Makluk Asing Dan Piring Terbang Di Bukit Mertajam
Tahukah anda pada tahun Ogos 1970 negara ini pernah di gemparkan dengan satu berita kemunculan piring terbang dan makluk asing yang telah di jumpai oleh pelajar Sekolah Rendah Stowell Bukit Mertajam.
Enam orang pelajar lelaki telah mendakwa melihat dengan mata mereka sebuah piring terbang telah mendarat di tempat mereka bermain di dalam kawasan hutan bersebelahan dengan bangunan sekolah ini. (Bangunan ini telah di robohkan dan di jadikan tempat parker kereta).
Sewaktu admin ke lokasi tersebut baru baru ini satu papan tanda sebagai memperingati peristiwa ini telah di naikkan oleh pihak sekolah iaitu kira kira 5 meter dari pintu pagar utama sekolah ini.
Peristiwa ini telah mendapat liputan dari akhbar The Straits Times Singapura dan membuat orang ramai berpusu pusu datang ke lokasi untuk melihat sendiri kesan dari peristiwa yang telah di ceritakan oleh Mohamad Zulkini, 11; Abdul Rahim, 10; David Tan, 9, Sulaiman, 10; Vikneswaran, 10, dan Mohamed Ali, 8 iaitu pelajar pelajar sekolah ini yang melihat peristiwa tersebut.
Peristiwa yang berlaku pada sebelah petang tersebut telah di laporkan kepada guru besar pada ketika itu Encik Ooi Keat Guan dan pada 6.30 pagi esoknya mereka sekali lagi ke lokasi tersebut dan mendapati piring terbang tersebut masih ada di situ tetapi pada jam 11.00 ketika mereka ke lokasi untuk melihat sekali lagi piring terbang tersebut telah hilang.
Salah seorang pelajar yang bernama Wigneswaran mendakwa melihat seramai 25 mahluk asing yang bersaiz 3 inci telah keluar dari piring terbang tersebut memakai pakaian kuning dan hanya mempunyai satu tangan (tangan kiri) serta mempunyai senjata berbentu pistol di sisi pinganngannya.
Admin tidak mempunyai cerita lengkap pasal peristiwa ini dan jika ada pembaca I LOVE BM terutamanya bekas pelajar Stowell BM yang pernah melalui kisah ini dapatlah di kongsikan bersama sama pembaca lain.
Pelajar pelajar yang di sebut di atas bermumur 9 – 12 tahun pada ketika itu adalah berumur antara 54 hingga 57 tahun pada ketika ini sudah pasti dapat menceritakan perkara yang sebenar apa yang mereka alami sendiri.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.penangkini.com/2019/02/makluk-asing-dan-piring-terbang-di.html