Makan Di Lomak Salai Tampin


 Assalamualaikum WBT 


SELEPAS check out di Royale Chulan The Curve, kami tiga beranak terus pulang ke Johor. Walaupun ada bawa baju lebih, tapi tak mahu singgah-singgah dah laaaa. Penat tiap minggu travel. Walaupun tilam di rumah tak seempuk di hotel, tapi itulah yang paling dirindu. Kesian jugak dengan anak-anak bulus yang tiap minggu kena tinggal lagi-lagi SI KECIK yang masih menyusu lagi tu, hahahaha. 





Pak Inche suruh Sk cari tempat makan, tak kisahlah di Negeri Sembilan atau Melaka. Kami singgah di Zamira Dapur Kayu tapi tutup. Dua kali dah percubaan nak makan di ZDK ni gagal tau. PI rileks jer rupanya dia ada plan B, iaitu Lomak Salai Tampin ni. Eh, tak sangka pulak PI mengidam nak makan kat sini. Sk bukan apa, risau tak ada lauk kari, nanti muncung sedepa pulak. Tapi, sebab PI yang nak, Sk lagi suka, memang dah lama teringin nak makan kat sini cuma tak mahu ajak PI sebab kadang ada jugak baca komen yang negatif tentang Lomak Salai ni.


Bangunan restoran Lomak Salai ni merupakan bangunan RNR yang telah ditutup. Memang langkah bijaklah apabila pemilik restoran ini membuat keputusan membuka restoran di bangunan RNR yang telah ditutup ni dan membahagikan jenis-jenis lauk mengikut seksyen sebab bangunan tu dah semulajadi terbahagi kepada gerai-gerai macam di RNR. Lagi bernas apabila mereka membuat konsep layan diri ala-ala Restoran Ikea di mana pelanggan mengambil makanan menggunakan troli tiga tingkat. Seronoklah pelanggan memilih lauk yang pelbagai, memang rambang mata dibuatnya lagilah jika perut sedang menjerit-jerit minta diisi.




Jom kita ronda-ronda. Semangat betul PI tolak troli dan pilih ikan bakar. Tak cukup katanya ambil satu, aaa.. ambiklah dua ya




Tak cukup tanganlah, mana nak rakam video, mana nak ambil gambar, mana nak ambil lauk, haha. Sk terberhenti depan gerai yang menjual pelbagai jenis 'haiwan salai' yang dimasak lomak cili api. Maaf ya, jika Sk salah guna istilah haiwan salai tu. Antara haiwannya ialah itik, ayam dan daging. Selain tu ada juga telur itik masak lomak cili api. Rasa macam nak ambil semua!





Masa tunggu staf cedukkan daging salai, Sk dengar dia panggil-panggil staf lain supaya hantarkan lauk masak lomak daging salai tu kat 'artis tadi'. Tak terfikir pulak ada artis, Sk ingat dia saja-saja jer sebut artis, hahaha.





Pelbagai jenis masakan goreng berlado. Ishhh.. gerammmm!





Patin Tempoyakkk.. tapi tak ambil sebab fikir Sk sorang jer makan ni dan tengok semua kepala.





Lepas tu harganya pun boleh tahan jugak, tak berbaloi nak makan sorang. Lainlah kalau makan dua tiga orang, kan. Tapi, murah jugak sebenarnya seekor RM38 tu.





Nasi semua dah siap senduk dan disusun di kaunter, tinggal capai letak dalam troli. Rare kan guna pinggan bunga kangkung ni.





Minuman pun terus boleh beli. Air bodoh eh orang panggil ni. Kami masa kecik-kecik rasa tak panggil air bodoh. Berani ke nak sebut bodoh, nak kena cili???!





Minuman ceduk pun ada, tak silap ada 6 jenis menu air ceduk ni. Kita tunjuk nak minuman mana, nanti dia cedukkan masuk dalam plastik kemudian plastik tu dia letak dalam kole ayan besar, puas minum, hahaha. Baik-baik eh staf yang kat gerai-gerai ni, takde yang buat muka ketat. Dari sambut tamu, hantar ke meja, ambilkan troli dan troli kita dah guna, juruwang, semua sopan dan baik jer. Sejuk betul hati masa datang sini.





Sibuk pilih lauk, kann.. memang tak toleh kiri-kanan dan tak baca whatsapp Iman hantar beritahu ada artis duduk dekat dengan meja kita. Rupa-rupanya artis yang dimaksudkan staf yang ceduk daging salai tu, Ashraf Muslim laaaa. Dia duduk lat sebelah meja aje dengan meja kami. Iman kan yang duduk kat meja, Iman kata, gelabah giler masa tu, meja depan tu tak ada orang dan dia duduk bertentang mata dengan Ashraf Muslim lalu buat-buatlah tengok handphone, hahahaha. PI pulak tak kenal AM, sabar ajelah, penat dia tanya siapa.. siapa.. sebab kami bisik-bisik, kan.. takkanlah nak sebut nama kuat-kuat, karang AM dengar, hahaha. Patutlah AM ni dah kahwin dua pun masih laku ek, memang herlok sangat orangnya, hahaha.




