Maksud Dan 12 Kelebihan Mengamalkan Ayat Kursi Dalam Kehidupan Seharian


Maksud Dan 12 Kelebihan Mengamalkan  Ayat Kursi Dalam Kehidupan Seharian | Salam semua, ayat Kursi adalah ayat 255 dari surah Al - Baqarah  dan digelar juga " Penghulu Segala Ayat Al - Quran . Sis rasa ramai yang tahu tentang banyak nya fadhilat jika kita sendiri amalkan ayat Kursi dalam kehidupan seharian. Ayat Kursi diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi oleh beribu - ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. 
Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi halangan dalam perjuangan mereka.


Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Ziad Bin Tsabit ( penulis Al - Quran ) agar menulis serta menyebarkannya. 


Maksud Perkataan Kursi Ayat ini disebut ayat Kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan "Kursi" yang bermaksud " Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat". Iaitu syiar atas kebesaran tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi. 

Maksud Ayat Kursi Dari  Surah Al Baqarah Ayat 255 

Sebut ayat kursi, ada juga yang tanya ayat Kursi dalam surah apa. Ayat Kursi adalah dari surah Al Baqarah ayat 255 dalam Al Quran. Berikut adalah maksud terjemahan ayat Kursi


Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.

Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Bacaan Ayat Kursi Dalam Rumi Yang ini untuk mudahkan bacaan dalam rumi. 

Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum

La ta’khuzhuhu sinatun wa la nawm,

lahu ma fis-samawati wa ma fil-‘ard

Man zhal-lazhi yashfa’u ‘indahu illa bi-izhnihi

Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,

wa la yuhituna bi shai’im-min ‘ilmihi illa bima sha’a


Wasi’a kursiyuhus-samawati wal ard,

wa la ya’uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal ‘Aliyul-Azheem
Kelebihan Membaca Ayat Kursi Dalam Kehidupan SeharianSelalunya kita dengar nak baca ayat Kursi ini baca sebelum nak tidur. Tapi sebenarnya banyak kelebihan lain bila ayat Kursi diamalkan dalam kehidupan seharian. 

Berikut beberapa keistimewaan atau kelebihan ayat kursi:
1. Amalkan Baca Selepas Solat Fardu Abi Umamah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.” (Riwayat al-Thabarani dan al-Nasa’ie – dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban)
2. Dicerdaskan Akal Fikiran Dan Dimudahkan Menerima IlmuSyeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.”
3. Hidup Berjiwa TauhidMengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.
4. Diberikan Pertolongan Dalam Segala HalSyeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
5. Baca ayat Kursi 50 kali Atau Sebanyak 170 kali, Musuh Tidak Akan MelihatnyaSyeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
6. Baca Ayat Kursi 1000 Kali Dalam Sehari Semalam Selama 40 Hari Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).
7. Terhindar Dari Kesukaran Duniawi Dan UkhrawiImam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
8. Baca Ayat Kursi Sebanyak Anggota Sujud ( 7 Kali ) Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulullah SAW.
9. Baca Ketika Hendak Tidur, Menjadi Penjaga Dan Pelindung Syaitan Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
10. Baca 7 kali Ayat Kursi Dan 7 Kali Bagi Setiap 3 Qul Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qul selepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.
11. Amalkan baca Ayat Kursi 7 kali sebelum Keluar RumahSetiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya:
12. Terselamat Dari Segala Kejahatan Dari Jin, Syaitan Dan Manusia Terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.
Kesimpulan kat sini, kelebihan membaca ayat Kursi ini banyak. Kalau dah dijadikan amalan dalam kehidupan , InsyaAllah terhindar dari segala masalah. Semoga Kita jadikan ayat- ayat dalam Al Quran ini sebagai satu amalan dan semoga Allah terima amalan kita. 
Baca : Solat Terbatal Tengah Solat, Bagaimana Nak Keluar Dari Jemaah Dan Saf

Kredit : https://akuislam.com/blog/ayat-kursi/







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2021/01/maksud-dan-kelebihan-mengamalkan-ayat-kursi-dalam-kehidupan-seharian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bacaan Ayat Kursi Rumi Dan Jawi Sentiasa Diamalkan

Bacaan Ayat Kursi Rumi Dan Jawi Sentiasa Diamalkan

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 916 hits
Bacaan Ayat Kursi Rumi Dan Jawi Sentiasa Diamalkan Untuk mendapatkan manfaat bersama admin ingin kongsikan untuk anda Ada segelintir dari kita yang tidak boleh membaca dalam jawi Untuk itu admin kongsikan bacaan Ayat Kursi rumi Sama sama pe...
Kisah Nyata Sepertinya Mustahil Tapi Saya Selamat Dari Kecelakaan Berkat Ayat Kursi

