuhan ekonomi.
The post MAKSUD GOLONGAN B40 M40 &T20 appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/maksud-golongan-b40-m40-t20.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Memilih Kereta Ikut Kemampuan Golongan B40 M40 T20

Panduan Memilih Kereta Ikut Kemampuan Golongan B40 M40 T20

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 911 hits
Panduan asas memilih kereta mengikut kemampuan Adakah anda membeli kereta yang anda perlu mengikut gaji atau menambah pendapatan mengikut kereta yang anda mahu Kereta B40Pendapatan isi rumah golongan B40 adalah RM3 000 Kereta yang sihat bag...
Maksud B40 M40 T20 Terkini Mengikut Pengelasan Baharu Isi Rumah 2020

Maksud B40 M40 T20 Terkini Mengikut Pengelasan Baharu Isi Rumah 2020

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 2210 hits
Maksud B40 M40 T20 Terkini Ini Pengelasan Baharu Isi Rumah 2020 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Sejak PKP haritu sehinggalah pengumuman bantuan khas kerajaan bantuan prihatin nasional bantuan sara hidup makin ramai yang ambil ta...
Jabatan Perangkaan Kumpulan Isi Rumah B40 M40 T20 Terbahagi Pada 10 Kategori

Jabatan Perangkaan Kumpulan Isi Rumah B40 M40 T20 Terbahagi Pada 10 Kategori

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 731 hits
SHAH ALAM 15 JULAI Kumpulan isi rumah B40 M40 dan T20 boleh diperincikan kepada 10 kategori berdasarkan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 menurut Jabatan Perangkaan Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata...
Saran Lanjut Moratorium Secara Automatik Kepada B40 M40

Saran Lanjut Moratorium Secara Automatik Kepada B40 M40

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 192 hits
HAH ALAM Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia menggesa kerajaan melanjutkan moratorium secara automatik sekurang kurangnya selama enam bulan lagi kepada semua isi rumah B40 dan M40 di negara ini Setiausaha Agung MTUC J Solomon berkata kerajaan...
Lebih Banyak Langkah Fiskal Diperlukan Bantu Golongan Terdedah Dr Jomo

Lebih Banyak Langkah Fiskal Diperlukan Bantu Golongan Terdedah Dr Jomo

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 239 hits
KUALA LUMPUR 16 JULAI Lebih banyak langkah fiskal diperlukan di Malaysia yang mensasarkan golongan yang terdedah dan pekerja di sektor bukan formal untuk membantu segmen ini daripada krisis ekonomi disebabkan penularan Covid 19 Langkah lang...
Gaji Ke 13 Pns Akan Cair Agustus Ini Golongan Yang Akan Mendapatkannya

Gaji Ke 13 Pns Akan Cair Agustus Ini Golongan Yang Akan Mendapatkannya

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 140 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati mengumumkan gaji ke 13 tahun 2020 direncanakan cair pada bulan Agustus mendatang Hal tersebut ia sampaikan dalam gelaran Konferensi Pers Kebijakan Gaji Ke 13 Tahun 2020 yang disiarkan langsung lewat ch...
Bantu Golongan Tak Mampu Beli Pelitup Muka Sebelum Diwajibkan

Bantu Golongan Tak Mampu Beli Pelitup Muka Sebelum Diwajibkan

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 319 hits
SHAH ALAM 22 JULAI Kerajaan perlu memikirkan langkah bagi membantu golongan tidak berkemampuan membeli pelitup muka sebelum mewajibkan pemakaiannya di tempat awam kata Ahli Dewan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze berkata ia berikutan p...
Permohonan Dermasiswa B40 Daripada Jpa Bermula 13 19 Julai

Permohonan Dermasiswa B40 Daripada Jpa Bermula 13 19 Julai

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 612 hits
JPA mempelawa kepada pelajar lepasan SPM untuk memohon JPA Dermasiswa B40 terutamanya bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma dan TVET Program penajaan dalam bentuk dermasiswa ini mensasarkan bagi pelajar daripada lat...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Reaching Out



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Makanan Perlis Paling Popular

Tafsir Mimpi Gajah

Panduan Produk Kesihatan

Grab Nanyang Siang Pau 27 04 2024

Selamat Hari Gawai Maksud Dan Contoh Ucapan

Piala Thomas 2024 Senarai Pemain Malaysia Jadual Live