Majlis Media Bila Kdn Kata Tak Setuju Saifuddin


malaysiakini.com
B Nantha Kumar
Diterbitkan: Mar 1, 2024 4:59 PM
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution menafikan desas-desus bahawa kementerian itu menentang penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC).

Katanya, Majlis Media berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan KDN tidak mempunyai halangan terhadap penubuhannya.

"Sejak semalam seharian saya ditanya betulkah KDN menentang penubuhan (Majlis Media) ini? Saya pun terkejut. Perkara ini dibincang dalam mesyuarat kabinet yang lepas.

"Saya pun lihat dan semak dengan KSU (Ketua Setiausaha Kementerian) kat mana kita tak setuju.

"Tak ada pun pendirian kita tak setuju. Ia tak betul," katanya kepada pemberita di Putrajaya, hari ini.

Menurut Saifuddin sebelum perkara itu dibincangkan, kertas cadangan dibentangkan kepada beberapa kementerian yang terlibat.

"Ulasan KDN pada prinsipnya, kami tak ada apa-apa halangan.

"(Namun), apabila Majlis Media ditubuhkan kami hanya tengok perkara-perkara bertindih dari sudut peranan penguatkuasaan. Sebab kami pun ada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan.

"Majlis Media juga ada bahagian penguatkuasaan sendiri di mana kita nak harmonikan. Itu sahaja," katanya.

Pada 20 Feb lalu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata kerajaan kini dalam fasa terakhir untuk membawa Draf Rang Undang-undang (RUU) Majlis Media ke kabinet.

Katanya, penubuhan majlis media itu mengambil sedikit masa kerana ia melibatkan proses dengan Jabatan Peguam Negara, dan perlu dipertimbang serta diputuskan oleh Jemaah Menteri.

Tak kawal portal dalam talian

Sementara itu, Saifuddin turut menafikan khabar angin bahawa KDN akan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984) (PPPA) untuk mengawal portal-portal berita dalam talian.

"Saya juga ditanya apakah KDN akan meminda PPPA, katanya KDN nak buat pindaan bagi mengawal media atas talian.

"Ini juga tak betul. Kita pun tak ada cadangan buat pindaan mengawal portal atas talian.

"Cuma kami baru terfikir nak buat pindaan ke atas kompaun ke atas beberapa pelanggaran, itu sahaja.

“Tapi pindaan berkaitan nak mengawal portal atas talian tak ada dalam radar kami," katanya.

Saifuddin berkata kementerian itu juga tidak bercadang untuk memansuhkan PPPA.

Dia berkata demikian ketika ditanya apakah penubuhan majlis media akan menjadi badan kawal selia organisasi media di Malaysia.

"Apakah sekarang KDN ke arah mansuh PPPA? Tidak ada dalam radar kami buat masa ini," katanya ringkas.

Undang-undang yang menghendaki penerbitan media cetak memiliki permit yang dikeluarkan kerajaan telah dijadikan sebagai penghalang kepada kebebasan media di Malaysia kerana ia memaksa penerbit untuk mengikut garis panduan ditetapkan untuk memastikan permit mereka tidak dibatalkan.

Ketika ini, undang-undang itu, yang telah digunakan untuk menutup syarikat akhbar pada masa lalu, tidak mengawal media dalam talian, sekali gus membolehkan penerbitan dalam talian seperti Malaysiakini lebih bebas untuk membuat laporan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini merupakan pengawal selia kandungan media dalam talian.

SKMM diberi kuasa oleh Akta Komunikasi dan Multimedia untuk mengawal semua kandungan dalam talian yang diterbitkan di Malaysia, termasuk kewartawanan dalam talian.

Media dalam talian dikecualikan sebagai sebahagian daripada ikrar kerajaan untuk tidak menapis internet di bawah Rang Undang-Undang Jaminan MSC Malaysia 1998.

Bbagaimanapun, terdapat pelbagai undang-undang lain yang mengawal media dalam talian, termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA), Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan menghina mahkamah.

Bekas ketua pengarang Malaysiakini Steven Gan dan bekas ketua pegawai eksekutif Premesh Chandran pernah didakwa di bawah AKM kerana memuat naik video menyinggung bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali. Tuduhan itu kemudiannya digugurkan.

Ini bukan kali pertama kerajaan mempertimbangkan untuk meminda akta itu bagi memasukkan media dalam talian.

Pada 2006, di bawah kerajaan BN, timbalan menteri keselamatan dalam negeri ketika itu Fu Ah Kiow berkata kerajaan sedang mengkaji untuk memperluaskan AMCP kepada media dalam talian untuk "meratakan padang permainan".

Pada 2011, di bawah perdana menteri Najib Abdul Razak, kerajaan meminda AMCP untuk menghapuskan keperluan permit penerbitan tahunan.

Bagaimanapun, kumpulan hak asasi manusia berkata ia masih membenarkan kawalan ketara oleh kerajaan kerana menteri masih mempunyai budi bicara mutlak untuk membatalkan permit percetakan, memutuskan siapa yang akan diberikan permit dan siapa yang dibenarkan lesen mesin cetak.

Selain itu, undang-undang itu masih digunakan untuk mengharamkan penerbitan yang dianggap "tidak diingini", dan tahun lepas digunakan untuk mengharamkan jam tangan Swatch yang didakwa mengandungi unsur-unsur yang menyokong komuniti LGBT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/majlis-media-bila-kdn-kata-tak-setuju.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Viral Polisi Kawal Turis Asing Disewa Usd 100 Ini Kata Polda Bali

Viral Polisi Kawal Turis Asing Disewa Usd 100 Ini Kata Polda Bali

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 149 hits
Kabid Humas Polda Bali Kombes Pol Jansen Avitus Panjaitan mengatakan sebenarnya video tersebut adalah video lama dan kejadiannya sekitar satu tahun yang lalu
Iklim Sebenarnya Kata Pujangga Chord

Iklim Sebenarnya Kata Pujangga Chord

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 314 hits
Em C Em C Em C Em C G F m B B Em D Lafazlah sejuta kekesalan G B Lafazlah sepuas dan semahu Am Em Pilu dihati siapa yang tahu B Em Terguris bercucur air mata Em Em D Cinta mu indah dipandang mata G B Kasihmu bernian di duniawi Am Em Harum t...
Apakah Makan Siang Gratis Rp15 000 Cukup Penuhi Gizi Anak Ini Kata Menkes

Apakah Makan Siang Gratis Rp15 000 Cukup Penuhi Gizi Anak Ini Kata Menkes

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 278 hits
Budi lalu ditanya apakah anggaran Rp15 000 makan siang gratis itu sudah cukup untuk memenuhi gizi anak
Netizen Pertikai Outlet Kedua Kedai Makan Ustazah Asma Kata Rugi Setiap Bulan

Netizen Pertikai Outlet Kedua Kedai Makan Ustazah Asma Kata Rugi Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 286 hits
Netizen pertikai pembukaan cawangan kedua kedai makan pendakwah terkenal Ustazah Asma Harun selepas mendakwa premis yang terletak di Seremban tak mampu tanggung kerugian lebih RM30 000 setiap bulan Kedai makan Ustazah Asma Harun terpaksa di...
Kata Rugi 300k Tapi Buka Kafe Momen 2 Netizen Pertikai Tindakan Ustazah Asma Buka Kafe Outlet Kedua

Kata Rugi 300k Tapi Buka Kafe Momen 2 Netizen Pertikai Tindakan Ustazah Asma Buka Kafe Outlet Kedua

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 361 hits
Semalam berita mengenai penutupan kafe milik pendakwah selebriti Ustazah Asma Harun di Seremban Negeri Sembilan yang bernama Momen Kafe akibat kerugiaan lebih RM300 000 telah meraih perhatian netizen Buka outlet kedua pula Bagaimanapun neti...
Notis Reformasi100 Bersih Tak Cukup Syarat Kata Polis

Notis Reformasi100 Bersih Tak Cukup Syarat Kata Polis

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 174 hits
Ketua Polis KL Allaudeen Abdul Majid berkata notis pemakluman harus diberi bersama dokumen tertentu lima hari sebelum berhimpun PETALING JAYA Notis pemakluman berkenaan penganjuran himpunan Reformasi100 tidak memenuhi syarat yang ditetapkan...
Kerajaan Perlu Segera Beri Kata Putus Harga Siling Beras Sinar Harian 25 02 2024

Kerajaan Perlu Segera Beri Kata Putus Harga Siling Beras Sinar Harian 25 02 2024

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 165 hits
Artikel oleh Sinar Harian KERAJAAN PERLU SEGERA BERI KATA PUTUS HARGA SILING BERAS
Program Pertanian Bersasar Diperkenal Di Bandar Kata Pm

Program Pertanian Bersasar Diperkenal Di Bandar Kata Pm

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 241 hits
Anwar Ibrahim hadir dan melawat reruai Kementerian pada Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor sambil diiringi Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad KUALA SELANGOR Kerajaan akan memperkenal program pertanian bersas...
Tawaran Pas Hidup Semula Mn Tak Ikhlas Kata Zahid

Tawaran Pas Hidup Semula Mn Tak Ikhlas Kata Zahid

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 197 hits
freemalaysiatoday com 25 Feb 2024 7 05pmPresiden Umno mengingatkan bahawa PAS yang keluar dan menikam belakang Zahid Hamidi berkata PAS menikam kami dari belakang ketika ditanya mengenai tawaran menghidupkan semula Muafakat Nasional CYBERJA...
Anwar Convenes Urgent Cabinet Meeting To Tackle Us Tariff Fallout

From Fair Credit To Excellent Credit How Primerates Helps You Find The Right Card

Kebakaran Putra Heights Polis Sahkan Terdapat Aktiviti Korek Tanah

Tragedi Letupan Challenger Milik Nasa

Pencuri Kabel Maut Dalam Bumbung Pasar Siti Hajar

Berpesak Berkekek

Mesyuarat Khas Menteri Ekonomi Asean Bincang Implikasi Tarif As

Kes Culik Polis Lepas Tembakan Untuk Selamatkan Mangsa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Streetlight Biarkan Chord

From Pas Donating Rm100 To Cyberbullying Sim S Adopted Child Is Now Depressed

Agong Visits Putra Heights Blaze Site

Has Azam Baki Overstayed His Welcome Should He Oblige If Pmx S Offers A 3rd Extension

Pengumuman Penting Berkaitan Page Orang Wangsa Maju

Gabung Puasa Ganti Dan 6 Syawal