Kisah Nyata Sepertinya Mustahil Tapi Saya Selamat Dari Kecelakaan Berkat Ayat Kursi

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 334 hits
Banyak kisah yang menceritakan tentang keajaiban ayat kursi Sudah banyak orang merasakan keajaiban membaca ayat kursi Andrianto salah satunya Ia menuturkan kisahnya Bagaimana dirinya bisa terhindar dari kecelakaan yang rasanya mustahil saat...
Sibuk Dengan Kehidupan Duniawi

Sibuk Dengan Kehidupan Duniawi

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 292 hits
Assalamualaikum gais Lama sungguh aku tak update blog ni Dah bersawang aku tengok Last updated was 2017 and here we are in 2021 I m still alive and kicking Well untuk makluman semua Aku ada buka business baharu sekarang dalam dunia otomotif...
Kehidupan Nasihat Luqman Al Hakim Kepada Anaknya

Kehidupan Nasihat Luqman Al Hakim Kepada Anaknya

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 416 hits
Wahai anak kesayanganku Allah SWT memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk meninggalkan perkara makruh dan melempar ...
Tiadalah Yang Lebih Baik Daripada Kehidupan Yang Dipenuhi Dengan Kemaafan

Tiadalah Yang Lebih Baik Daripada Kehidupan Yang Dipenuhi Dengan Kemaafan

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 330 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tiadalah yang lebih baik daripada kehidupan yang dipenuhi dengan kemaafan KITA BUAT KITA BAIK ATAU BURUK Bukanlah kerana hari iniIndah kita bahagiaTetapi kerana kita bahagiaHari ini pun menjadi INDAH Alan...
Tahun Baru Dukun Peru Ramai Ramai Buka Jasa Ramal Kehidupan Di 2021

Tahun Baru Dukun Peru Ramai Ramai Buka Jasa Ramal Kehidupan Di 2021

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 283 hits
Tahun Baru Dukun Peru Ramai Ramai Buka Jasa Ramal Kehidupan di 2021 Setiap tahun baru dukun dukun dari wilayah Andes mendatangi pasar untuk menawarkan jasa meramalkan kehidupan di masa depan termasuk kekayaan dan kesehatan
Cico Diracun Uji Rashid Lalui Kehidupan Sukar

Cico Diracun Uji Rashid Lalui Kehidupan Sukar

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 300 hits
Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN KUALA LUMPUR Pernah dihalau gara gara gagal membayar sewa rumah itu antara nasib yang menimpa seorang biduanita negara Berkongsi apa yang dilaluinya sejak tiga tahun lalu Uji Rashid memberitahu kehidupan yang ...
Cuba Guna Ayat Baik Baik Selepas Ini Michael Ang Minta Maaf Kepada Noraniza Idris Ame2020

Cuba Guna Ayat Baik Baik Selepas Ini Michael Ang Minta Maaf Kepada Noraniza Idris Ame2020

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 263 hits
Michael Ang memohon maaf kepada Noraniza Idris secara LIVE di MeleTOP MeleTOP AME2020 YangEpikYangLegend YesAME2020 Subscribe Astro MeleTOP http bit ly ytmeletop Episod penuh MeleTOP di Astro Go http bit ly meletophd
Karipap Pusar Keropok Lekor Viral

Dive Into Joy And Creativity At Legoland Malaysia Resort S Brick Tacular Holidays

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

Cara Matikan Ai Microsoft Word Yang Mengintip Apa Yang Anda Tulis

Ministry Won T Interfere In Ptptn S Decision On Student Loans Says Zambry

The Oven Of Elfarion A Spanish Folk Tale That Will Warm Your Heart And Fill Your Stomach

Jangan Sesekali Cerita Benda Ni Kat Bos

Siti Muncul Juara Siri Antarabangsa Malaysia


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Kau Pernah Dengar Law Of Familiarity

Lapan Konflik Menjadi Punca Pertengkaran Dan Cara Mengatasinya

Kempunan Di Pantai Bagan Lalang

10 000 Langkah Program Kembara Madani Afiat Negeri Sarawak 2024

Pengalaman Seram Siapa Bagi Salam Dalam Surau R R

Pengiring Vip Semakin Menggila Terbaru Langgar Kereta Orang Awam