Maksud B40 M40 T20 Miskin Tegar Kategori Pendapatan Terkini


MAKSUD PENGKELASAN ISI RUMAH MENGIKUT KATEGORI : MISKIN TEGAR, B40, M40 DAN T20
Apabila kerajaan mengumumkan tentang bantuan kewangan yang akan diberikan kepada rakyat Malaysia, Perdana Menteri sering gunakan istilah seperti miskin tegar, B40 dan M40.
Apakah maksud kategori Miskin Tegar, B40, M40 dan T20? Kita pula berada di kategori mana?
Jom kita kenali pengelasan isi rumah bagi rakyat Malaysia.
Maksud Pengkelasan Isi Rumah B40, M40 & T20 Mungkin ada yang telah familiar dengan istilah ini, di mana setiap isi rumah rakyat Malaysia boleh dikelaskan dalam salah satu kategori mengikut pendapatan bulanan.
PENGKELASAN ISI RUMAH BERDASARKAN PENDAPATAN
Pendapatan isi rumah bulanan penengah (min) bagi kumpulan:
Terendah 40% atau bottom 40% (B40) Kumpulan pertengahan 40% atau middle 40% (M40) Kumpulan tertinggi 20% atau top 20% (T20). Jumlah Pendapatan B40, M40 dan T20 Pendapatan purata isi rumah di Malaysia pada 2022 meningkat 2.4 peratus setahun kepada RM8,479 berbanding RM7,901 yang dicatatkan pada 2019, demikian menurut Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022.
Dalam laporan sama, DOSM mendedahkan, dari sudut corak agihan pendapatan, had pendapatan B40 yang merangkumi 3.16 juta isi rumah adalah RM5,249, manakala M40 pula merekodkan julat pendapatan di antara RM5,250 hingga RM11,819.
Sementara itu, sebanyak 1.58 juta isi rumah berada dalam kumpulan T20 dengan pendapatan melebihi RM11,820 dengan kumpulan itu memiliki 46.3 peratus dari agihan keseluruhan pendapatan isi rumah, menurun daripada 46.8 peratus pada 2019.
Sementara itu, kumpulan M40 memiliki 37.6 peratus manakala B40 pula hanya menguasai 16.1 peratus daripada jumlah pendapatan, meningkat sedikit daripada 16.0 poeratus pada 2019.
Dalam pada itu, insiden kemiskinan mutlak mencatat kemerosotan kepada 6.2 peratus tahun lalu, berbanding 8.2 peratus pada 2021 dan 8.4 peratus ketika pandemik Covid-19 melanda pada 2020.
Mohd Uzir berkata, bilangan isi rumah miskin tegar yang berpendapatan di bawah RM1,198 pula menurun kepada 0.2 peratus (18,445 isi rumah) berbanding 0.4 peratus pada 2019.
“Insiden kemiskinan mutlak pada 2022 membabitkan anggaran 487,576 isi rumah. Insiden kemiskinan di bandar meningkat daripada 3.9 peratus pada tahun 2019 kepada 4.5 peratus pada tahun 2022, manakala bagi kawasan di luar bandar pula mencatatkan penurunan daripada 12.4 peratus kepada 12.0 peratus pada tempoh yang sama,” katanya.
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) via Astro Awani Ringkasannya, dalam Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah, 2022 terkini yang dikeluarkan pada 28 Julai 2023, dinyatakan bahawa kategori pendapatan bagi B40, M40 dan T20 adalah seperti berikut:
B40 : RM5,250 ke bawah M40 : Antara RM 5250 – RM11,819 T20 : RM11,820 ke atas Maksud B40, M40, dan T20 / Sumber infografik : Jabatan Perangkaan Malaysia (2022) Dalam data terdahulu (2019), pendapatan B40 terdiri daripada beberapa kumpulan kecil iaitu
B1 : RM2,500 ke bawah B2 : RM2,501 – RM3,170 B3 : RM3,171 – RM3,970 B4 RM3,971 – RM4,850 Pendapatan M40 juga terdiri daripada beberapa kumpulan kecil iaitu:
M1 : RM4,851 – RM5,880 M2 : RM5,881 – RM7100 M3 : RM7,101 – RM8,700 M4 : RM 8,701 – RM10,970 Bagi pendapatan T20 pula, terbahagi kepada 2 iaitu
T1 : RM10,971 – RM15400 T2 : RM15,041 ke atas
Maksud Kategori Miskin Tegar Golongan miskin tegar merujuk kepada individu yang berpendapatan bulan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
Miskin tegar juga boleh termasuk dalam golongan rentan yang terdiri daripada wanita, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), orang miskin dan belia.
Terkini mengikut purata pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini bagi tahun 2022 adalah RM2,589 ke bawah.
Jika dipecahkan mengikut negeri, PGK bagi setiapnya adalah :
Johor : RM2,627 Kedah: RM2,271 Perak : RM2,297 Selangor : RM2830 Perlis : RM2,140 WP Labuan: RM2,576 Melaka : RM2,670 Pahang : RM2,480 Sabah : RM2742 Negeri Sembilan : RM2,402 Kelantan : RM2,297 Sarawak : RM2,618 Terengganu: RM 2,751 Pulau Pinang : RM2,250 WP Kuala Lumpur : RM2816 WP Putrajaya : RM2450
Terdahulu menurut JKM, kategori miskin ialah pendapatan ketua isi rumah (KIR) kurang daripada RM980 sebulan dan untuk miskin tegar pula mesti kurang daripada RM560 sebulan.
Jika anda tergolong dalam kategori ini, anda boleh mendaftar di e-Kasih untuk membolehkan anda menerima pelbagai bantuan dan manfaat daripada Program Bantuan anjuran Kerajaan dan Badan-badan berkaitan.

