Makan Di Siam Restoran Ikan Bakar Thai Street Food


Assalamualaikum...
KALAU dah sampai ke Kelantan, selain mencari makanan tradisi negeri cek mek molek ini, wajib jugaklah menikmati masakan Thai yang sentiasa menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kali ini, kami singgah ke Siam 2 yang menyediakan masakan ikan bakar dan makanan jalanan yang terkenal di Thailand. Malah, dua malam di Kelantan, dua malam itu jugalah kami makan di Siam 2 ini cuma bezanya pada hari pertama, kami makan lebih awal selepas penat menjelajah Pengkalan Kubur.

Mungkin masih awal lagi, pengunjung belum ramai dan meja masih banyak yang kosong. Siam 2 ini merupakan sebuah restoran terbuka dengan dapur masak yang menyediakan hidangan thai manakala di sekeliling bahagian hadapan dan tepi restoran didirikan gerai-gerai yang menyediakan Thai Street Food. Kami memilih untuk duduk di sebelah dalam yang berbumbung. Tidak menunggu lama, seorang pelayan datang mengambil pesanan


Laicikang untuk Iman. Tapi, Iman kata dia minta Laicikang panas, dapat pulak yang sejuk. Tak cerewet, Iman akur jer lah minum Laicikang sejuk


Miang Pla Talapia, hidangan ikan bakar bergaram yang didatangkan bersama salad, kubis, timun, daun selasih dan suhun dicelur lembut serta sos cili thai yang sangat sedap. Cara makannya agak unik iaitu dengan membungkus isi ikan bersama daun dan suhun, celup dalam kedua sos cili hijau dan merah, tersangatlah sedapnya


Tengah syok bermiang pla, pelayan meletakkan daging bakar atas meja atau dalam menunya disebut Suo Rong Hai. Baru nak snap gambar daging bakar, sampai pulak semua pesanan nasi berlauk masakan thai. Kelam kabut ambil gambar, kaburrrrr pulak hasilnya

Siakap Stim Limau.. sedap tapi sedikit masin. Supnya nampak cair tapi likat, macam mana dia buat
Udang Sambal yang sangat sedap serta tomyum seafood yang tiada sesiapa mampu berhenti menghirupnya, hahaha. Agak pelik, Sotong Goreng Tepungnya semua bahagian kepala. Walaupun kelihatan tempat agak ekslusif, namun harganya seperti kebanyakan kedai tomyum yang biasa Sk singgah


Kedudukannya di bandar Kota Bharu, jadi kalau anda berada di KB dan mencari tempat menjamu selera yang sedap dan happening, Sk rekomen

Siam 226 Lot 278 No, Seksyen, 4830, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, KelantanTel :010-440 9898
Buka setiap hari : 3 pm hingga 11.30 pm 

Malam esoknya sekali lagi kami ke sini sebab katanya tak dapat makan Pulut Mangga, hehe
Ingatkan boleh dapat Pulut Mangga sedap macam yang biasa kami makan di Pesta Makanan Thai tapi sedikit hampa, la. Pulutnya agak keras tapi rasanya masih istimewa mungkin faktor persekitaran, hehe


Tidak puas makan Suo Rong Hai semalam, malam tu kami pesan satu set bersama salad, kecewa pulak bila daun selasih tidak disertakan bersama, mungkin dah habislah tu agaknya, orang ramai order
Dagingnya lembut, kalau tengok pada tekstur daging tu, ia dihiris dahulu sebelum dibakar, sos perapannya tu rasa istimewa betullah


Iman pula pesan sepinggan Kerabu Maggi. Sedap jugaklah kerabu maggi tu. Pak Inche pulak makan Cantonese Kuey Teow, tak ambil gambar pulak. Kuey Teow Cantonese tu tak berapa nak sedap, kata Pak Inche. Sk pulak tukang makan semua yang di atas, hahaha. Oh, ya.. sesi lepak malam tu bersama kawan Pak Inche, MFM yang balik kampung di Pengkalan Chepa, rindu lama tak jumpa katanya, tapi yang pelik jumpa kawan lama tapi tak bergambar pula, huhu

Burpppp.. Alhamdulillah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/08/makan-di-siam-restoran-ikan-bakar-thai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Ikan Bakar Di Banyuwangi Serupa Di Restoran Mediamatic Eten Belanda

