Makan Di Waronk Avenue Melaka
Assalamualaikum...
SEKEJAP jer masa berlalu bila dah masuk pejabat semula.
Tiberrr.. dah khamis, esok Jumaat.. Sabtu... dan dah Ahad semula. Tentu ramai yang ternanti-nanti pengumuman tentang PKPB yang akan tamat pada 6 Disember depan yang akan ditentukan pada Jumaat ini. Adakah akan ditamatkan atau disambung lantaran kes yang menunjukkan trend peningkatan malah kes covid di Johor juga semakin meningkat. Kerana bimbang, malam tadi nekad nak makan di rumah jer, panaskan lauk kari daging dan semalam petang, Sk ada ke rumah ibu ambil burasak, lepat loi dan asam pedas ikan. Untuk Pak Inche yang tak makan burasak, ada kari daging noxxa tu, kita masak nasi sikit. Tup tup, Pak Inche bawa balik lauk tiga macam, Siput Sedut Masak Lemak, Sambal Kupang dan Hati Ayam Berempah. Penuh semeja dah macam bulan puasa, macam biasalah, kari daging tak habis jugak 😕
Cerita ke Melaka minggu lepas, disebabkan sebelum PKPB lepas kami dah ke Melaka Tanpa Dirancang dan dah pergi minum Coconut Shake Klebang, maka kali ini Klebang tiada dalam agenda. Jadi, lepas check-in dan rehat-rehat sekejap di bilik, Sk mengajak Pak Inche lepak-lepak sambil minum-minum di Waronk Avenue. Tak pernah lagi pergi ke Waronk Avenue ni tapi bila Kak Novelis Maria Kajiwa rekomen untuk datang ke sini jika ke Melaka dan kedudukannya di tepi Sungai Melaka yang menghadap Kampung Morten, hati tertarik pula untuk menempuh sebuah pengalaman di sini
Bangunan dua tingkat bercirikan tradisional melayu ini pasti menarik pandangan mata. Daun tingkap yang terbuka luas di tingkat atas ini bagai melambai Sk untuk menikmati keindahan persisiran sungai dari tingkat atas. Di bahagian bawah juga ada ruangan makan dan gerai-gerai berasingan dengan menawarkan pelbagai menu seperti masakan asam pedas, lemak cili api, bakar-bakar dan rojak atau pasembur. Kami terus naik tangga ke tingkat atas. Lagu-lagu lama ala country menjadi halwa telinga tapi dipasang terlalu kuat sehingga kedamaian hati nak menikmati keindahan Melaka bagai direnggut. Seorang staf datang membawa buku menu. Entah kenapa rasa macam tak berapa best, mungkin kerana kedudukan kerusi (bangku tinggi) yang terhalang dengan tingkap, meja pula rapat ke dinding. Lalu, Sk bertanya kepada staf jika kami boleh berpindah ke ruangan bawah. Selepas memastikan masih ada meja kosong di bawah kami terus turun dan memilih duduk di tepi sungai, barulah rasa boleh bernafas dengan selesa
Pemandangan di depan mata, luas mata memandang. Ramai orang Melaka yang menjadikan persisiran sungai ini tempat beriadah. Untungnya orang Melaka. Kami di Johor ada sungai juga, namanya Sungai Segget. Ah, teringat pulak kisah Cintaku Tersepit di Sungai Segget, kahhhhhh
Banglo tiga tingkat yang unik dengan dinding kaca. Sk rasa mungkin ini bangunan yang dijadikan pejabat. Bukan pejabat sebarang-sebarang ni, dekorasi dalaman dan binaan bangunannya melambangkan karektor pemiliknya yang berjiwa seni. Seorang arkitek mungkin.. mungkinlahhh
Tiga beranak duduk di tepi sungaiKununnya duduk nak minum-minum Nampak manis hai elok perangaiKalau bergaduh bunyinya berdentum-dentum
Cuba kiri berapa biji kereta Volkswagen yang terdapat di seberang sungai tu
Kira betul-betul tau
Pak Inche minum cendul, Iman minum Ais Milo Kepal
Cendul tu tawar walaupun dah gaul sebati gula melakanya. Ais Kepal Milo tu manis sehingga ke titisan terakhir dan memang manis milo asli, bukan gula atau susu pekat
Takkan nak minum aje, kan.. jadi Pak Inche kata dia nak pilih rojak. Terkejut tengok sepinggan hidang besar yang datang, Tiga Puluh Lima Hengget pulak tu! Pak Inche kata dia pilih sikit aje jadi kami cuak jugak kalau dia tersalah hantar meja. Tapi staf yang hantar tu kata, memang kami punya. Saya tak ada ambil sosej, kata Pak Inche. Oh, itu sosej dengan ayam saya belanja, katanya. Hurmmm.. iyolah tu belanja.. bayar ajelah Pak Inche..
Nasib baiklah Sk pesan sate sepuluh cucuk aje. Sate ni ada set A (10 cucuk) dan set B (20 cucuk). Setiap set datang dengan nasi impit dan hirisan bawang dan timun. Satenya sedap jugak, besar, garing dibakar tapi juicy
Sejak belajar di Ipoh, Iman dah jadi peminat Wantan Mee. Kalau nampak ada menu wantan mee jer, dia selalu pilih. Tapi pilihan dia kali ini membawa penyesalan, hahahaha. Masinnnnnnnnnnnnn, kata Iman.
Ni bukan minum-minum lagi, tapi dah makan-makan, hahaha. Pak Inche pesan semangkuk mee kari. Sk pulak dah sebut nak Laksa Johor. Teringinlah pulak makan LJ di Melaka, haha. Lepas tu rasa macam banyak no makanan, Sk cakap dengan adik yang ambil pesanan tu, Laksa Johor tak payahlah, nasibbbbb baik sebab Pak Inche tak habis makan mee rebus ni, dia ajak kongsi, hehehe
Sedap jugak mee rebusnya tapi rasa kari, hehehehe
Tengah-tengah makan, boat pelencong lalu
Sempatlah Iman ambil gambar untuk IG Stories
Sk, kalau dah mengadap makanan memang lupa laaa... hahahaha
Waronk Avenue Melaka
No. 118, Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka
Telefon 017 3289480
Buka setiap hari 12 pm hingga 12 am.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/12/makan-di-waronk-avenue-melaka.html