Makan Salmon Panggang Di Der Cabin Bistro Taman Nusantara
Assalamualaikum WBT
MINGGU ni Iman guna kereta. Kawan yang dia selalu tumpang ke kuliah tu, ayahnya guna kereta dia. Jadi, Sk berkorbanlah pinjamkan kereta. Pak Inche pun berkorban juga hantar dan jemput Sk pergi balik kerja. Betullah, hidup itu perlu pengorbanan 😆. Bila tak ada kereta ni, dia punya bosan tu.. tak dapat melayan ke Ninso la atau beli goreng pisang kat Bandar Baru Uda. Kita duduklah kat office diam-diam sambil baca novel buat report 🤭.
Cerita Khamis lepas, tekak ni terasa nak makan menu barat. Kami ke Der Cabin Bistro (DCB) cawangan Taman Nusantara, Gelang Patah. Sk tak pasti di negeri atau daerah lain ada tak Der Cabin Bistro ni tapi jika anda ke JB dan bercadang nak makan western, bolehlah terjah ke DCB
Menu pembuka selera seperti selalu, Sup Cendawan yang dihidangkan bersama sekeping roti yang dilepa Mentega Bawang Putih. Supnya agak pekat macam terlebih tepung tapi banyak pulak hirisan cendawannya
Kalau ke sini, memang tak pernahnya tak ramai. Bagi yang baru sampai, bolehlah menunggu giliran sehingga diberikan menu dan meja. Adil la bagi semua orang, first come first serve
Dalam mangkuk ni, Kentang Putar. Terasalah kentangnya, bukan guna tepung kentang segera. Pak Inche pesan, sosnya lebih.
Eh.. tetiba teringat kisah masa bekerja mengajar malam di sebuah kolej swasta lebih 20 tahun lepas. Sebelum kelas mula, kami ke Marrybrown dan kawan Sk, Ucu minta kentang putar dan pesan agar letak sos banyak-banyak.
"Oooo.. suka sos banyak ke.." kata staf MB tu sambil tuang sos kentang putar dalam mangkuk sebanyak tidak. Masa tu, jika kita dine in, mereka hidang kentang putar dalam mangkuk melamin tau, bukan guna mangkuk kertas macam sekarang. Puaslah Ucu makan kentang dengan sos banyak 😆. Di mana Ucu sekarang? Tu haaaa.. usahawan Pepes Warisan.. tu la kawan Sk zaman muda-mudi, hahaha
Pak Inche jika ke sini, menu Steak pasti menjadi pilihan. Ia dihidang bersama coleslaw dan kentang goreng. Cuma macam tak sesuai bila ia dihidang dalam pinggan plastik. Bila Pak Inche hiris steak tu, pinggan tu pun ikut bersilat sekali. Sepatutnya kena guna pinggan yang berat sikit, baru ia duduk diam-diam 🤭
Sk pilih Salmon Panggang. Ia dihidang bersama sos butter, kentang putar dan coleslaw. Jadi, dah ada dua kentang putarrr 😆. Ini pertama kali la Sk pesan menu Salmon, selalunya Sk pesan spaghetti kan. Saja nak paw Pak Inche maklumlah, orang dapat bonus hujung tahun, bila lagi kita nak tumpang sekaki, tak gituhhhh
Total hangus malam tu, RM74
Punyalah kenyang.. nasib baik esoknya cutiiiii 😆
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2023/12/makan-salmon-panggang-di-der-cabin.html