Makan Ikan Bakar Di Banyuwangi Serupa Di Restoran Mediamatic Eten Belanda

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 468 hits
Bilik bilik transparan restoran Mediamatic Eten tersebut juga tersedia di warung ikan bakar Pondok Terawang Kampung Mandar Kecamatan Kota Banyuwangi Pengunjung bisa menikmati ikan bakar di bilik bilik rumah transparan dengan kapasitas tempa...
Api Api Ikan Bakar Kuala Perlis Tempat Makan Wajib

Api Api Ikan Bakar Kuala Perlis Tempat Makan Wajib

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 955 hits
Assalammualaikum Dunia Api Api Ikan Bakar Kuala Perlis View dari dalam kedaiKuala Perlis Perlis Indera Kayangan Kawasan Sepanjang pantai ini menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya pelancong yang hendak memasuk...
Makan Di Abah Bonda Ikan Bakar Sekinchan

Makan Di Abah Bonda Ikan Bakar Sekinchan

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 1577 hits
hai assalammualaikumMakan Di Abah Bonda Ikan Bakar Sekinchan Bila kau ada seorang kakak yang jenis asal cuti nak berjalan tapi tak plan main terjah je Misalnya malam cakap esok nak pergi tempat ni tapi esoknya ke tempat lain pulak Nad meman...
Makan Malam Ikan Bakar Di Rohani Ikan Bakar Sm3 Kuala Perlis

Makan Malam Ikan Bakar Di Rohani Ikan Bakar Sm3 Kuala Perlis

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 1056 hits
Rohani Ikan Bakar SM3 Kuala PerlisKalau nak makan malam sedap di Kuala Perlis Korang boleh Singgah di gerai gerai ikan bakar yang terdapat di sini Ada banyak pilihan gerai ikan bakar Salah satunya adalah Rohani Ikan Bakar SM3 Gerai gerai ni...
Restoran Makan Dalam Kereta Antik

Restoran Makan Dalam Kereta Antik

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 383 hits
Unik memang kalau ada sebuah restoran didalam sebuah kereta atau lebih tepatnya kereta di jadikan sebagai restoran Mungkin anda ingin merasakan sensasi yang seperti itu anda boleh menikmatinya di restoran taiwan Sebuah restoran di Taiwan te...
Resepi Daging Bakar Harimau Menangis Dan Sos Ala Thai

Resepi Daging Bakar Harimau Menangis Dan Sos Ala Thai

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 2469 hits
Assalamualaikum dan salam aidiladha Dah alang2 musim Hari Raya Aidiladha ni Ciktom nak share resepi tengah viral untuk daging korban
Makan Sambil Bersantai Di Restoran Ombak Rindu Pantai Kemayang

Makan Sambil Bersantai Di Restoran Ombak Rindu Pantai Kemayang

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 1550 hits
Sesekali makan makan bersama keluarga di tepi pantai memang mengasyikkan Sambil makan boleh menikmati keindahan pantai dan hembusan bayu petang Kali ini kami menjamu selera sambil bersantai di Restoran Ombak Rindu Pantai Kemayang Tawang Kel...
Viral Suami Positif Cov1d 19 Kerana Makan Di Restoran Sivagangga Isteri Tampil Tepis Dakw4an P4lsu

Viral Suami Positif Cov1d 19 Kerana Makan Di Restoran Sivagangga Isteri Tampil Tepis Dakw4an P4lsu

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 611 hits
Gara gara seorang lelaki yang tidak mematuhi arahan kuarantin seramai 313 individu diminta menjalani ujian saringan Cov1d 19 Individu bermastautin tetap di Jitra Kedah itu merupakan pemilik restoran Nasi Kandar dan did kwa berada di restora...
Jom Makan Restoran Wangsa Grill Wangsa Maju

Jom Makan Restoran Wangsa Grill Wangsa Maju

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 886 hits
Sempena Raya ke 3 Aidiladha yang yang lepas kami telah berkesempatan untuk ke Restoran Wangsa Grill Wangsa Maju untuk menikmati western food selepas puas menikmati daging korban masa hari raya lepas Kebetulan adik beradik semua dah balik ke...
Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

From Startup To Unicorn Status

Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Testastretta Tempest Rough Crafts Savage Custom Ducati Monster

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

Disyaki Angkara Hutang 3 Rumah Rosak Akibat Letupan

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Daia 3 Dalam 1 Softergent Lavender Pilihan Neelofa