Sejarah Pengelasan Isi Rumah Jika dibandingkan dengan tahun 2016, pendapatan isi rumah telah meningkat. Namun, kos sara hidup juga kian meningkat saban tahun. Oleh itu, kerajaan perlulah melihat pendapatan bulanan serta jumlah tanggungan isi rumah bagi memastikan bantuan dapat diberikan secara memadai.
Pada tahun 2020, kerajaan perincikan lagi kategori pengelasan isi rumah dengan menambah lagi 10 sub kategori.
Menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahad, perincian ini dilakukan bagi memastikan perancangan, pemantauan dan program yang lebih bersasar dapat dilaksanakan.
Ia juga bertujuan untuk mengurangkan jurang pendapatan antara isi rumah.
Pengelasan yang lebih terperinci telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia seperti di bawah :

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia 
Seperti yang kita tahu, kos sara hidup pada setiap negeri adalah berbeza.
Oleh sebab itu, pendapatan isi rumah penengah juga tidaklah sama buat setiap negeri.
Contohnya bagi yang menetap di Selangor dan Kuala Lumpur, kos sara hidup tentunya lebih tinggi.
Kredit Foto : Jabatan Perangkaan Malaysia 
Baca juga : Residensi Prihatin: Program Rumah Pertama Golongan B40 di Wilayah Persekutuan
Adakah Pengkelasan Isi Rumah Dikemaskini Dari Semasa Ke Semasa? Ya. Dalam beberapa tahun, banyak perkara boleh berubah termasuklah pendapatan isi rumah.
Buktinya dari tahun 2016 hingga 2020, kerajaan telah mengemaskini pengelasan isi rumah sebanyak 2 kali.
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia 
Oleh itu, kerajaan perlulah kemaskini maklumat ini bagi memastikan rakyat mendapat bantuan dan subsidi yang berpatutan.
Dengan perkongsian ini, anda dapatlah tentukan kategori isi rumah mengikut pendapatan bulanan isi rumah.
Ini juga bakal memudahkan anda untuk mengemukakan permohonan bantuan yang diumumkan oleh kerajaan.
Oleh sebab itulah bancian penting untuk diisi setiap tahun bagi mengemaskini data pendapatan bulan bagi rakyat Malaysia!
Semoga dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dapat membantu sedikit sebanyak rakyat Malaysia dalam menempuh waktu yang sukar ketika ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/maksud-miskin-tegar-b40-m40-t20/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=maksud-miskin-tegar-b40-m40-t20

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kredit E Tunai Rm100 Untuk Dewasa B40 M40