Lepas susun-susun lauk terus suruh Iman ambil gambar. Masa ni tak perasan lagi AM kat sebelah. Iman belum cakap lagi. 


Asam Pedas Tetel dia sedap, semangkuk tu baru RM15, besar eh porsinya. Ayam goreng kampung okey jerlah, tak empuk sangat. PI ambil Ikan Bakar Pari (RM16) dan Talapia (RM15), memang stail dia bakar sambal, tapi sambalnya agak kering. Ulam siap sambal belacan (RM5). Kailan Goreng (RM6). Semua lauk tu PI yang pilih. Satu-satunya lauk yang Sk pilih, Daging Salai Masak Lomak Cili Api (RM15  saiz S)




Walaupun saiz S tapi puas hati, banyak daging dan memang tak kedekut ya dia cedukkan. Cara dia ceduk lauk tu santai dan tak teragak-agak. Rasanya dalam banyak-banyak tempat Sk pernah makan daging salai, sini la terpaling 👍👍👍👍👍. Daging dia potong tebal tapi tak liat dan juicy. Aaaaaa... memang tak boleh move on laaa lauk daging salai dia. Tapi, kan.. memang tak ada jual eh lauk kari-kari kat sini? Rasanya memang tak ada. 




Selain lauk-pauk, ada juga pelbagai pencuci mulut, kuih-muih melayu, goreng-gorengan dan cendol dijual di sini. Aaaa.. bolehlah lepas makan nasi, layan penganan dengan teh tarik pulak sembang sampai restoran tutup, hahaha


Burppp.. Alhamdulillah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/08/makan-di-lomak-salai-tampin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemprov Jateng Siap Sediakan Makan Bergizi Gratis Senilai Rp15 Ribu Per Anak Ini Sumber Dananya

Pemprov Jateng Siap Sediakan Makan Bergizi Gratis Senilai Rp15 Ribu Per Anak Ini Sumber Dananya

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 125 hits
Informasinya pemberian anggaran melalui DAK diestimasikan akan diterima bulan Oktober atau November 2024
Anak Ada Ekzema Ini List Sayur Buah Kena Elak Makan

Anak Ada Ekzema Ini List Sayur Buah Kena Elak Makan

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 122 hits
Anak ada ini list sayur dan buah kena elak makan Ada 13 sayur dan buah yang bahaya untuk ekzema Maknanya jika dimakan oleh penderita ekzema boleh flare up Anak Ada Ekzema Ini List Sayur Buah Kena Elak Makan Siapa sangka ada sayur dan buah y...
Macam Anjing Hanya Makan Tofu Tomato Ahn Jaehyun Kongsi Diet Ketat

Macam Anjing Hanya Makan Tofu Tomato Ahn Jaehyun Kongsi Diet Ketat

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 123 hits
Kadang kala agak tak masuk akal bila dengar diet yang diamalkan Artikel Berkaitan Dalam rancangan radio Cultwo Show Ahn Jae hyun telah berkongsi lebih mengenai cara dia menjaga pemakanan dan kesihatan seharian Saya biasanya berlari atau mel...
Layan Makan Durian Kat Durianman Ss2 Ni

Layan Makan Durian Kat Durianman Ss2 Ni

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 1394 hits
Lepas setel mr hubby ambil sijil mr hubby ajak pi makan durian So kitaorang ke DurianMan SS2 yang terletak di Petaling Jaya Selangor Kitaorang memang familiar kat sini Dah beberapa kali juga repeat makan durian kat sini Harga standard lah k...
Pakai Tudung Tapi Menipu Malu Pa Minta Selebriti Wanita Jangan Berbohong Kurus Sebab Makan Produk Tapi Buat Bariatrik

Pakai Tudung Tapi Menipu Malu Pa Minta Selebriti Wanita Jangan Berbohong Kurus Sebab Makan Produk Tapi Buat Bariatrik

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 148 hits
Seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai pengurus artis tampil menegur selebriti wanita bertudung agar tidak menipu mengenai penampilannya yang kini kurus Dalam hantaran TikTok lelaki itu meminta agar selebriti wanita itu supaya lebih...
Kek Coklat Tanpa Telur Tak Muak Makan

Kek Coklat Tanpa Telur Tak Muak Makan

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 105 hits
Siapa yang tak suka bila dihidang kek coklat depan mata Mewah dengan rasa coklat Rasa pun enak biarpun tanpa telur Nak lagi sedap tambah coklat leleh dan parutan coklat di atasnya Sekali rasa pasti nak lagi KEK COKLAT Bahan bahan 1 cawan te...
Khofifah Program Makan Siang Gratis Dimasak Umkm

Khofifah Program Makan Siang Gratis Dimasak Umkm

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 77 hits
Khofifah mengatakan makanan yang diberikan pada siswa memiliki komponen yang komplit
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik