Majlis Kenduri Akikah Daniel Dan Majis Hari Lahir


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini adalah cerita sambungan untuk artikel Makan di Restoran Bigg Mug Cafe. Kalau ada yang belum baca, jemputlah baca artikel tu ya. Oh ya, cerita kali ini lebih personal ya, berkenaan cerita dalam kehidupan aku, mungkin ada yang tak suka bercerita tentang kehidupan sendiri dalam blog, tapi macam aku sendiri dari dulu lagi memang bercerita tentang apa yang berlaku dalam diri aku, sama ada kemalangan, kematian dan sebagainya.
Aku balik ke Kedah dari Lembah Klang kerana keluarga aku dah lama merancang untuk mengadakan majlis kenduri akikah untuk anak saudara aku, Daniel. Kalau tidak aku balik lambat sikit, tapi tiba-tiba ada pengumuman Selangor & KL kena PKPB, jadi aku terpaksa balik awal, iaitu tepat sehari sebelum PKPB dijalankan

MAJLIS KENDURI AKIKAH DANIEL & MAJLIS HARI LAHIR
Salah satu kedai menjual barang perhiasan yang kami singgah.

Majlis akikah ini dirancang bersama dengan majlis hari lahir ahli keluarga pada bulan Oktober. Tarikh majlis ini juga sama dengan tarikh kelahiran Daniel iaitu pada 24 Oktober. Jadi, kami merancang nak buat majlis akikah yang meriah di samping masih menjaga SOP PKPP. 
Mungkin ada yang akan kata, "Kenapa nak buat kenduri musim-musim Covid ni?" Okay, sebenarnya dahr ancang awal dan jumlah tetamu yang dijemput pun sikit sahaja. Nak membatalkan, lepas tu entah bila pulak boleh buat. Kalau tidak perancangan awal nak buat bulan 11, tapi tengoklah sekarang dah kena PKPB pulak kawasan rumah aku ni

BACA : TAYAR KERETA PECAH LANGGAR BATU DI LEBUHRAYA PLUS
PERSIAPAN MAJLIS

Persiapan majlis dibuat hanya beberapa hari sebelum sahaja sebab ini majlis biasa-biasa sahaja, jumlah tetamu pun hanya 100 orang macam tu sahaja. Persiapan mengenai juadah dan sebagainya diuruskan oleh mak, ayah dan abang ipar aku manakala persiapan mengenai kek dan barangan hadiah diuruskan kami adik beradik

Mencari barang untuk hias backdrop dan juga meja untuk meletak kek. Rasanya inilah sambutan hari lahir yang paling grand dan meriah dalam keluarga aku dimana perhiasan dan sebagainya dibeli! Kalau tidak sebelum-sebelum ini hari lahir disambut dengan makanan daripada Kentucky Fried Chicken sahaja


Mencari bangan perhiasan serta sedikit barang di dalam goodies utnuk diberikan kepada para tetamu dan tukang masak membawa kami ke Sungai Petani dan juga Butterworth. Yang lebih seronoknya sebab Daniel ikut jugak waktu mencari barang-barang tu. 

Malam sebelum berlangsungnya majlis tersebuat ada tiga agenda yang perlu dibuat. Pertamanya menyediakan barang-barang yang akan digunakan untuk memasak pada esok hari, menyiapkan bekas goodies untuk tetamu dan jiran-jiran dan yang terakhirnya adalah menyiap dan menghias meja untuk bergambar

Untuk juadah pada esok harinya, ayah aku bersama rakan-rakannya yang akan memasak. Ya, waktu kenduri kahwin kakak aku dua tahun lepas pun merekalah yang membantu untuk memasak. Lepas siap sahaja menyediakan barang-barang untuk memasak pada esok pagi, kami pun mula kerja-kerja menghias


Sebenarnya ada ja yang tawarkan servis untuk menghias sebegini dengan harga mereka, tapi aku rasa biarlah untuk kali pertama ini kami sendiri yang hias. Sepatutnya dibahagian backdrop tu kami kena gunakan kain hitam yang panjang, tapi disebabkan sudah kesuntukan masa, kami hanya gunakan kertas hitam sahaja

Dalam pukul 1 pagi macam tu barulah selesai menghias dan sebagainya. Alhamdulillah, bagi aku ia sudah cukup cantik. Beberapa kali jugaklah belon-belon tu berterbangan, tapi alhamdulillah tiada satu pun yang meletop. Haha.  
HARI KEJADIAN MAJLIS

Seawal pagi-pagi lagi rakan-rakan ayah aku dah datang ke rumah untuk memasak juadah untuk dimakan pada tengah hari tersebut. Alhamdulillah, dalam waktu yang sama juga kek-kek dan beberapa makanan lain tiba di rumah. Untuk kek dan makanan lain ini kakak aku sudah tempah awal




Lepas dah susun semuanya makanan atas meja, barulah nampak lebih lawa. Alhamdulillah, memang sedap-sedap kek yang ditempah ini. Ada banyak kek sebab majlis ini bukan untuk menyambut kelahiran Daniel sahaja, tapi termasuklah mak, abang ipar, dan adik aku sekaligus. Sebab itu ditulis pada kek "October Baby" & "Happy October Birthday. Manakala kek Didi & Friends tu memang untuk Daniel pun, walapun dia sebenarnya bukannya boleh makan kek lagi hehe

BACA : BATU NISAN ARWAH TOK WAN
Mak & ayah aku | mak & mak saudara aku

Ramai juga tetamu yang datang pada majlis akikah ini. Tetapi jangan risau, SOP berkenaan Covid-19 telah kami lakukan. My Sejahtera dan juga buku bersama mesin pengesan suhu telah diletakkan untuk merekod kehadiran setiap tetamu. Alhamdulillah, semua tetamu mengikut SOP. Selain jiran-jiran, saudara mara disebelah ayah dan juga keluarga abang ipar aku turut datang memeriahkan majlis

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Walaupun aku risau sebenarnya kek dan makanan di atas meja disambar dengan cepat oleh budak-budak. Haha. Apa-apapun aku rasa gembira dan bersyukur kerana majlis akikah dan majlis hari lahir ini berjalan dengan lancar sebab dah beberapa bulan dirancang

SELEPAS MAJLIS

Sebelum semua perhiasan dikemas semula pada keesokkan harinya, sempatlah Daniel bergambar dengan kek, yang kemudiannya dia pegang, haha habis rosak kek ni. Takdalah rosak mana pun, cuma Daniel terpegang kek ni dibahagian tepi sahaja. Mana kek lain? Kek-kek lain telah habis dikerjakan. Haha, sebab sedap sangat kut, biasalah keluarga aku memang kuat makan

Oh ya, paling memenatkan pastinya nak mengemas semula khemah kenduri, membasuh segala perkakas dan barang dapur yang digunakan. Juadah yang masih tinggal kami bungkus dan berikan pada jiran-jiran. Setelah selesai semuanya, masa untuk berehat

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, tiada sebarang masalah yang berlaku. Bersyukur juga sebab kami buat pada tarikh tersebut. Kalau tidak nampak gayanya terpaksa tunda lagi ke tarikh yang lain. Untuk waktu sekarang ni, kami hanya berada di rumah sahaja. Agak risau dengan Covid-19 yang semakin teruk. Satu lagi akut ak faham kenapa PKPB dah ditamatkan di Kedah tapi di daerah Kulim masih lagi berjalan. 
Apa-apapun terima kasih kerana membaca cerita yang aku tulis ini. Ya, aku suka menulis perkara yang berlaku dalam hidup aku di blog ini, kerana inilah diari kehidupan. Walaupun sejak akhir-akhir ini sangat kurang artikel peribadi, tapi aku harap dengan adanya artikel sebegini in shaa Allah lagi berpuluh-puluh tahun aku dapat baca dan lihat balik cerita ini

SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2020/11/majlis-kenduri-akikah-daniel-dan-majis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempahan Kek Coklat Bajet Untuk Majlis Hari Lahir Daerah Besut Dan Pekan Jerteh

Tempahan Kek Coklat Bajet Untuk Majlis Hari Lahir Daerah Besut Dan Pekan Jerteh

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 747 hits
Tempahan kek coklat bajet sentiasa ada Kek Coklat yang moist Di curahi ganache coklat yang lazat Tak muak walau makan berkali kali Makin digigit makin teruja Pilihan anak anak Manisnya just nice Kecik bukan kecik Bajet bukan sebarang bajet ...
Hiburan Genap 20 Hari Lahir Ke Dunia Mat Dan Perkenalkan Nama Anak Kedua Eydan Yusoff