Kredit E Tunai Rm100 Untuk Dewasa B40 M40

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 243 hits
Ahmad Suhael Adnanahmad suhael bh com myKuala Lumpur Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menawarkan kredit e tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100 000 ke bawah Perdana Menteri b...
Jawatan Kosong Bomba Seluruh Malaysia Terkini 2023

Jawatan Kosong Bomba Seluruh Malaysia Terkini 2023

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 230 hits
IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM JAWATAN KOSONG JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA KUMPULAN PELAKSANA JAWATAN PEGAWAI BOMBA GRED KB19KEKOSONGAN 209 Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB19 Seluruh Malaysia 2023 MAKLUMAT SKIM P...
Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini

Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 277 hits
SEMAKAN NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN TERKINI Ramai yang ingin menyemak nombor pendaftaran yang terkini Tetapi tak tahu macam mana nak check semak KEna pergi kaunter JPJ ke Atau kena tanya syarikat motor kenderaan Ha jangan risau Semuanya di...
Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2024

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2024

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 264 hits
Ranking IPTS dan IPTA UA terbaik di Malaysia 2024 Berikut adalah ranking universiti terbaik Malaysia 2023 berdasarkan penilaian tahunan oleh QS World University Rankings 2024 Penilaian dibuat dengan membandingkan prestasi universiti univers...
Panduan Terkini Import Dari China Sekarang

Panduan Terkini Import Dari China Sekarang

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 115 hits
Panduan import barang dari China melibatkan beberapa langkah penting untuk memastikan proses import berjalan lancar Berikut adalah panduan langkah demi langkah yang bisa Anda ikuti Penelitian dan Pemilihan Produk Lakukan penelitian tentang ...
Jadual Kedudukan Dan Keputusan Terkini La Liga 2023 2024

Jadual Kedudukan Dan Keputusan Terkini La Liga 2023 2024

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 198 hits
Berikut adalah jadual live score keputusan dan kedudukan terkini La Liga Sepanyol untuk musim 2023 2024 La Liga merupakan liga bolasepak divisyen satu Sepanyol dan musim 2023 24 merupakan musim ke 93 La Liga Ia akan bermula pada 11 Ogos 202...
Senarai Bantuan Pelajar Ipt Terkini 2023 2024

Senarai Bantuan Pelajar Ipt Terkini 2023 2024

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 346 hits
Senarai Bantuan Pelajar IPT Terkini 2023 2024 Bantuan pelajar IPT merupakan salah satu inisiatif penting yang ditawarkan oleh kerajaan atau pihak berkuasa untuk membantu pelajar dalam menanggung kos pendidikan di peringkat pengajian tinggi ...
Pengumuman Terkini Elaun Imbuhan Tetap Penjawat Awam 2023

Pengumuman Terkini Elaun Imbuhan Tetap Penjawat Awam 2023

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 220 hits
IMBUHAN TETAP PENJAWAT AWAM Perdana Menteri dijangka mengumumkan berita gembira berhubung penyelarasan imbuhan tetap untuk penjawat awam termasuk warga pendidik dua minggu lagi Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Imbuhan Tetap yang dis...
Laws On Caning Make Ratifying Un Convention Hard Says Saifuddin

Unseen Power Of The Administrative State

Tetap Bertegas Pertahan Kuota Bumiputera Pm

Selangkah Wallet Semakan Bayaran Ewallet Bingkas Selangor

Frankly Speaking 1mdb Fugitive Jho Low Must Face Charges In Malaysia

Makluman Jawatan Kpm Julai 2024 Lepasan Diploma Dan Ijazah

Anthony Loke Nahas Di Genting Highlands Bas Persiaran Tamat Tempoh Permit Dan Lebihi Had Usia

Intern Makanan Percuma



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla Slot Akasia TV3

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya

5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok

Bagaimana Ikan Minum Air Bila Dahaga


Ada Apa Sebenarnya Dengan Ikhlas

Palestin Hancur M Sia Masih Konsert S Norhaliza

Keychain Diy

Seludup Dadah Dari Luar Negara Guna Kurier

Tak Hensem Takpa Janji Kaya

Malaysia Perlu Anjakan Sektor Pelancongan Kata Pm