Majlis Pelancaran Pembukaan Mbh Skin Expert Muar
Assalammualaikum dan hai semua,
Pada hari Sabtu yang lalu, tanggal 27 April 2019, Neeza berkesempatan menghadirkan diri ke majlis pelancaran pembukaan MBH Skin Expert cawangan Muar. Cawangan ini julung kalinya dirasmikan oleh pengassasnya sendiri, Puan Yaya Mohammad dan ini merupakan cawangan ke 6 MBH di negeri Johor
Pengasas MBH, adik pengasas, ibu kepada pengasas2 MBH dan rakan-rakan blogger
Ibu kepada pengasas selaku tetamu VVIP menurunkan tandatangan sebagai tanda MBH Skin Expert Muar dibuka secara rasmi.. patutlah MBH berjaya kerana amalan pengasas yang sentiasa memuliakan ibunya. Tambahan, Neeza perasan pengasas ni suka senyum dan sentiasa ramah dengan pelangan. Lainkan vibe orang yang berjaya ini.. kena contohi ni!
Menurut pengasasnya, Yaya Mohammad berkata pembukaan cawangan demi cawangan ini memudahkan para pelanggan yang ingin membuat rawatan mengunjungi spa yang berdekatan mereka
Cantiknya pengasas ni, serius nampak muda sangat dari usia sebenar.
Dalam ucapan beliau semasa majlis pelancaran berlangsung, pengasas ini merupakan anak kelahiran Johor. Patulah beliau fokuskan lebih kepada negeri Johor kerana Johor merupakan negeri yang mempunyai cawangan MBH yang terbanyak berbanding negeri-negeri lain
Pengasas ini mahukan orang-orang Johor semua tampil cantik. Neeza akui awareness di kalangan rakyat Johor lagi-lagi daerah kecil ini agak kurang. Neeza selalu dengar keluhan dari rakan-rakan terutama yang bakal mendirikan rumahtangga susah nak cari spa lagi-lagi spa terkenal, ada yang terpaksa turun Johor Bahru tak pun Melaka.. maklumlah nak bersanding kenalah nampak cantik memudahkan jurusolek mendandan.
Nampak tak permintaan medispa ini sebenarnya tinggi, ramai tau yang datang.
Nak tahu tak? MBH ini sudah lebih 10 tahun bertahan sejak 2008 lagi. MBH sentiasa menawarkan rawatan-rawatan baru yang lebih berkesan dan berkualiti serta harga rawatan yang berbaloi. Setiap kali pembukaan, para pelanggan pasti menantikan diskaun sehingga 90% yang menjadi promosi wajib bagi MBH. Tak kiralah pelanggan baru ke lama pasti mereka menantikan promosi daripada MBH
Untuk pengetahuan anda, MBH Medispa ini merupakan pemenang Asia Pasifik Top 10 Perkhidmatan Terbaik dan Anugerah Emas Spa Majlis Pelancongan Malaysia
Bukan sahaja berkembang dari segi kuantiti cawangan, MBH juga telah melebarkan servisnya dengan menggabungkan rawatan kulit dengan rambut dan badan di bawah jenama MBH Flagship Boutique. Di MBH, setiap pelanggan diwajibkan menjalani sesi konsultasi dan analisis kulit sebelum menjalani rawatan. Pakar Kecantikan MBH bertanggungjawab untuk membincangkan keperluan kulit pelanggan, menawarkan rawatan yang sesuai dengan masalah kulit pelanggan dan memberi khidmat nasihat mengenai rawatan dan keberkesanan rawatan. Neeza dimaklumkan bahawa pakar-pakar kecantikan MBH ini merupakan orang-orang yang terlatih khusus dalam bidang estetik yang mempunyai sijil dari badan yang bertauliah.
Neeza dan rakan-rakan juga berpeluang menyertai sesi konsultasi semasa hari pembukaan tersebut. Neeza memang dah jangka dah masalah Neeza mesti berkaitan pori-pori muka. Banyak blackhead dan whitehead. Neeza disarankan untuk kerap menggunakan toner. Haish Neeza ingatkan toner tak berapa penting. Rupanya.. kenalah rajin lepas ni
Cuma Neeza terperanjat jugalah ada jeragat. Mungkin faktor keturunan kot. Maklumlah mix chinese. Haish bimbang pula Neeza. Atas saranan pakar, Neeza perlu buat rawatan MBH Signature Facial yang berharga RM137.
MBH Signature Facial ini apa
Rawatan untuk membersihkan kulit secara mendalam hingga ke dasar pori serta mengangkat sel-sel kulit mati. Ia juga mensasarkan masalah-masalah kulit seperti kusam, dehidrasi dan garis-garis halus. Sesuai untuk semua jenis kulit, tetapi ia lebih memfokuskan pada masalah kulit normal
Sebenarnya banyak lagi rawatan-rawatan di MBH ini mengikut kategori masalah kulit masing-masing. Anda boleh rujuk sini 👉http://www.mbhmedispa.com/katalog-produk/
Risau mengenai bajet? Jangan bimbang.. itu pentingnya sesi konsultasi. Pakej rawatan yang sesuai akan dibincangkan mengikut bajet pelanggan. Tak adanya kena paksa. Semua boleh dibawa bincang... Relax, benda boleh kuwatim, kenapa nak gelabah ya tak? Hmm... nak juga buat ayat viral 😏
Okay kita zoom produk-produk rangkaian MBH ini.. ada untuk jeragat, jerawat dan sebagainyaMenariknya MBH sentiasa membawakan rawatan baru dan menawarkan produk penjagaan sendiri di bawah jenama Dermaklair yang menjadi produk rasmi untuk setiap rawatan. Bukan produk timbang kilo pastinya mempunya sijil pengesahan dari KKM
Untuk orang Muo yang nak cantik anda boleh mengunjungi MBH Skin Expert Muar dan mendapatkan rawatan pakej dengan harga pengenalan RM70 SAHAJA!!! Untuk maklumat lebih lanjut,
MBH Skin Expert Muar
Alamat: Ground Floor, NO. 5-9, Jalan Othman, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor
Waktu Operasi: 11 pagi sehingga 8 malam, Selasa sehingga Ahad (Kecuali Isnin)
Email:
[email protected]Facebook: https://www.facebook.com/mbhmuar/
Instagram: https://www.instagram.com/mbhskinexpert_muar/
Website: http://mbhmedispa.com/
Okaylah, setakat ni sahaja Neeza nak kongsikan pada anda semua. In Shaa Allah, Neeza akan cerita lebih lanjut mengenai rawatan di MBH ini. Neeza pun tak sabar. Maklumlah pembukaan cawangan MBH pada hari Sabtu itu dibuka untuk pelanggan ambil peluang promosi dan tempah tarikh sahaja. Tunggu tau pada entri akan datang.
Salam sayang,
Neeza
p/s: MBH bakal buka cawangan baru di bahagian Utara Malaysia iaitu Manjung, Perak pada penghujung Jun nanti.. untunglah deme orang Perak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.neezalife.com/2019/04/majlis-pelancaran-pembukaan-mbh-skin-expert-muar.html