Hiburan Genap 20 Hari Lahir Ke Dunia Mat Dan Perkenalkan Nama Anak Kedua Eydan Yusoff

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 337 hits
Pengacara dan personaliti Instagram Mat Dan dilihat telah berkongsikan nama anak keduanya yang baru saja dilahirkan pada 7 November 2020 yang lalu Genap 20 hari kelahiran Mat Dan telah memaklumkan bahawa nama anak keduanya ialah Eydan Yusof...
Hiburan Terima Hadiah Mewah Dari Nabil Ahmad Sempena Hari Lahir Ke 58 Pak Nil Zahir Rasa Gembira

Hiburan Terima Hadiah Mewah Dari Nabil Ahmad Sempena Hari Lahir Ke 58 Pak Nil Zahir Rasa Gembira

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 351 hits
Menerima hadiah daripada pengacara terkenal Nabil dan isterinya Zira Ayub sempena hari lahirnya pengacara popular tanah air Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil zahir rasa gembira Menerusi sebuah posting di laman Instagram Pak...
Budak 2 Tahun Maut Tercekik Sosej Ketika Makan Tengah Hari Di Taska

Budak 2 Tahun Maut Tercekik Sosej Ketika Makan Tengah Hari Di Taska

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 272 hits
Kanak kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas tercekik sosej yang dimakannya ketika waktu makan tengah hari membuatkan keluarganya melancarkan petisyen melarang makanan seperti itu dihidangkan di pusat asuhan kanak kanak Mangsa Sadie...
Air Naik 3 5 Meter Fenomena Air Pasang Hari Kedua

Air Naik 3 5 Meter Fenomena Air Pasang Hari Kedua

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 229 hits
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR FENOMENA air pasang di sekitar perairan Johor menyebabkan air melimpah sekitar bandar Pontian IHSAN APM PONTIAN PONTIAN Fenomena air pasang besar hari kedua di perairan daerah ini menyebabkan beberapa lokasi dinai...
Selepas 5 Hari Empat Dara 2020 Nyanyian Faizal Tahir Elly Mazlein Zizi Kirana Masih Trending Di Youtube

Selepas 5 Hari Empat Dara 2020 Nyanyian Faizal Tahir Elly Mazlein Zizi Kirana Masih Trending Di Youtube

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 654 hits
Selepas 5 Hari Empat Dara 2020 Masih Trending Di Youtube Pada awalnya lagu Empat dara yang pernah dipopularkan oleh Noraniza Idris telah dinyanyikan oleh Elly Mazlein dalam drama bersiri Kampung People yang menjadi perhatian ramai penonton ...
Hiburan Sambut Hari Jadi Secara Sederhana Bersama Datin Alyah Tok Ram Kongsi Momen Istimewa Di Instagram

Hiburan Sambut Hari Jadi Secara Sederhana Bersama Datin Alyah Tok Ram Kongsi Momen Istimewa Di Instagram

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 369 hits
Penyanyi Datin Alyah yang juga isteri kepada komposer terkenal Datuk Ramli MS dilihat membuat kejutan istimewa kepada suaminya itu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 62 Sambutan hari jadi secara sederhana itu turut diraikan oleh rakan...
Solat Jumaat Fardu Di Zon Hijau Kuning Di Perak Dibenarkan Mulai Hari Selasa

Solat Jumaat Fardu Di Zon Hijau Kuning Di Perak Dibenarkan Mulai Hari Selasa

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 257 hits
IPOH Solat Jumaat dan fardu di masjid dan surau dalam zon hijau dan kuning di Perak dibenarkan bermula hari ini berasaskan had kapasiti keluasan sebenar ruang utama dewan solat dengan mengambil kira penjarakan fizikal antara jemaah Ketua Pe...
Setelah Dua Hari Anwar Masih Mendahului Pilihan Sebagai Pm Sebanyak 94

Setelah Dua Hari Anwar Masih Mendahului Pilihan Sebagai Pm Sebanyak 94

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 291 hits
Setelah dua hari Poll ini diwujudkan responden semakin meningkat namun ranking Anwar Ibrahim jauh meninggalkan beberapa pimpinan lain untuk menerajui negara ini Setakat hari ini 18 11 20 jam 1 00 AM Anwar mendapat sokongan 94 dari responden...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui