roti canai dimasak menggunakan kayu arangSarapan pagi di Warung roti canai kayu arang yang terletak di Kampung Bakar Batu, Bachang, Melaka memang rare dari yang lain. Apatahnya, cara diorang masak roti canai mengunakan dapur arang bukan dapur gas pada kebiasaanya. Dengar nama pun dah unik 'roti canai kayu arang', so berdoyon-doyon la manusia nak mencuba makan roti canai ni, tambah-tambah pulak kalau cuti sekolah atau cuti umum yang panjang. Penuh kedai beb.
ramai orang di warung roti canai kayu arangroti yang selalu orang order adalah roti canai dol. Kenapa dol? aku pun tak tahu..hahaha.. roti canai dol ni atas roti canai diletak dua biji telur goyang yang ohsem. Tengok gambar dibawah ni camna rupanya roti canai dol.
roti canai dolSelain roti canai, ada juga makanan-makanan lain yang dijual disekeliling warung roti canai kayu arang ni. Sambil tunggu roti canai sampai, makan yang lain dulu. Datang sini mestilah makan roti canai la kan...
roti canai biasa
lotong sambal
otak-otak
pelbagai jenis kuihOk lah, kolau korang nak datang sini, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang. Korang boleh parking tepi jalan je atau korang kena masuk kampung sikit. Ada kawasan parking disediakan khas untuk pelanggan-pelanggan roti canai kayu arang ni.
arah parking roti canai kayu arang
kawasan parking roti canai kayu aranggps koordinat warung roti canai kayu arang, Melaka : 2°13'16.5"N 102°14'21.9"E atau 2.221253, 102.239418|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |