Makan Di Restoran Udang Galah Teluk Intan


 Assalamualaikum WBT
TAK sabar nak balik Johor, kami daftar keluar dari The Jerai Hotel Sungai Petani kira-kira jam 10 pagi selepas bersarapan dan Pak Inche menghantar pesanan iklan melalui email. Selepas melepasi Tol Juru, Pak Inche mencadangkan agar kami mengikut laluan Lebuhraya Timur Barat bagi mengelakkan kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan. Kami pernah sekali melalui lebuhraya ini semasa ke Bagan Datuk yang Sk ceritakan DI SINI. Aplikasi pada waze mengarahkan agar kami keluar di Changkat Jering. Dari sana kami perlu melalui jalan lama sejauh hampir 40 km sebelum masuk ke Lebuhraya Timur Barat.

Ada sedikit rasa menyesal apabila bersetuju dengan cadangan Pak Inche. Rasa membuang masa ikut jalan lama yang tidak rata dan banyak selekoh namun perasaan itu hilang apabila kami mula memasuki lebuhraya timur barat. Terasa seperti jalanraya ana yang punya 🤣. 

Ketika menghampiri Teluk Intan, perut mula menyanyi-nyanyi mintak diisi. Sk membuat carian google restoran menarik di Teluk Intan dan bertemu dengan Restoran Udang Galah Teluk Intan yang terletak di pekan Teluk Intan


Inilah yang dikatakan, kalau sudah jodoh, tidak ke mana. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Udang Galah Goreng Kunyit, sepinggan enam ekor (jika tak salah kira), RM26. Sk tak jumpa masakan udang lain di sini selain udang goreng ini yang telah siap diletak dalam mangkuk. 

Ikan Siakap Bakar Sambal, seekor RM30. Ikannya kecil sahaja tapi tidak kurus sangat. Sambal ikan tu sedap. Ni betul-betul tinggal sekor, rezeki


Iman ambil Ikan Keli Bakar cicah dengan air asam. Ikan keli tu lumur garam kunyit jer rasanya tu. Kuah lemak cili api ceduk dari dulang lauk-pauk


Sk nampak Pisang Muda Masak Lemak ni, memang tak pandang la sayur lain. Cara dia siat dan ketuk pisang muda tu sama dengan cara ibu Sk. Kadang-kadang jumpa yang pisangnya keras tak diketuk. Sk ambil juga Ikan Kembung yang diisi dengan sambal kelapa dan dibakar, sedap betul weiii


Pak Inche dan gulai (kari) berpisah tiada. Ada dua ketul Tauhu Sumbat yang juga sedap kata Pak Inche


Agak mencabar ya nak makan di sini. Kebanyakan meja dipenuhi pelanggan, ramai yang menatang pinggan berisi nasi berlauk sambil menunggu meja. Sistem di sini ikut nasib nampaknya, siapa cepat dia dapat


Sk agak-agak kiraannya begini
Ikan Siakap Bakar Sambal RM30Udang Galah Goreng RM26Ulam, Sambal Belacan, Air Asam RM2Nasi + Ikan Keli Bakar RM6.50Nasi + Ikan Kembung Bakar RM7.50Nasi + 2 Tauhu Sumbat RM3.50Ais Limau (3) RM4.50Kopi Ais RM1
Jumlah RM81

Melihat pelanggan yang berbondong-bondong, Sk rasa, tentu restoran ini terkenal di Teluk Intan dan menjadi tumpuan pelencong-pelencong yang ingin melawat Menara Condong Teluk Intan yang terletak di tengah-tengah pekan


Ramai betul pelawat tempatan di hadapan Menara Condong. Ini kali kedua kami ke Teluk Intan. 11 tahun duluuuuuu.. datang ke sini kerana terpengaruh dengan drama bersiri Akasia lakonan Nabila Huda yang bertajuk Julia 😆. Sekarang Iman dah 22 tahun 😍


Iman masa Darjah 5. Dari dulu sampai sekarang jadi duta blog Alam Sari. Kawan-kawan Iman selalu cerita, asal google tempat-tempat makan, nanti keluar muka kau, Man! Boleh baca selitan kisah kami ke sini sebelum ini DI SINI.

Posing jugaklah bertiga depan Menara Condong


Menara Condong Teluk Intan ialah sebuah menara tangki air yang kemudian dijadikan menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini ialah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh. sumber


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/10/makan-di-restoran-udang-galah-teluk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Restoran Kepayang Kampung Janda Baik

Makan Di Restoran Kepayang Kampung Janda Baik

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 241 hits
Assalamualaikum WBT RASA malas betul ya nak keluar makan malam semasa kami menginap di 101 Resort Janda Baik tu Rasa macam nak makan biskut dan bancuh teh saja Kebetulan maggi cup pun memang dibawa jadi kami bercadang nak makan maggi aje ma...
Cara Siang Udang Galah Mudah Tak Kotorkan Tangan

Cara Siang Udang Galah Mudah Tak Kotorkan Tangan

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 279 hits
Sebut sahaja udang galah pencinta makanan laut mesti suka akan binatang tersebut kerana apabila dijadikan hidangan pasti tak cukup seekor walaupun hanya seorang yang makan Selain daripada dihidangkan secara gorengan udang galah juga boleh d...
Makan Nasi Arab Kebab Di Restoran Zaatar

Makan Nasi Arab Kebab Di Restoran Zaatar

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 340 hits
Assalamualaikum WBTMASA berjalan kaki dari Majestic Johor Festival di Puteri Habour ke Mana Cafe yang Sk ceritakan ternampaklah di seberang jalan Restoran Zaatar yang masih baru dibuka di Puteri Habour Pak Inche mengajak ke sana tapi dah me...
Makan Di Restoran Western House Kulim Kedah

Makan Di Restoran Western House Kulim Kedah

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 493 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah sebenarnya sudah lama terperap artikel ini untuk ditulis akhirnya dapat pun berkongsi dan bercerita panjang dalam blog Baru baru ini iaitu sekitar ...
Makan Masakan Ala Thai Di Restoran Lambaian Seafood Krubong Melaka

Makan Masakan Ala Thai Di Restoran Lambaian Seafood Krubong Melaka

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 194 hits
Restoran Lambaian Seafood KrubongNi kisah aku berada di Krubong Melaka Malam malam malas nak masuk town cari makan so aku terjumpa la restoran lambaian seafood ni yang terletak di Krubong Jadi tanpa segan silu terus aku melangkah masuk ke d...
Tak Yah Pi Temerloh Nak Makan Patin Tempoyak Datang Je Ke Restoran Temerloh Catering Ikan Patin Wangsa Maju

Tak Yah Pi Temerloh Nak Makan Patin Tempoyak Datang Je Ke Restoran Temerloh Catering Ikan Patin Wangsa Maju

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 407 hits
Lama sungguh rasa mengidam nak makan patin tempoyak yang sedap citarasa patin Temerloh Rasa sejak lepas raya puasa lagi duk cari Kalau kat kediaman kak ana paling dekat boleh makan patin tempoyak yang sedap ala ala Temerloh kat gerai Mee Ku...
Pempengaruh Hina Agama Makan Daging Babi Dijatuhi Hukuman Penjara

Pempengaruh Hina Agama Makan Daging Babi Dijatuhi Hukuman Penjara

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 195 hits
JAKARTA Sebuah mahkamah di Indonesia menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang wanita atas tindakan keterlaluannya mempersendakan agama Islam Pempengaruh Lina Mukherjee 33 disabit bersalah oleh hakim di Palembang Sumatera Selata...
Pengalaman Beraya Di Yala Dan Narathiwat Sambil Sambil Makan Angin Di Selatan Thailand

Pengalaman Beraya Di Yala Dan Narathiwat Sambil Sambil Makan Angin Di Selatan Thailand

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 231 hits
Assalamualaikum Sekian lama memerap cerita hari nie rasa nak mula menaip semula di blog Bila mood malas dan kebetulan masa pun tak de memang susahlah nak fokus kat blog nie Malas nak bebel panjang Fiza nak cerita pengalaman pertama kali ke ...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Dopamine D Cor How Celebrity Designers Are Embracing This Feel Good Trend

Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

Panduan Lengkap Persiapan Menyambut Bulan Ramadan

Putrajaya International Convention Centre

Kehebatan Seni Bina Pada Zaman Firaun Jadi Perdebatan Ilmiah


echo '';
Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Ruu Majlis Media Bela Nasib Media Tempatan Kata Pakar

Power Of Storytelling For Business

Lirik Lagu Batu Belah Batu Konkrit Monoloque Ft Azlina Aziz

Penerangan Jenis Gigi Palsu Dan Harganya

Kerang Goreng Kunyit Dengan Kentang Menu Kerang Sedap Selain Sambal

Dolar Mengikuti Trajektori Yang Biasa