Majoriti Pencarum Sokong Pengeluaran I Lestari



LOGIKNYA, tidak ada siapa pun di antara pencarum KWSP yang waras dan merdeka akalnya, akan membantah keputusan kerajaan untuk membenarkan mereka mengeluarkan caruman dari akaun 2 sebanyak RM 500 sebulan selama 12 bulan seperti yang diumumkan baru-baru ini.
Ada beberapa sebab.
Pertama, ini pengeluaran dari akaun 2. Kalau nak cerita pasal masa depan (dan KWSP), selalu dirujuk orang ialah akaun 1. Akaun 2 ini memang untuk pengeluaran bagi pelbagai maksud sebelum capai usia 55 tahun pun. Beli rumah, bayar ansuran rumah, sambung belajar, sakit dan sebagainya.
Pergi Haji pun boleh guna duit dari akaun 2.
Kedua, ia adalah pilihan, bukan paksaan. Nak keluar, keluar, taknak keluar, tak siapa paksa. Ini bukan seperti pengurangan jumlah caruman dari 11% ke 7% selama 12 bulan yang diumumkan dalam pakej rangsangan ekonomi oleh PM Interim.
Itu mandatori, kalau nak kekal 11% seperti kadar lama, kena isi borang apa bagai. Juga bukan perkara baru kerana selama ini pun mengikut Akta KWSP, pencarum dibenar buat potongan lebih tinggi dari jumlah mandatori yang ditetapkan kerajaan – selama tidak melebihi 50% dari jumlah gaji (kalau tak silap)
Begitupun persoalannya, apakah dengan menyerah 4% dari gaji yang sepatutnya masuk dalam akaun KWSP ini wajar dalam konteks simpanan hari tua rakyat? Ada banyak hujahlah sebab perkara seperti ini (mengurangkan jumlah caruman pekerja) bukan pertama kali dibuat.
Setiap kali negara berdepan masalah ekonomi, memang ini antara langkah terawal yang diambil ialah mengurangkan jumlah caruman pihak pekerja. Ia untuk memastikan ekonomi domestik berkembang sebab rakyat ada lebihan wang untuk belanja.
Dalam konteks sekarang, 4% yang sepatutnya masuk akaun KWSP, sudah masuk poket.
Kalau nak hujah menjejaskan simpanan hari tua, boleh juga. Cuma mana lebih wajar, kurangkan jumlah caruman atau keluar dari akaun 2 yang memang dibenarkan keluar untuk urusan-urusan tertentu?
Nak bagi jelas, kurangkan caruman ini tidak ada istilah akaun 1 ke akaun 2, semua terjejas. Sedangkan pengeluaran RM 500 untuk 12 bulan ini, adalah pilihan bagi pencarum yang hadapi kesukaran akibat wabak COVID-19 dan langkah-langkah yang terpaksa diambil untuk mengatasinya.
Seperti Perintah Sekatan Pergerakan.
Justeru, kesimpulan mudah bagi yang membantah keputusan kerajaan dalam hal ini, hanyalah satu – politik. Lebih dari itu, pedulikanlah, buang masa fikir. Kalau dah dari awal bermotifkan politik, tidak ada logik apa pun boleh dipakai kerana fahaman politik lebih penting.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2020/03/majoriti-pencarum-sokong-pengeluaran-i-lestari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
I Lestari Kwsp Cara Daftar Permohonan Pengeluaran Online

I Lestari Kwsp Cara Daftar Permohonan Pengeluaran Online

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 516 hits
i Lestari KWSP Cara Daftar Permohonan Pengeluaran Online berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang pengeluaran Akaun 2 sebanyak RM500 sebulan daripada KWSP Untuk makluman program di bawah i Lestari KWSP ini boleh dibuat secara online emel...
Cara Mohon Pengeluaran Wang I Lestari Kwsp Maksimum Rm500 Sebulan Selama 1 Tahun

Cara Mohon Pengeluaran Wang I Lestari Kwsp Maksimum Rm500 Sebulan Selama 1 Tahun

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 656 hits
KUALA LUMPUR Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang berhasrat untuk membuat permohonan pengeluaran i Lestari boleh menggunakan tiga kaedah yang telah ditetapkan Ahli perlu mengemukakan borang yang telah lengkap diisi secara dalam talian a...
Benarkan Pencarum Keluarkan Wang Akaun 2 Kwsp Netizen Sokong Cadangan Najib Razak

Benarkan Pencarum Keluarkan Wang Akaun 2 Kwsp Netizen Sokong Cadangan Najib Razak

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 224 hits
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja seharusnya mempertimbangkan cadangan memberi kelonggaran kepada para pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada baki akaun 2 mereka ketika negara dilanda pandemik COVID 19 Bekas Perdana Menteri Datuk Seri...
Langkah Permohonan Pengeluaran I Lestari Melalui I Akaun

Langkah Permohonan Pengeluaran I Lestari Melalui I Akaun

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 497 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Untuk makluman korang sistem bagi Permohonan Pengeluaran i Lestari melalui i Akaun telah dibuka So korang boleh login ke i Akaun korang dan isi borang kat situ Laman web Hanya 24 step sahaja dah settle Ta...
Cara Memohon Pengeluaran I Lestari Kwsp Secara Online

Cara Memohon Pengeluaran I Lestari Kwsp Secara Online

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 479 hits
Cara memohon pengeluaran i Lestari KWSP secara online Bagi meringankan beban kewangan rakyat berikutan wabak COVID 19 kerajaan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja membuat pengeluaran simpanan menerusi Pengeluaran i Lestari d...
Soal Jawab Mengenai Pengeluaran I Lestari Kwsp 2020

Soal Jawab Mengenai Pengeluaran I Lestari Kwsp 2020

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 356 hits
Ketika negara sedang melalui ujian berat wabak Covid 19 ini pasti akan memberikan kesan ekonomi dan kewangan kepada kita rakyat Malaysia dan pelbagai sektor yang terpaksa melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha untuk menghapu...
Pengeluaran Maksimum Rm500 Sebulan Bermula 1 April Bagi Pencarum Kwsp

Pengeluaran Maksimum Rm500 Sebulan Bermula 1 April Bagi Pencarum Kwsp

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 251 hits
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata buat masa kini pengeluaran jumlah maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan buat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi meringankan beban kos sara
3 Cara Pemohonan Pengeluaran I Lestari Kwsp Tak Perlu Datang Ke Kaunter

3 Cara Pemohonan Pengeluaran I Lestari Kwsp Tak Perlu Datang Ke Kaunter

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 1776 hits
Mungkin ramai yang bimbang keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran wang Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan menyebabkan pandemik Covid 19 semakin buruk di negara ini Bagaimanapun kebimbangan itu tidak berasas kerana pencarum yang...
Cara Pengeluaran Kwsp I Lestari

Cara Pengeluaran Kwsp I Lestari

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 568 hits
Alhamdulilah mungkin ini adalah berita gembira disaat rakyat Malaysia berduka Kepada pekerja yang mencarum KWSP anda boleh keluarkan akaun 2 maximum hingga RM500 setiap bulan selama 12 bulan melalui pengeluaran i Lestari 1 Bila boleh permoh...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Sarapan Pagi

Pas Quashing Of Zafrul S Affidavit Raises Concerns About Govt S Integrity

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Prudence

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb